Pukul berapa sekarang? no kad pengenalan kau apa? Hari ni berapa haribulan? Zohor berapa rakaat? Anak kau berapa? Berapa CGPA kau?
Ada seribu satu lagi soalan seperti di atas yang jawapannya mesti diberi dalam bentuk nombor. Tulisan berwarna merah tu pun nombor. Begitulah pentingnya nombor dalam hidup kita hari hari. Dalam apa juga bidang atau cabang, ia akan melibatkan nombor. Dari hal duniawi hinggalah ke ukhrawi (sebut istilah camni nampak alim sikit) tak dapat tidak, nombor akan muncul.
Benarkah nombor mempengaruhi peribadi kita? Tuhan jadikan semuanya bersebab malah kenapa kita lahir pada tarikh itu pun ada sebabnya kerana dari tarikh itu hinggalah habisnya hayat kita, ada peranan yang perlu kita mainkan dalam hidup ini. kalau kita tak sedar dan kelabu dengan peranan kita atas bumi ini, malanglah.
Secara peribadi hari lahir aku 26 Disember (nak promote besday tak lama lagi) dan hari2 bencana dunia seperti tragedi tsunami Acheh dan gempa bumi di Bam Iran beberapa tahun dulu jatuh pada hari yang sama. Ah! Itu tak penting. Maksud aku tarikh lahir aku dan isteri aku 15 Ogos akan jatuh pada hari yang sama setiap tahun. Jika 26 Disember jatuh pada hari Rabu maka 15 Ogos juga hari Rabu malah dating pertama kami 11 April juga pada hari yang sama. Bijak pandai dahulu dapat mengkaji peribadi seseorang berdasarkan hari lahirnya yang akan menyimpulkan seseorang itu pemegang nombor apa pada tubuhnya. kajian terhadap beribu2 manusia itu menemui hasil yang cukup mengkagumkan. Tubuh aku memegang nombor 4- seorang yang berkemahiran tinggi (uhuk!), bijak, berprasangka buruk dan kedekut. (Ada betul juga).
Ada nombor Arab 18 dan 81 di telapak tangan kita yang memberikan jumlah 99 nama Allah. Telapak itulah yang kita renung sewaktu berdoa dan diterbalikkan untuk menjauhi bala (bukan Balasubramaniam). Sifat 20, angka 7 yang mempengaruhi dunia dan macam macam lagi.
Pi tengok blog Wak Jono dan baca dari awal hingga akhir.
Apa nombor korang? Sejauh mana sesuatu nombor mempengaruhi hidup korang?
Asalkan jangan gila nombor sudah.
11 comments:
boleh caye jugak kadang2
cume tak puas ati horoskop
duk cite pasal benda baik
mesti org caye klu benda baik tu kene kat diri sendiri
nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi... sila cuba sebentar lagi...
:P
07-03-197..?? tahun tak tau ler..
satu base je arr..no tubuh tak tau coz polis,tentera dan pertahanan awan aje yg ader no tubuh..
hehehehe..jgn mare..
ribut greg di sabah pun sama tarikh gak!
anaksemuabangsa,
jika kau lahir 1973 macam aku, nombor tubuh kau 3-kau seorang yg aktif dan kreatif tapi egois, suka mengarah, popular jugak, cepat siapkan kerja tapi kurang sempurna, mudah teruja dan fashionable..baran sikit kot?
LKS,
28-02-1965 ada apa2 makna? Nasib baik tak 29hb...jenuh nunggu 4 tahun sekali...adil ker?
cilipadi
woi aku bukan nujumlahh..
tapi ko ni jujur, berdikari penyayang tapi sikit tamak..haha..citarasa mewah, tak pentingkan diri tapi mahu menguasai..:P
lup...esok nom apa naik kat KTM
Salam Al Kulupsakah
Awek aku yang terbaru lahir 10/10. Dia mintak majlis kawen pada 10/10/10...ok no problem . dia mintak lagi hantaran bagi pihak dia 10 dulang...lagi dia mintak belanja hantaran $10101.0. Pasal dia suka no 10. Mana aku nak korek ni....
Nombor yang anda dail telah 3 bulan tidak bayar bil, Sila nasihatkan dia. .......
Itulah mesej pada telefon yang menggunakan rangkaian Mutiara Telekom satu masa dulu
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
Post a Comment