Thursday, July 1, 2010

seorang pak cik tua penghisap rokok di suatu petang di luar pagar masjid sri petaling..

"Ada api?" tanya lelaki tua itu. Aku agak dia dah 70an.
"Takde. Tak hisap rokok." jawab aku.
"Baguslah." kata dia.
"Saya berhenti dah tujuh tahun dah." kataku.
"Aku dulu pun dah berhenti juga. Lama. 13 tahun tak merokok tapi bila bini aku meninggal 4 tahun lepas aku start merokok balik, sampai sekarang." kata dia.

Tap! Dia membakar rokoknya dengan lighter yang diambil dari kocek belakang seluarnya. Kalau ada api buat apa tanya aku tadi?

"Rokok adalah sahabat paling jujur. Dia dah kata dah di kotaknya yang dia membahayakan kesihatan. Dia dah akui keburukannya. Kalau kau sanggup berkawan, kau mesti menerima keburukannya seada mungkin." kata dia lagi.

"Susah nak cari kawan macam tu sekarang. Adik beradik lagi hancur. Kalau kau miskin takde siapa mahu dengar cakap kau."

Azan Asar berkumandang dari corong masjid sri petaling.

"Tuhan dah panggil tu. Aku pergi dulu." Dia melangkah menuju ke masjid. Dalam 5 langkah dia berpaling padaku dan berkata,"Sahabat yang baik adalah yang semakin hari makin rapat dengan kita. Siapa? mim alif ta ya!". Dia berjalan terus.

"Patutlah pak cik hisap rokok macam nak gila. Tak sabar nak jumpa sahabat baik kot?" jerit aku...dalam hati.

6 comments:

Wellness, The Next Big Thing said...

sebuah cerita yang ringkas tetapi memberi pengertian yang luas dan impak yang dalam ... bravo

Anonymous said...

boleh dianggap 'bunuh diri' tak tu?

D'ayo

Anonymous said...

Ada yg hisap rokok umur sampai 60 70 tahun..ada yg mati 40an tapi tak isap roko pun..ajal maut di tangan tuhan.. cuma atas alasan apa kematian itu terjadi..

kulupsakah said...

encik,
cuba faham cerita bebenor, mengapa aku tak jerit cuma dalam hati je

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nice ^_^

Anonymous said...

Kalau orang tanya 'ada api?', jawab je... orang gila je bawa api kulu-kilir (ke hulu, ke hilir)...

D'ayo