Tuesday, May 11, 2010

kita dan hati nurani

istimewanya insan ialah ia diciptakan Tuhan berserta hati 'nurani'. hati nurani adalah talian terus antara kita dengan pencipta. hukum karma, benar salah disimpul di dalam fitrah dan disimpan di dalam hati nurani. ia bersih dan suci. ia seperti isyarat yang sendiri akan menyala lampunya apabila apa yang tersimpan di dalamnya diengkari.
maksudnya apa?
bagaimana jenis pun insan itu, dia akan tahu apa yang benar apa yang salah. dia boleh menipu orang lain tapi dia tak mampu mengingkari hati nuraninya. jika dia berbohong dia masih boleh memperdaya orang lain tetapi jauh di sudut hatinya yang dikenali sebagai nurani akan memprotes memberi isyarat. sebab itu dia akan gentar bila berhadapan dengan kebenaran dan akan cuba berdalih. inilah kuasa sakti pencipta.
jadi ke mana pun kita, sehebat mana pun kita berjaya menipu orang - percayalah, kita akan rasa bersalah terhadap nurani kita yang cepat menangkap penyelewengan kita.
melainkan nurani itu sudah terpadam, dia bukan lagi insan.

6 comments:

murid tok guru said...

Kita dan hati nurani - semuanya digerakkan oleh kuasa Allah dan Dia menyuruh kita berfikir tentang kebesarannya.

Sebagai contoh pd 16sept. Jika Allah berkehendakkan Anwar jadi PM, nescaya Allah gerakkan hati semua yg terlibat agar menjadikannya kenyataan. Namun, Anwar masih tak jadi PM.

Walhal, perjuangan politiknya telah cukup lama dan didampingi pula oleh Pas, namun segala doa utk nobatkan Anwar jadi PM tak makbul juga.

Sebagai renungan pada 24 dis 2009, kenapa Allah tak tumbangkan kerajaan Najib dgn menggerakkan hati MP pembangkang agar hadir semasa undi belah bagi usul bajet 2010? Sedangkan waktu itu adalah time yg paling mudah utk kerajaan BN tumbang. Jawapannya, kita hanya merancang, Allah jua menentukan.

Mungkin ada hikmahnya sebab apa Allah tak makbulkan doa org yg ingin melihat Anwar jadi PM. Jadi, kita kena berfikir juga, kenapa Najib pula dibuka laluannya utk jadi PM oleh Allah. Apa hikmahnya kpd M'sia.

Sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan maha penyayang. Kasih sayang Allah bukan hanya terbatas kpd Nik Aziz atau Anwar saja.
Jgn sesekali kita tidak beriman dgn menolak qada' dan qadar Allah.

kulupSakah said...

dah aku terangkan dulu, sapa naik sapa turun, sapa menang sapa kalah urusan Allah. tugas insan ialah menegakkan kebenaran dan menentang kezaliman.

koi said...

Ada org kata anwar peliwat
Ada pulak yg kata itu konspirasi politik,

Ada org kata Najib terlibat kes altantuya
Ada pulak yg kata itu fitnah,

Ada org kata Dap serupa komunis
Ada pulak yg kata Umno rasis,

Ada org kata kerajaan BN rasuah
Ada pulak yg kata Pakatan lagi haprak,

Ada yg kata nik aziz serupa ular dlm semak
Ada pulak yg sanjung dia sebagai ulamak,

Ada yg kata Umno zalim
Ada pulak yg kata Dap lagi kejam,

Ada yg kata YB lompat dah tak percaya Anwar
Ada pulak yg kata YB itu dibayar,

Ada yg kata bintang Najib sebagai PM cerah
Ada pulak yg kata Anwar lah yg terbaik,

Ada yg kata Umno jaga institusi Raja
Ada pulak yg kata jadi republik lagi bagus,

Ada yg kata 'selamatkan M'sia'
Ada pulak yg kata itu sebenarnya 'selamatkan Anwar'.

Ada yg kata fikir-fikirkanlah
Ada pulak yg kata hantam sajalah labu....!

kulupSakah said...

sebab tu akal kena tajam, ilmu kena banyak baru boleh nampak..
alahaiii....takkan tak boleh nampak lagi..dah terang sesangat...kalau mata penuh duit dan perut penuh kerawit memang jadi butalah

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

iku ikut bro kulup

Dama-Ulan said...

hidup ini adalah Afaaltullah bagi membuktikan keesaanNya dan kekuasaanNya..

Jika tiada mahluk, bagaimana Dia dapat dikenali?

Jika tiada jasad, bagaimana roh nak beribadat?

hihihihi... fikir2kan... dunia2.. jangan dok kena tipu saja..