Malam tadi aku ke forum Biro Tata Negara: Patriotik atau Perkauman di PJ. Seperti yang dijangka wakil Umno, Dr Asyraf Wajdi (dulu anti ISA) tak hadir sedangkan aku ke sana memang ingin mendengar idea dia.
KJ John, Nik Nazmi, Amir Shari dan Eddin Khoo adalah panelis dan Fadah moderator. Apa yang diharapkan dari mereka? Aku mahukan buah fikiran dari yang pro BTN. Ke semua panelis di atas terutama Eddin amat bernas.
Azam (ada konneksi dengan Perkasa) - peserta forum yang selalu menjadi orang pertama akan bertanya dan menyampaikan hujah2 yang bagi orang Umno kononnya bernas menyokong BTN. Beberapa peserta yang pro BTN juga menyampaikan hujahnya. Baca blog ummuasiah untuk lanjut.
Aku bangun dan berpendapat aku tak perlukan BTN untuk jadi patriotik dan tidak racist. Bagi aku sistem pendidikan sudah rosak (sependapat dengan Yusmadi) kerana sistem kita berorientasikan peperiksaan (exam oriented). Sekolah terlalu mementingkan pencapaian gred dalam peperiksaan lalu mengabaikan aspek yang patut ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Negara (cikgu2 zaman sekarang pun dah tak hafal FPN ni) iaitu mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Yang wujud hanyalah bagaimana nak naikkan gred sekolah agar popular.
Perlembagaan Persekutuan harus diajar asasnya di peringkat sekolah lagi di mana di sekolahlah warga Malaysia sudah didedahkan tentang peranan dan hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Ke semuanya sudah diselesaikan di dalam perlembagaan (ini pun boleh didebatkan) tetapi masalahnya mengapa maklumatnya tidak sampai kepada rakyat. Kalau boleh biarlah rakyat bodoh dengan perlembagaan. Langkah Majlis Peguam (Bar Council) untuk merakyatkan perlembagaan persekutuan dengan program "perlembagaanku" patut dipuji dan ia mestilah dipastikan sampai juga ke sasarannya.
Kegagalan sistem pendidikan inilah menyebabkan Biro Tata Negara terpaksa diwujudkan untuk menampungnya. Kononnya program ini baik untuk menyedarkan rakyat tetapi kesempatan ini diambil untuk mencucuk jarum demi kepentingan survival politik pemerintah yang tersepit kerana sokongan rakyat mula terhakis sejak era reformasi. Sama seperti PLKN, proses indoktrinasi ditanam untuk membenci individu atau pertubuhan yang tidak sehaluan dengan pemerintah dalam sesetengah program. (Bukan semua program sebab itu ada bekas peserta mengaku tiada unsur-unsur hasutan yang mereka alami). Anwar Ibrahim agen yahudi, Nik Aziz Syiah atau Kit Siang jahat bukan perkara baru malah Tengku Razaleigh dulu pernah dirosakkan imejnya dalam kursus BTN apabila gambar dia memakai tengkolok berlambang salib disebar. Kononnya dia pro Kristian. Apa ni?
Isu perkauman hanya momokan pemerintah untuk menakut-nakutkan rakyat. Seruan Melayu perlu bersatu demi ketuanannya hanya sentimen bodoh. Hakikatnya apa bangsa di dalam dunia ini mahu pun Yahudi tak pernah bersatu sesama sendiri. Pembahagian kekayaan yang adil, pengurusan ekonomi yang seimbang membuat rakyat berasa terbela dan selamat. Semangat cintakan negara dapat dibentuk. Inilah realitinya. Rakyat dapat bersatu tak kira apa jua kaum jika kebajikan mereka terbela. Lihat pemimpin atasan negara Melayu, Cina dan India yang BERSATU merompak harta negara. Mereka bersatu kerana ada kepentingan.
Kesimpulannya BTN tak diperlukan dan seperti saranan Eddin, dana yang besar untuk BTN patut disalurkan kepada sistem pendidikan untuk disusun semula dan memperbaikinya agar ia relevan untuk rakyat Malaysia.
6 comments:
Hi! I was there and nampak you bagi komen. Your komen memang one of the best! Simple, straight-forward, and message delivered!
Oh me again. Apa yang aku tak brapa suka is that semua panelist and beberapa org yg bagi komen all trying to prove how accepting they are with examples macam diorang hantar anak pegi sekolah cina, boleh cakap cina, cina fasih BM, ada ramai kawan kaum2 lain etc. So what? So what kalau aku tak fasih cakap BM? Tak bermaksud aku ni racist atau tak menerima kaum lain. So what kalau aku ni tak nak berminat nak belajar bahasa Tamil? So what kalau aku tak banyak kawan berbilang bangsa? Tak bermaksud aku tak boleh treat all races equally and respectfully. Aku rasa kalo ada some uncle cina berucap smalam dgn BMnye yg pelat, mesti takde siapa nak dengar just because dia tak fasih BM. Hehe. Overall, aku memang rasa forum semalam memang bagus sebab ianya mempromosi budaya berdebat and diskusi. Dan I guess aku paham kenapa diorang perlu bagi contoh-contoh yg aku sebutkan tadi untuk make a stronger point to racist people.
i admit that u hv a point, pal!
"ada cina dengan india tak?...takde?....bagus-bagus...senang keje saya."
Tips2 tuk menghadiri kursus BTN di U**M:
1. Bwk IPod atau MP3 player...kalau takde, bwk je HP...Blh dgr lagu2 yg best yg anda dh store dlm IPod/MP3 player/HP drpd dgr eee bg talk
2. Klu time tu dh nk dkat ngan midterm exam atau sok/lusa ade kuiz,bwk buku and kertas kosong...wat la revision drpd dengar eee tu melalak psl ntah pape....
3. Tanya soalan2 yg membangkitkan kemarahan speaker sampai dia tak nak jejak dah U anda...
4. Tido je mase eee tu membebel
5. Tak yah dtg langsung (tp hang pa sume kene prepare la extend sem psl hang pa tak pi lagi kursus ni....kah kah kah)
Thank you for the post, loved it.
Post a Comment