Hari ini 26 Disember. Aku teringat..
26 Disember..........
Beberapa tahun sebelum ini, tsunami melanda Aceh, Phuket, Maldives dan beberapa tempat lain. Banda Acheh jadi padang jarak padang tekukur. Nyawa melayang, harta benda musnah..
26 Disember sebelum tsunami Acheh..
Gempa bumi di Bam, Iran membuat rakyatnya meratap merasa kerdilnya di sisi Tuhan. Ribut Gregg di Sabah juga pada Disember ini..
26 Disember 1999....
Ayahanda mertuaku Raja Muhaiddin bin Raja Agong meninggal dunia di pangkuan aku dan anaknya Raja Rohaisham setahun selepas perkahwinan kami tanpa sempat melihat cucundanya dari keturunan kami. Pagi Ramadhan itu sangat sayu.
26 Disember 1973....
Beberapa rantai dari Istana Bukit Chandan dan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar (tempat rakyat berdemo baru-baru ini kerana rampasan kuasa di Perak), di dalam sebuah rumah lahir seorang bayi lelaki comel, sihat berkulit putih merah (menurut mereka). Bayi ini membesar merempuh jalan berliku merentas semak meruntuh tembok..
Walau tubuhnya luka, jiwanya sentosa. Dia kini sudah 36 tahun kiraan Masehi. Dia itulah aku...KulupSakah!
18 comments:
selamat hari lahir...26 mmg hari yg tragis tp apa2 pon aku mmg suka singgah blog ni...ahaks
Selamat hari lahir...moga hidup anda sentiasa dibawah naungan Allah...
Apa bakal berlaku hari ini ya.
selamat utk lu..
Selamat Hari Lahir Tuan Kulup..
epi besday!semoga sihat tubuh bdn..pnjg umo,murh rezeki....=)
hari ini 26hb.. 10 orang penumpang bas express hala ke utara terbunuh kerana menempuh pembahagi jalan. takziah untuk keluarga dan selamat hari lahir buat suami ku kulupsakah.
bas merempuh pembahagi jalan.... he he he
assalammualaikum
selamat menempuh hari2 yang semakin mematangkan diri
Slmt hari lahir tuan,
Jadilah lelaki dan laki yang baik.
Slmt ulang taun kelahiran...semoga sntiasa dirahmati Allah...
err hang kerabat diraja perak ker?
~mohon patik...
selamat hari lahir hensem guy...
semoga dapat "merempuh" hari2 mendatang
terima kasih semua....
slamat ari lahir bro..
maaf lewat..
SELAMAT HARI LAHIR BRO... semoga menempuhi hari mendatang dengan tabah...
selamat KULUP hari SAKAH lahir!
Great article thanks for the info and thanks for the sharing i also sharing your link to my friends
Your article est Extremely impressive. That I never regarded feasible to Accomplish It Was Like That Until something after I Looked over your post . You Gave Certainly a great collection is desired exactly how this process works Whole . I Will make sure to return for more advice. Thanks
Term Papers help
Post a Comment