Monday, July 22, 2013

email menyentuh jiwa

Assalamualaikum w.b.t.,
Saya tersentuh membaca tulisan di blog saudara mengenai perubatan Islam dan poligami. Saudara ada meluahkan rasa geram apabila Ashraf Muslim mengatakan bahawa anak cacat merupakan balasan ke atas dosa ibu bapa. Memang tidak dapat dinafikan ramai lagi orang yang berfikiran dangkal di luar sana yang mempunyai anggapan yang sama. Jika benar anak cacat merupakan balasan dosa ertinya semua anak-anak yang lahir ke dunia ini akan cacat kerana semua ibu bapa berdosa tetapi realitinya penyamun, perompak, pengumpat dan sewaktu dengannya anak-anak mereka comel, cantik, sempurna. Malah anak-anak yang terhasil dari hubungan zina pun lahir cantik sempurna.
Saya pernah menonton filem "Anjali" yang pernah disiarkan di TV2.Sebuah filem yang sangat menyentuh perasaan dimana ianya mengangkat kemuliaan ibu bapa yang mendapat anak cacat bernama Anjali yang terpaksa berhadapan dengan pandangan serong masyarakat terhadap anak mereka. Di antara babak yang sangat menarik ialah bila kakak kepada Anjali bertanya kepada bapanya kenapa Anjali cacat, kenapa adik orang lain sempurna. Jawab sibapa, "Anjali ini asal tempat tinggalnya di syurga. Bila hendak diturunkan ke dunia, Tuhan akan meneropong ke bawah mencari di manakah keluarga yang terbaik yang paling layak membesarkan Anjali. Lantas Tuhan menurunkan dia kepada kita kerana keluarga kitalah yang paling baik dan paling layak untuk dia."
Dalam Islam, kita percaya anak cacat merupakan satu anugerah. Anak cacat adalah ahli syurga. Diberi peluang untuk membesarkan anak syurga adalah merupakan satu anugerah yang tidak ternilai. Satu peringatan juga kepada orang-orang yang selama ini suka memandang rendah pada anak-anak cacat ini, sepatutnya anak-anak ini perlu dilayan dengan penuh hormat dan penuh kasih sayang kerana di sisi Allah mereka lebih mulia dari kita. Ibu bapa yang diberi peluang memiliki anak syurga ini boleh dilihat sendiri kebanyakan mereka memang sangat hebat. Memiliki kesabaran yang amat tinggi. Kita semua tentu pernah menonton rancangan Bersamamu dimana keluarga yang susah, rumah berlubang-lubang, ada anak cacat tetapi diterima dengan reda. Biarpun kais pagi makan pagi namun keperluan anak cacat tetap diberi keutamaan, dibelai dan diberi kasih sayang sama seperti anak-anak yang lain. Orang Cina yang kaya raya juga sangat menyayangi anak cacat malah menganggap anak cacat ini membawa tuah. Cuba lihat pula anak-anak yang didera sehingga mati, kebanyakan mereka lahir sempurna. Cuba bayangkan jika ibu bapa begini mendapat anak cacat, apakah layak mereka menjaganya sedangkan anak yang sempurna pun sanggup didera sehingga mati.
Oleh itu kepada semua yang mempunyai tanggapan seperti Ashraf Muslim, ubahlah pendirian anda. Ibu bapa yang mempunyai anak cacat adalah ibu bapa yang sangat mulia kerana mereka adalah ibu bapa kepada ahli syurga.


norisha

8 comments:

Rohaniah Noor said...

pendapat ustaz segera ni jangan diambil kira sangat. diri dia pun nak kena diperbetulkan dulu

Anonymous said...

this emel is so true..bertuah dapat jadi penjaga anak2 syurga..

aymy8888

Unknown said...

boss

sy setuju ngan rohaniah noor tu

jgn amik advice dgn someone yg looks down on others

Unknown said...

Hurmmm manusia hya tahu mrnuding jari...klau jari ter "tuding" kat die bru nk ternganga

Unknown said...

Hurmmm manusia hya tahu mrnuding jari...klau jari ter "tuding" kat die bru nk ternganga

Anonymous said...

saya selallu ikuti blog nehh.. sgt ingin tahu pasal anak2 syurga neh...tapi kali ni sya baca ent3 neh..saya menangis.. sbb apa yg saudara katakan adalah benar belaka......

Anonymous said...

saya selallu ikuti blog nehh.. sgt ingin tahu pasal anak2 syurga neh...tapi kali ni sya baca ent3 neh..saya menangis.. sbb apa yg saudara katakan adalah benar belaka......

Anonymous said...

saya selallu ikuti blog nehh.. sgt ingin tahu pasal anak2 syurga neh...tapi kali ni sya baca ent3 neh..saya menangis.. sbb apa yg saudara katakan adalah benar belaka......