Thursday, December 10, 2009

antara Lat dan Zunar

Membandingkan Lat dengan Zunar seperti membandingkan Al Pacino dengan Robert DeNiro bagi aku. Kata peminat tegar Pacino "trilogi filem Godfather lakonan Pacino sudah cukup membungkus semua filem lakonan DeNiro tetapi untuk kipas-susah-mati DeNiro (macam aku) mengatakan DeNiro lebih versatile dengan lakonan berbagai karektor, dari kepala mafia hinggalah ke watak bakal pak mertua yang lawak (Meet the parents dan sequelnya). Pencapaian kedua-duanya menakjubkan dan mereka menjadi ikon. Menariknya mereka meminati antara satu sama lain dan jika mereka berkolaborasi dalam satu filem, perkataan yang sesuai adalah "Gila!".

Lat muncul pada zaman kartun mula membudaya di Malaysia dan secara automatiknya Zunar juga menghormati Lat sebagai sifu. Aku pun. Ini faktor umur. Kalau takdirnya Zunar lebih tua suasana juga akan jadi sebaliknya. Bolehlah dikatakan Lat adalah guru kepada semua kartunis di Malaysia. Karyanya malah strokenya tulen Malaysia. Sebab itulah Lat dengan Kampung Boynya tersohor ke serata dunia. Wajah Malaysia dan budaya kampung terzahir di tangan Lat. Nak tahu Malaysia kena tengok kartun Lat.

Zunar sudah pedas karyanya sejak awal-awal pembabitannya dalam dunia kartun dan lelucon. Sejak era "Gebang-Gebang" di majalah Gila-Gila atau "Papa dan Kedana" di akhbar Berita Harian mengkritik dan menyatakan pendirian tentang isu-isu semasa sehinggalah memilih jalan yang tidak sehaluan dengan pemerintah ketika gelombang reformasi tercetus. Dari watak Kadok dan Liza atau pun Sifar sehinggalah ke "Mat Reform" dan "kroni Datuk Ya".

Lat juga sinis dengan mengkritik isu semasa tetapi pendirian politik sebenarnya agak kabur. Tembakannya tentang isu-isu rasuah atau penyelewengan kuasa tersasar (mungkin disengajakan) dan tidak setepat tembakan Zunar yang terang-terang membalun mangsanya. Jika seniman atau karyawan itu perakam suasana sekelilingnya pada zaman itu, mereka harus peka dan lahirkan karya mengikut suasana itu. Tepat lagi menepatkan. Yakin lagi meyakinkan. Jelas lagi terang. Tak sembunyi-sembunyi. Tanpa ragu-ragu atau garu-garu. Setiap karya yang dihasilkan oleh setiap karyawan perlu dihormati sama ada kita bersetuju atau tidak apa yang dinukilkan. Tiada masalah. Yang penting karyawan mestilah bertanggungjawab terhadap karyanya dan bukan menjadi pak turut yang menjadi alat orang lain dalam menyampaikan mesej. Orang lain yang memerintahkan karyawan tersebut membuat mengikut kemahuannya dan karyawan ini melepaskan tangan dengan berkata "saya hanya mengikut arahan saja" adalah karyawan yang malang. Dia bukan karyawan tulen sebaliknya hanya robot yang bekerja mengikut arahan yang dipetik pada alat remote control oleh tuannya.
Jika Lat berpendirian menyokong pemerintah dalam karyanya tiada masalah kerana itu yang dia percaya. Kita menghormatinya dan seharusnya Zunar juga dihormati karyanya berlandaskan pendirian yang dia percaya.

Aku tidak boleh membandingkan siapa lebih hebat dari sudut profesion sebab sebagai kartunis tak popular aku hormati seniority mereka dan mereka guru aku. Semua kartunis duduk di kategori berbeza untuk dibanding-bandingkan. Ia sukar. Jaafar Taib, Nan, Ujang, Aie atau mana-mana yang lain ada keistimewaannya. Cuma dari sudut menyatakan pendirian aku setuju memilih Zunar kerana aku juga punya pendirian yang sama sepertinya. Ikhlas!

Kalaulah suatu hari nanti aku jadi Mike Tyson atau Joe Frasier dalam kategori kartunis politik, Zunar tetap Muhammad Ali! Atau jika mereka Pacino dan DeNiro cukuplah aku jadi Johnny Depp, yahooo!


10 comments:

roslaini saad said...

Sebenarnya saya lebih memilih cara Lat untuk mengkritik berbanding cara Zunar...kerana bagi saya menembak tepat pada sasaran membunuh sebahagian penggemar...tapi menembak secara sepi-sepi dan sindiran...membuat orang lagi gemar mencari maksud tersirat....dan tersenyum sendiri bila terasa disindir....

fikiranlicin said...

hahaha..bro jadi johnny depp gua ni kire Robert Pattison la ni...heheh

abgBro said...

semoga Zunar diberi kekuatan dan kesihatan yg baik utk terus berkarya...membongkar kebejatan rakus sang penguasa...ikhlas dan sempoi dlm menukilkan isu semasa yg kdg kala yg brpangkat Dr pun brbelit2 mngulas isu yg sama...memaparkn susuk kehidupan yg benar terus mnyelinap akal dan sanubari...ade yg trsentuh ade yg gelihati...tiada yg tertanya2 karya beliau tujukn kpd siapa? melainkan semuanya yg jelas terang lg brsuluh...bedanya hanya penerimaan pmbaca, ade yg suka ada yg xsuka, ada yg nk halang...beliau tiada ampu sana wa ampu sini...balun tetap balunn...

tabik Sir Zunar!

ubilepih said...

ha..ha..Jack Sparrow..ahak..ahak sayang pak jab dah tak ade.al-fatihah untuk arwah.
keh setakat macam Nordin Ahmad jer weh...ahak..ahak..

buyung_ans said...

Lup,

Pacino & DiNero dah berkeloberasi bersama dah. Filem saya tak ingat. Yg penting, dua dua saya peminat tegar.

Pa'chik said...

pak jab sapa pulak lup?? brando??

kulupsakah said...

buyung,
pacino dan deniro bergabung dlm filem Godfather 2, Heat, Righteous Killer

ArAd said...

Gua rase ada RALAT sikit kat muka surat 6 dalam Perak Darul Kartun!.

Suasana Aman Tiba2 Bartukar Manjadi Gempar.Datang Berita Mengkhabarkan Bahawa Tiga Tok Ketua Puak Gerombolan Hilang Ghaib Entah Ke Mana Selama Berhari-Hari.

Boleh ditukar kepada:

Suasana Aman Tiba2 Bartukar Manjadi Gempar.Datang Berita Mengkhabarkan Bahawa Tiga Tok Ketua Kerajaan Rakyat Berpakat Hilang Ghaib Entah Ke Mana Selama Berhari-Hari.

Selamatkan PAS & TGNA said...

http://selamatkanpastgna.blogspot.com/2009/12/pemburu-syahid-wajib-insaf.html

kulupsakah said...

arif,
terimakasih datang haritu.
anda betul.kesilapan tu hanya kami sedari selepas buku siap dicetak walaupun berkali2 disemak. anda boleh jadi proof reader lain kali.