Thursday, May 13, 2010

Abuya : pelajari 'kelebihannya'

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.

Aku sehingga hari ini masih sangsi dengan pengharaman Al Arqam dan ia bagi aku kes X-Files yang ada agenda tersembunyi. Di Malaysia jika kau berpengaruh dan cuba menggugat kerajaan kau akan kena macam2. Bagi aku kes arqam sama seperti kes al maunah, kes ibrahim libya atau kes guru silat omar din yang ditahan ISA kerana menuntut ilmu sesat (mungkin masa tu omar din yang cukup berpengaruh nak bertanding atas tiket semangat 46). Jangan salahkan aku kalau ada perasaan skeptikal. Ashaari juga pernah berkonfrontasi dengan pusat islam dan menawarkan diri untuk mengambil alih pusat bertindik itu kerana baginya pusat busyuk itu gagal memainkan peranannya. Sama seperti Ibrahim Libya.

Ashaari- menurut yang aku baca melalui tulisan Subky latif adalah ahli Pas yang cukup aktif dan pandai menguruskan kebajikan ahli2nya. Ketika itu tahun 60an kalau tak silap aku. kemudian beliau menubuhkan al arqam yang kemudian pengaruhnya menular ke asia tenggara. pengikutnya ramai dan al arqam sudah jadi institusi. produk keluaran mereka seperti mee, kicap, majalah dan akhbar sangat menarik malah lagu2 nasyid mereka malarhijau sehingga kini. (Ya, kumpulan nasyid popular sekarang ini pun berasal dari al arqam). Lagu mereka ada roh. Aku sewaktu kecil amat dekat dengan pertubuhan ini kerana abang-abang di kejiranan aku adalah pengikut mereka. Dan aku setuju dengan isteriku yang mengatakan ahli al arqam yang berserban dan berjubah hijau bersih amat peramah dan bersopan ketika menjual produk mereka. Dakwah mereka lemah-lembut. Tidak sedikit yang mereka berjaya islamkan.

Apabila Ashaari mengatakan beliau akan menjadi PM selepas Mahathir segalanya berubah. Berita TV mula menyiarkan cerita Ashaari menubuhkan Tentera Badar, beryaqazah dan berjumpa Rasulullah dalam keadaan sedar, kahwin ramai-ramai dan macammacam lagi.

Wallahua'lam. Jika ada yang terus tegas mengatakan Ashaari sesat, aku reserve dan tidak mahu bersetuju.

Al fatihah Abuya!

10 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...
This comment has been removed by the author.
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

alfatihah ... bila kita akan pergi

daLyaanoon said...

Innalillah!

Pak Oncu said...

Gua secara peribadi menyokong Ustaz Ashaari ,,,,,,, gua tak nampak mana sesat dan songsang nya,,,,!!!!!!!! gua harap mereka yg berlaku zalim terhadap Asshaari akan menerima bala,,, seperti mana bala yg telah turun kepada seorg pelakun yg melakun kan watak Ashaari ,,,,, !!!!!! Alfatihah buek Ustaz Ashaari,,,,,,!!!

C++ said...

Bhai LKS,

Lu baca artikel gua pasai Abuya Dalam Kenangan... thanks

WanBeruas said...

..Bos aku pernah terpaksa beli majalah Al Arqam dulu,kemudian bagi kat aku..dia kata jangan ko pun sama pakai serban macam depa udah lah..apa punya ba**al manusia.. belajar tinggi tapi itu pandangan dia pada anak bangsa dan agama sendiri..

Zainal said...

Bukan Al-Arqam yg sesat, UMCO yg sesat sebenarnya...

Unknown said...

Celaka untuk WanBeruas ...apa yg lu tulis....utk yg telah meninggal.

Salute & Al Fatihah untuk Abuya.

Jasa Abuya mendahului zaman...

lizay_73 said...

sangat setuju dgn anda....
kat m'sia ni bunyi je macam selamat
tp tidak hakikatnya

Anonymous said...

Aku kagum dgn beliau dan ajaran nya walopun aku bukan ahli mereka.mereka sangat berkasih sayang sesama jemaah.

Salute dan semoga beliau di tempakan dia antara hamba2 yg soleh.Amin..

-kiung-