Wednesday, November 7, 2018

Cinta

Cinta adalah anugerah mistik Yang Maha Pencipta betul punya ajaib. Mainan perasaan yang cukup cukup hebat. Lemah kuat insan terpukul dengan cinta.

Dari cinta,  terbit sayang,  rindu,  benci,  dendam,  cemburu,  dengki,  khianat. Dari cinta muncul belaian,  dambaan,  asyik. Demi cinta kita gila. Kewarasan jadi pertaruhan.

Entahlah apa makna cinta sejati,  apa pula cinta abadi. Yang nyata manusia rasa dirinya wujud kerana adanya cinta. Penangan cinta. Rasakan letupan di dada,  gemuruh di jiwa. Apa manifestasi cinta?  Apa penghujungnya rindu? Kisah cinta agung selalunya berakhir dengan tragedi. Betulkah? Apakah kebahagiaan sampai mati bukan cinta agung?

"Kau cinta siapa? "
"Tuhan. "
"Wow!  Hebat. "
"Cinta kepada Tuhan adalah cinta sejati. "
"Bagaimana kau kata kau cinta Tuhan sedangkan ada makhluk ciptaan Tuhan itu kau benci dan hinakan? Kekasih apa kau? "


Dia diam. Menunduk.


3 comments:

Unknown said...

Salam saudara Pendi. Alhamdulillah masih bekarya. Tetiba naluri aku nak visit blog ni walaupon dah lama aku tak visit, sebab bila aku visit x ada update dari ko.. Tahniah bro Pendi, masih bekarya dan share ilmu dan pencerahan yang berguna yang bukan semua orang ada rezki utk dapat. Selamat bekarya bro Pendi dan sesama kita raikan hidup.

Anonymous said...

Aik aik aik tuan prof encik datu bernandek taasnyaaa itu nyamuk kenapa
Sering terbunuh?

Kakaka

kulupSakah said...

Insyaallah Kama
-Ronasina