Friday, October 30, 2009

Siri seram: Hantu kepala beruang!

"Cik Kulup! Cik Kulup! Tolong ni. Said buat lagi!"..Jerit Nasir dengan loghat Kelantannya. Aduh! Payah ni! Haji Zahari takde pulak. Leceh!

Aku pantas berlari masuk kawasan asrama putra yang dari jauh dapatku lihat penghuni-penghuninya berkelintau kegelisahan.
"Saya rasa 'dia' ada kat sini Cik! 'Dia' ada!" kata Said dengan mata buntang kemerahan. Malam semalam aku terpaksa berjaga sampai pagi bila mana Said dirasuk jin. Puas aku dan Haji Zahari mengawalnya sementara Cikgu Seli, guru silat Sendeng berusaha mengeluarkan jin dari tubuh Said. Macam-macam putar belit jin nak mainkan manusia. Ceramah ugamalah dia, menyanyilah dia, menangis dan ketawa.

Aku menuangkan air jampi yang ditinggalkan Cikgu Seli ke dalam gelas dan kusapu ke rambut Said. Dia mengeluh kepanasan. Apabila kutuangkan lagi ke dalam gelas dan cuba berikan kepada Said untuk minum, aku lihat dia cuba menyambut tetapi tangannya tersekat-sekat. Tiba-tiba kepalanya dipaling dan matanya semakin membuntang. Dia meraung dan jin sekali lagi merasuk tubuhnya. Semua bebudak asrama tingkatan 5 yang berdiri menyaksikan peristiwa ini meluru masuk ke bilik ketakutan. Hampeh! Tinggal aku dan Nasir, budak Kelantan berusia 17 tahun yang agak matang sikit. Nasir mengunci tubuh Said agar dia tak boleh bergerak liar.

Aku menuangkan air jampi ke dalam mulut Said dan sepantas kilat dia meludahkan air tersebut ke kakiku. Sepantas kilat juga penamparku singgah ke muka dia.

"Berani kau tampar budak ni?" jerkah Said. Suaranya garau.

"Berani kau ludah aku?" jerkah aku balik. Garau juga tapi lebih husky! Ehem! Kerana fed-up mengenangkan malam semalam aku terpaksa balik lewat dan sudah pastilah malam ni perkara yang sama akan berlaku lagi, aku segera berkata:

"Cilake punye jin! mari sini! Tengok muka aku betul-betul! Tengok mata aku! Kalau kau anak jantan, keluar dari tubuh budak ni dan mari kita bertumbuk kat padang!"
Anehnya budak Said (atau jin?) menundukkan kepalanya. Tak berani bertentang mata. Tapi aku sebenarnya tak sedar, kemarahanku itu sebenarnya suatu kemenangan di pihak jin (kesimpulan yang aku buat beberapa hari selepas itu) yang lebih suka melihat kita beremosi. Nasir sudah pun berlari ke rumah Hj. Zahari seperti yang aku suruh. Apalah yang boleh aku buat selain dari mengajaknya bertinju siam kalau pun tak bertumbuk ala koboi. Aku bukan pawang. Aku KulupSakah.
15 minit kemudian Hj Zahari datang dengan Ustaz Azmi dan Isman. Tapi tak mengubah apa-apa. Said terus mengacau. Menjerit dan ketawa. Menyebut nama salah seorang kawannya untuk disakat dengan menyanyi,"cucu cucu tak dapat lari, nenek tua banyak sakti!" dan kawannya yang disakat itu menangis ketakutan.
Cikgu Seli sampai dengan pembantunya dan memulakan jampi serapahnya. Pembantunya mula menurun dan bercakap Indonesia.
"Mengapa kalian beramai-ramai menonton ini enggak berzikir?" tegurnya. Suaranya pun garau juga macam Rod Stewart.
Serta merta bebudak asrama berzikir "La ilaha Illallah" beramai-ramai. Aku rasa macam kartun pulak masa ni. Cikgu Seli hanya diam tenang. Tangannya seperti menggenggam sesuatu, mulutnya terkumat-kamit. Sesekali matanya yang mengecil menjeling aku yang duduk memegang Said di belakang. Cikgu Seli juga menurun. Bercakap seperti orang tua berloghat Pahang pekat sukar difahami. Membahasakan dirinya "Tok Aki!".

Entah pasal apa tiba-tiba Said tercengang memandang ke atas dan bersuara lemah, "berjubah putih?" (percayalah! Tiada siapa berjubah putih masa tu) dan ketika itu juga Said menjerit-jerit kesakitan seperti dibelasah dan saat Cikgu Seli melemparkan sesuatu (aku tak nampak apa pun) Said sempat bersuara,"Ah! Kalian memang hebat!" sebelum dia pengsan tak sedarkan diri. beberapa minit kemudian dia bangun dalam keadaan bengong. Suasana tenang kembali. Aku ditugaskan Cikgu Seli untuk memandikan Said dengan air 7 bunga esok paginya. Hisy!

Sewaktu berjalan pulang, Cikgu Seli beritahu," abang si Said ni menuntut ilmu hitam dan khadamnya telah masuk pula ke tubuh Said. Rupanya seperti beruang tapi bersayap macam kelawar. Benda tu betul-betul duduk antara Said dengan kau, Kulup!"
Hah! Mujurlah aku tak nampak "Bat Man" tu.

"Saya memegang kerambit sakti yang kalau jatuh tanah akan terbelah. Saya terpaksa menunggu timing yang tepat sebab kalau tersalah baling, Cik Kulup pulak yang akan terkena!"
Pulak dah!

Kami pun pulang dan sampai ke rumah aku tidur bersama isteri dan Annisa yang masih bayi dalam keadaan nyenyak. Mujurlah macam aku katakan dulu, aku diajar mak bapak atuk opahku agar jangan takut dengan hantu. Sham isteriku juga rupanya begitu. Tak pernah dia mengadu takut sewaktu kami tinggal di tepi Hutan Pahang dulu.

Esok paginya aku memandikan Said dengan penuh taat. Kata Said 'benda' itu memerhatikan kami ketika proses permandian (betul ke ayat ni?) berlangsung.
Aku pedulik hapa! Bukan dia yang bayar bil..

(Al Fatihah untuk Allahyarham Cikgu Seli) Benludin dan Ubilepih kenal kot?

Wednesday, October 28, 2009

Brikfil raun-ap!

sebelum tu ada berita gempar di sini: BACAAA!!!

7petang. Brickfields. Hujan rintik-rintik dan cuaca makin gelap. Rumah pink itu mula aktif. Seorang lelaki Melayu bertopi keledar sedang berbual-bual dengan apek yang duduk di kerusi malas depan pintu. Apabila ternampak aku, dia kelihatan agak gelisah.

Kamon mat! Kalau kau nak bertenggek menyedut kerang di atas perut ayam dalam rumah kelas kambing itu apa ada pasal?
Kita tiada kena mengena. Aku tak bayar fitrah untuk kamu. Pancutkan kegelisahan di otak kau itu dengan sejuta kenikmatan. Tanpa cinta, kepuasan takda makna.

"Aduh!"..suara garau itu berbunyi .

"Maaf!" kata aku. Sebenarnya dia yang terlanggar aku.

"Butakah?" jerkah dia.

Dia berambut perang, bersolek bergincu. Pakaiannya ranggi, seksi..berskirt pendek. Tapi suaranya garau.

Dengan bertongkat dan berkaca mata hitam dia berlalu. Ada juga mak nyah buta.

Monday, October 26, 2009

salut untuk Mat Motor!

Kata kawan-kawan, muka aku nampak garang dan agak kerek. Tapi berwajah garang dan kerek tidak membantuku ketika menunggang motosikal. Aku akui sejak bujang sampai hari ini (menunggang motor Panther Gamma yang dah 15 tahun itu) aku sangat penakut ketika di atas motor. Gayat!
Hari ini aku sering berulang alik ke Brickfield menunggang motosikal. Setiap kali di atas motor aku akan diserang pertanyaan selamatkah aku sampai.
dan perrrrr................ seringkali motor kesayanganku bermasalah di jalanraya.

Dua minggu lepas waktu senja ia sekali lagi menderhaka di lebuhraya hapatah (aku malas nak ambil tahu nama-nama lebuhraya bertol ni).. Sedang sedap memulas throttle dengan kelajuan...(speedo meter rosak, tak tahu berapa km/j- yang nyata bawah 100) tiba-tiba senggugut dia menyerang. Tersengguk-sengguk bersin dan mati enjin. Hari mula gelap.
Cett! kat tengah-tengah pulak tu..Aku membelek-belek kabel plug (perbuatan yang biasa dilakukan orang apabila kenderaannya rosak walhal bukan tahu apa pun) mencari-cari dan meneka2 kerosakan. Bekas pelajar Vokasional jurusan Automotif macam aku boleh saja mendiagnosis kerosakan tapi tanpa 'tools' takde makna. Ibarat bomoh tanpa kemenyan.
Percayalah tak sampai 3 minit terkangkang-kangkang di situ datang seorang mat motor bertanya," minyak habis ye bang! Meh saya tolak!" dan dia menunda motosikal yang aku tunggang dengan kakinya.
"karburetor tersumbat ni!" bisik aku dalam hati. Apabila sampai ke selekoh bandar Tasik Permaisuri yang jalannya agak menuruni bukit, aku biarkan dia melepaskan aku dan pergi kerana dari situ sudah boleh nampak stesen minyak. Kami mengangkat tangan sebagai tanda "terima kasih- sama2".
Motosikal berhenti 50 meter dari stesen minyak dan pastilah aku kena tolak sikit. Dan....muncul pula budak India dengan motosikalnya "saya tolong abang sampai Petronas". Sekali lagi aku selamat. Dan terima kasih juga dari aku dalam bahasa isyarat angkat tangan.
Sebaik saja mengisi minyak motor aku hidup apabila dikrank.."cool!"..
tak sampai 1 km senggugut datang lagi dan enjin mati. "Sah! Carburator dung!"..
Dalam keadaan begini aku biasanya akan lebih cool berbanding duduk dalam kereta yang terperangkap kat traffic jam. Biasanya kalimah-kalimah sakti yang tak senonoh akan keluar dari mulut aku.
Seorang budak Melayu yang dah terlajak berhenti dan mengundurkan motosikalnya menawarkan pertolongan.
"Abang nak balik mana?"

"kajang!"

"Jom! saya pun nak balik Mantin!"

..dan dia menunda aku sepanjang jalan yang penuh sesak itu. Berkali-kali juga aku membaca doa makan sebab gayat. sesekali kami berhenti kerana lenguh!

"jauh lagi ni dik!" ketika berhenti di Taman Connaught (pasaipa bubuh nama Connaught?). "kalau adik tak dapat tolong takpelah!" ayat aku yang sebenarnya bermaksud "janganlah tinggalkan abang!".

"Takpe bang! Saya pun selalu kantoi tengah jalan! lagi pun kita sehaluan ni!"..

Fuuhhhhhh! lega macam baru lepas berak setelah menahannya sekian lama.
Dan budak ini betul-betul menolong aku sampai ke rumah. Itu pun semasa dia menunda aku sepanjang perjalanan akan ada mamat-mamat motor berbagai bangsa menegur dan menawarkan pertolongan.

"salut untuk Mat Motor. Allah berkati kamu!"

Saturday, October 24, 2009

KulupSakah gi Mekah..

Beberapa hari lepas Maisuri Zainal, Ketua Penerangan Srikandi PKR berlepas ke Mekah menunaikan haji dalam usia 20 tahun. Aku ucapkan selamat pergi-pulang dengan selamatnya mengerjakan ibadah haji. Musim haji datang lagi. Serta-merta aku teringat waktu pi Mekah tahun lepas mengerjakan umrah. Ketika Anwar Ibrahim sedang mengisi borang penamaan calon PRK Permatang Pauh tahun lepas, aku sedang berada di dalam perut kapal terbang menuju bumi Rasulullah SAW.
Maaf gambar2 di bawah tidak tersusun mengikut cerita dan tulisan ini sekadar untuk berkongsi sahaja. Ia mungkin akan bersambung lagi pada entry akan-akan datang (tak kiralah bila)..
cerita untuk dikongsi dan bukan untuk mengajar...haha! Tiada cerita mengerjakan ibadah, sekadar 'pengembaraan' saja..


8 jam di dalam kapal terbang memang membosankan. Tapi ghairah dan teruja nak sampai membuat aku berasa tak sabar. Aku main game tetris, tonton movie dan layan lagu sejak 3.00 petang waktu berlepas di Malaysia hingga 11 malam mendarat. (5 petang di sana)..
Di airport Jeddah, berasak2 nak melepasi imigresen saja dah buat aku rimas. Ah! kalau musim haji macamana? Tentu lebih ramai. Dahlah pegawai2 ni punya muka garang semacam dan kasar, tak mesra langsung. Bahang panas tanah Arab mula terasa. Sejak di Malaysia aku sering berdoa agar tubuh badan sihat. taklah potong stim sepanjang berada di sini. Dari airport naik bas menuju ke Madinah. Kata mutawwif kami, Ustaz Bis (ha! ha! nanti aku ceritakan kenapa kami menggelarkannya 'Bis') perjalanan mengambil masa 5 jam. Pehhh!!!


selepas solat subuh hari pertama di Masjid Nabawi. Sedang bergambar dengan rakan sebilik, Hj Salleh Penang, anak-anak Arab ni tiba2 muncul nak bergambar sama

30 minit perjalanan singgah di sebuah pekan. Makan malam dan bermaghrib. Hari mulai gelap. Aku meminta Ustaz Bis membelikan sim card Arab. Lebih murah untuk berhubung dengan isteri di Malaysia.
"80 riyal saja kartunya!' kata ustaz Bis. hmm kartu tu kad lah kulup oiii...
Ustaz Bis membelikan untukku dan apabila semuanya selesai perjalanan diteruskan.
"Ayuh! jangan belanja lagi! Naik semua ke bis!". Ustaz ni orang Indonesia dan loghatnya sangat pekat. Sejak tu aku menggelarkannya Ustaz "Bis" kerana kepekatan loghatnya.
Melain aku, Shahul Hamid dan Pak Salleh yang pergi tanpa pasangan, yang lainnya semua bersama keluarga. Maka itu kami ditempatkan sebilik dan kami pantas saja menjadi akrab. Ke mana saja kami akan bertiga. Aku call isteriku yang dah tidur (2 pagi di Malaysia) bagitahu aku selamat. Sham cool saja, ada juga kesian mengenangkan dia terpaksa menjaga 2 anak sementara kedai kami baru saja 2-3 hari dibuka. Mereka tak balik rumah, hanya tidur di kedai saja.
Itu pengorbanan kecil saja. Kalau takdirnya aku meninggal dunia bila2 masa, itu jualah yang akan mereka lalui. Inilah realiti yang harus disedari.
"Ha! Kita dah masuk kota Madinah. Lihat tu masjid Nabawi!"..aku yang tidur-tidur unta (he he! Dah sampai Arab, untalah binatang rasmi) tercangak-cangak memandang luar bis..er..bas mencari arah yang ditunjukkan. Tengkuk aku kembang melihat masjid Nabi itu. Tak sabar nak ke sana, nak menangis di makam Rasul, nak berhimpit di Raudhah dan Mihrab nabi atau menziarah makam Syuhada di Baqi'.
Hotel Hilton Madinah yang kami tumpangi amat canggih dan hanya 50 meter saja dari pagar Masjid. Bersembang sekejap di bilik, kami tak tidur terus membersihkan diri lalu menuju Masjid Nabawi. Jakun sungguh masa tu. Pak Salleh sudah bergelar haji dan ini kali kedua dia di sini maka secara tak langsung kami membontotinya saja.


Di bukit tempat tentera pemanah Perang Uhud. Bukit Uhud hari ini penuh dengan peniaga2 yang menjaja barangan untuk pelancong. Medan ini mengesankan aku kerana di sini Islam kalah dalam peperangan akibat gelojoh, lupa diri dan perasan hebat. Sesuatu yang harus kita pelajari.

Sepanjang berada di Madinah dan Mekah tiada air lain yang kami minum melainkan air zam-zam yang tersedia di masjid-masjid. Setiap kali ke masjid kami akan mengisi zam-zam dalam botol untuk dibawa balik bilik. Percayalah, aku rasa mulut tak berbau setiap kali bangun tidur.
6.30 pagi seolah-olah jam 10 pagi waktu Malaysia. Dah panas! kami mengambil peluang pusing keliling Masjid nabawi yang sangat luas itu. Ya! harus diingat, panas di sini tak sama dengan di Malaysia. panas di sini tak membuatkan kita berpeluh. Kami balik sarapan dahulu di ruang yang disediakan dengan masakan Malaysia. Di luar bilik makan kami ada sekumpulan wanita muda berpakaian purdah sedang makan di meja dengan dilindungi tabir jarang. Aku fikir tabir itu dipasang untuk mengelak orang ramai terlihat mereka yang pasti akan membuka purdah untuk menikmati makanan, rupanya....ahh!! Mereka beramai2 hisap rokok selepas itu.

Selepas sarapan kami kembali semula ke Masjid Nabawi. mata kami langsung tak mengantuk sejak mula sampai ,malah sejak dalam kapal terbang lagi. Shahul Hamid membawa beg cerut untuk mengisi selipar2 kami apabila masuk ke dalam masjid dan kami pun terus berjalan ke saf depan, menuju Raudhah. Raudhah sangat sesak dengan orang, tak surut2. Masing2 mengambil kesempatan solat sunat di tempat yang dikatakan "laman syurga " itu. Aku pun tak ketinggalan, menyelit2 antara orang banyak. Pak Arab bukan tahu bersopan. Disikunya kita, dilangkahnya kita.
Kami meninjau makam Rasul, tak dapat juga berlama2 dan tak nampak apa2 kerana cepat saja dihalau penguasa. "Roh Roh!' katanya suruh kita jalan..Sewaktu keluar dari makam Rasul, kulihat mata Shahul Hamid merah basah dan Pak Salleh juga berhingus, syahdu barangkali. Aku masih lagi bertahan.
Sepanjang hari itu kami hanya berulang alik dari bilik hotel ke Masjid Nabawi 5 waktu sehari semalam. Sesuatu yang sukar amat dilakukan di Malaysia...

Hari ke 2

pagi selepas subuh dan bersarapan, kami dibawa merayau-rayau ke tempat2 bersejarah. Di Quba, masjid pertama yang dibina Nabi, di masjid dua kiblat (Qiblatain), medan Uhud, kebun kurma- huhu! Memborong kurma kami di kebun ini. Tapi aku rasa kalau ada banyak hari lagi tak payah terburu2, beli saja di hari2 terakhir sebelum pulang. Mujurlah aku bawa duit tak banyak dan aku memang tak minat membeli apa-apa.

menunggang unta di jabal Rahmah dekat Mekah. Tempat Adam dan Hawa bertemu. Awasi taktik mereka. Sebaik saja turun dari bas, aku terus dipakaikan tudung kepala macam pak Arab tokeh kurma dan disuruh naik unta. 5 riyal berjalan 100 meter dan mereka akan mengambil gambar segera dengan kamera mereka. satu gambar 10 riyal. jadi cepat2 bertegas ambil satu saja kerana mereka akan sengaja mengambil seberapa banyak yang mungkin. gayat juga naik unta ni...aku menjerit bila Arab (muka Bangla) ni memetik kamera untuk kali kedua. Dan apabila turn dia meminta 25riyal kerana ada 2 gambar. Aku hanya mahu 1 saja tetapi dia berkeras dan mengatakan 'haram!"..Orang biasanya akan ngeri dengar 'haram' ni tapi aku sangat marah hingga aku berkata,'nak bertumbuk marilah!'..Shahul Hamid pantas menenangkan dan membayar kepadanya. tah mengapa Arab ni menggelengkan kepala dan berundur sambil berkata kepadaku, "halal halal!'..maksudnya aku boleh mengambil 2keping gambarku itu dengan harga sekeping gambar. Tapi aku tak mahu. Aku hanya bayar apa yang aku mahu saja.


Bersama anak gadis sunti yang menjual rantai manik. Dia enggan menjawab bila ditanya, skripnya hanya "tiga sepuluh riyal, tiga sepulu riyal!"..Ya! Tak perlu risau berurusniaga di sini. bahasa Melayu juga diiktiraf sebagai bahasa utama, malah papan-papan tanda tempat bersejarah juga menyelitkan bahasa Melayu selain Arab dan Inggeris)
Aku tertarik melihat gadis ini yang sedang menunggu seseorang. Entah minah Turki atau Iran aku tak tahu. Kepala kampung aku berprasangka tentulah orang2 Arab ni alim ye tak? Tapi bukanlah itu yang aku persoalkan...Saja aku mengambil gambarnya. Tak lama kemudian teman lelakinya atau mungkin suaminya pun muncul..
Ni jabal Nur tempat letaknya gua hira', Nabi muhammad saw berkhalwat di sini dan turunnya wahyu juga di sini. kalau ada banyak masa tentu aku akan panjat dan pergi ke gua hira' ini. Sayang rombonganku tak mahu menunggu, entah bilalah aku akan sampai ke sana lagi. yang nyata bukit ini amat tinggi dan sedih juga rasa hati membayangkan bagaimana Baginda mendaki ke sana dan isterinya Siti Khadijah r.a datang menghantar bekalan. Kata Ustaz Bis- mendaki saja mengambil masa 2 jam..aduh! tiba2 kakiku terasa lenguh..
Hohoho! Rokok sangat2 HARAM di sini. Perokok2 kena bawa stok sendiri atau kalau pandai kena cari Mat Bangla atau Indon untuk mendapatkan bekalan. Rokok macam ganja, sangat susah dijumpai. Aku dah 5 tahun berhenti dan Shahul Hamid juga dah setahun berhenti. saja kami tanya2 kalau ada rokok dan apabila mendapati ia sangat susah diperolehi, maka kami pun membuat keputusan jadah hapa pi cari rokok sedangkan di Malaysia pun kami tak hisap. makan roti Arab dengan kambing lagi baguih! (KFC dan restoran Juara Tom Yam pun ada)
Pengemis2 yang datang dari Afrika berkeliaran di luar Masjidil Haram meminta sedekah. Jemaah wanita jangan bawa beg tangan. Kalau nak bersedekah sediakan wang di tangan. Seorang jemaah wanita kulihat ketika sedang membuka tas tangan untuk bersedekah telah dikerumuni pengemis2 wanita ini yang berebut2 wang sambil memegang2 tangan jemaah wanita tersebut. Sangat bahaya!
Masjid Nabawi

Di Mekah
mungkin tak habis lagi kisah di madinah, lain kali akan aku ceritakan lagi. 3 hari kemudian kami ke Mekah. 5 jam perjalanan merentas padang pasir dan bukit batu mengingatkan aku betapa bertuahnya menaiki bas sedangkan Rasulullah dan sahabat berhijrah dengan unta berhari-hari, panas sejuk, ribut pasir...
Hotel Ar Reem tidaklah semewah di madinah, tapi siapalah yang memikirkan nak bermewah-mewah di sini.
"Isy! kamu tak tahu! Ada juga orang kita yang banyak duit bersungut dan tak mahu tinggal di sini. Diorang banyak duit, dia mahu aku cari hotel mewah! Aku pun tunjukkanlah, dia punya duit lantak dialah!' kata pak Abu yang mengiringi kami dan menjaga kami di Mekah. Walaupun dia ada rokok Salem, tapi kami tak mahu dah.
Hotel ni dekat Masjid Kucing. Masjid yang dibina oleh sahabat, Abu Hurairah (bapa Kucing), bukannya sebab masjid ni banyak kucing sembahyang macam yang aku dengar dari mulut orang2 dulu. Lepas menghantar barang2 dan menukar pakaian ihram , mutawif bawa kami berjalan kaki ke masjidil haram yang terletak 400m saja dari hotel. Aku sebenarnya masih tak boleh nak bayangkan di mana Masjidil haram? Kelilingnya bukitkah? Pintu masuknya macamana dan sewaktu berjalan kaki tu aku masih lagi bingung kat mana..
Dan aku berjalan agak pantas bersama Shahul Hamid sehinggalah tiba di pintu masuk masjidil haram, menunggu kawan2 yang lain berjalan agak lambat beberapa meter.. maklumlah ada yang tua dan ada yang membawa isteri. Sedang menunggu mereka itu aku melihat ke pintu tersebut dan.......dari situ aku dapat lihat orang sedang bertawaf dan kaabah tersergam. Aku segera berpaling semula ke arah kawan2 yang sedang berjalan menuju ke arah kami. Aku tak mahu lihat lama2 Kaabah itu. Aku sengaja nak simpan dendam rindu..supaya bila masuk ke dalam aku akan dapat lihat puas2, pegang dan cium puas2..
Syahul Hamid berbisik,"Syukur Lup! Aku dapat nampak Kaabah! Aku risau sebab macam ustaz yang bagi kursus kat kita haritu cakap ada orang yang tak nampak Kaabah waktu masuk dalam, sampai habis umrah pun dia tak nampak....

depan Kaabah

cukuplah dulu..ada permintaan aku sambung, macam aku kata tadi hanya sebuah catatan pengembaraan, bukan nak mengajar atau apa-apa!
Entry yg lepas2 pun aku pernah ceritakan bagaimana ada 'perniagaan' untuk dapat mencium hajarul aswad..

Friday, October 23, 2009

"Pembunuhan beramai-ramai' MP PR!

Selain cuba memenangi kembali hati rakyat dengan menyediakan berbagai program yang dicuplik dari idea Pakatan Rakyat, kerajaan Datuk Nazak juga dikatakan telah 'menyuruh' budak-budaknya agar kes-kes yang melibatkan MP Pakatan Rakyat diselesaikan segera tahun ini.

Jika sekiranya didapati bersalah, mereka akan hilang kelayakan sebagai MP. Tian Chua adalah mangsa pertama. Beberapa lagi MP seperti Azmin, Sivarasa, Dr.Hatta, Gobala dan Teresa Kok adalah seterusnya.

Kita harus mainkan peranan kita SEKARANG! Buat apa yang patut, jangan banyak cakap dan mesyuarat saja. Kerana banyak berfikir pun tak guna.
Mana semangat dulu? Mana semangat dulu?
Sebelum 'rebel rousers' (gelaran yang diberi oleh seorang pemimpin PR kepada kaki-kaki demo) diarahkan turun ke jalan, kita mahu juga lihat abang kakak kita yang kini dah jadi orang besar kembali semula mengasahkan pedang.
Jangan menyorok di balik kot dan tali leher!
Jom!
Kalau BN mahu 'bunuh' MP PR, rebel rouser nantinya akan bunuh pula orang2 besar PR yang dulunya kawan mereka yang mereka angkat menjadi waibi.

manakah teman-temanku
yang sama berjuang dahulu
hilang sudah hilang sudah
kebendaan menggelapkan
lupa dengan perjuangan
lupa sudah lupa sudah
manakah semangat dulu
atau hanya helahmu
hanya palsu hanya palsu
SIAPA
SIAPA ORANG KITA
MANA
MANA ORANG KITA
helahelahelahela
nafasku hela
helahelahelahela
hela
Kita harus bersatu
buat rencana baru
kita satu kita satu
SIAPA ORANG KITA?
MANA ORANG KITA?

lagu: Kembara
KEMBARA SENIMAN JALANAN

Thursday, October 22, 2009

auw! jangan raba aku!!!

8.30 mlm- sekitar 1991 Leboh Ampang (berjalan kaki dari CM ke stesen bas Len Seng)

Mr.X: hello brother! can we talk for a few minute?
aku : Yup!
Mr.X: i am from India, medical student. I came here to do a research about "kebudayaeen"
Melayu. I mean your culture. Saye buat kajian tentang "sunat". Bagaimana sunat?
aku: Oh! Sunat tu..er...they cut the front skin o......
Mr.X: No, no! No need to talk. I have a good memory u know. Just show me how it look like
then i can write it in my own way..just show me...

Dia mengajak aku ke sudut gelap. Ah! Apa nerakakah ini..Aku terus blah berjalan laju. Dia memanggil2 aku tapi aku terus blah!

.......

4 ptg depan Bangkok Bank 1992 kira2 setahun kemudian. Berjalan menuju CM

Mr X: Hello boy! Can u help me please?
aku : My pleasure!
Mr X : Can u show me the way to Kotarayee?
aku : You..aa.. you go straight and u see that building? (eh! rasa macam pernah jumpa mamat
ni?)
Mr X: thanks. Actually i am from India and doing a re....
aku : have we met before? waitt a minute..do i know u?
Mr X: i don't think so..
aku : Yeah! i recognise u.. we met last year and u wanna know about sunat..
Mr X: oo yes! Now i'm still ...
aku : Please don't let me see u again for the third time..then u will know what will happen!

..dia blah! Aku sebenarnya masa tu bukanlah berani sangat...

beberapa bulan selepas itu aku terbaca suratkhabar yang bunyinya lebih kurang begini:

Seorang lelaki berbangsa India ditangkap kerana cuba melakukan perbuatan tidak senonoh. lelaki ini biasanya akan menyamar sebagai pengkaji budaya dan meminta mangsanya membuka seluar . lelaki ini akan meraba-raba kemaluan mangsanya.


Cit! Nasib baik Tuhan lindungi aku. Doa apak dan mak di kampung agar keselamatanku terpelihara di ibu kota mustajab barangkali. Sejak itu aku mula bermisai berjanggut.

Wednesday, October 21, 2009

komik/kartun di era renaissance!


gambar dari blog Gopa

Selain pembaca tegar Gila-Gila masa kecik2 dulu aku jugak peminat komik2 terbitan Media seni yang harganya 70 sen tu. Terpaksalah berlapar untuk mendapatkannya. Selain dari siri Wak Dojer karya Hussain Saad atau komik2 lucu Pot JR, karya Gopa dan Jati Tunggal oleh Marzuki membuat aku terpaksa mengikat perut duit belanja sekolah yang apak bagi.
Ini era renaissance dunia komik/kartun nasional yang sebelum itu diterajui pekomik2 tempatan seperti Raja Hamzah, Puan Nora dan angkatan mereka (sekadar menyebut beberapa nama).

Zainal Buang Hussein dengan penerbitan Bayan menerbitkan banyak juga komik karyanya selain Rosli Hamid dan lain-lain.

Majalah Fantasi RM3 masa tu punyalah mahal bagi aku tapi karya agungnya tak akan aku lupa. Fantasi tak relevan pada zaman tu kerana ia mendahului zaman. Teknik air-brush Azman Yusof, komik figura Mohas seperti Bisa Ular Tedung dan Budak Pohon Beringin, warna-warna Prof Jailani Abu Hassan membuat kadang2 aku terpaksa mencuri duit mak dalam lemari..(maaf mak!). Tu belum tengok ilustrasi cakar2 Kerengge lagi.
Tak aku lupa komik "Orang-orang" buah tangan Tazidi mengisahkan orang-orang di sawah padi yang malu kerana profesionnya tak dihormati dan ditakuti lalu ia menjadi 'hantu' waktu malamnya untuk menakutkan bebudak.

Sesekali ada duit lebih aku beli majalah Gelihati, Batu Api dan Mat Jenin. Sayang kebanyakan majalah lama simpananku musnah dibaham banjir. Ada majalah Seloka21, Toyol, Gelagat, Gado-Gado, juga Bujal dan Salina terbitan Raz Studio...

Entah apa malangnya era ini menjadi malap. Komik2 Cina Tony Wong dan lain2 buat aku cemburu dan manga Jepun terus menenggelamkan karya2 agung kita..

Aku akan terus bermimpi Fantasi dan komik-komik ini akan muncul kembali!

Tuesday, October 20, 2009

Tak Ada Tajuk Yang Sesuai!

Ilham menulis entry ini datang ketika siaran tv berbayar yang asyik dok ulang cerite yang sama sepanjang malam tu (Always Same Thing Replay Overnight) sedang menyiarkan program cekup bini orang dan make up kan dia agar kelihatan cantik dan seksi. Jurusolek dan perunding imej tu dok gelakkan pakaian, aksesori bini orang tu dan kemudiannya bini orang itu dibawa shopping lalu dipakaikan cantik2 sebab asalnya sang suami dok komplen bini dia asyik pakai baju kurung je.. Huh! panjang sungguh ayat ni...

Masalahnya ialah:- Mengapa ada 'pihak' lain yang akan memutuskan yang itu baik, yang ini buruk, yang itu cantik yang ini hampeh?
Mereka yang menentukan dan mereka yang meletakkan piawai. Siapa mereka? Dan trend ini mula membarah! Jika tak sesuai dengan standard mereka, kau boleh blah.

Lagu anda tidak terbaik jika anda tak tersenarai dalam Juara Lagu mana2 carta radio atau TV. Taraf anda jadi mahal jika anda berada di situ. Seorang kawan lama aku meletakkan harga sekian-sekian untuk aku bayar persembahannya kerana katanya "aku dah masuk Muzik-Muzik'..
Prettt! Aku hadiahkan cirit pada dia..Hah! Kau tak popular pun!

Akhirnya kita kurang keyakinan diri dan jati diri terhakis. Seorang komposer terpaksa mencipta lagu yang menepati selera stesen radio popular agar dia boleh terus mentedarah. Jangan cerita pasal visi, misi dan perjuangan sendiri. Tanggungjawab sosial tu ibarat bahasa sanskrit. Tak siapa paham dan menghayatinya. Penerbit drama tiada pilihan lain, terpaksa berkompromi dengan RTM, Media Prima atau Astro untuk berkarya. Kena ikut garis panduan.
Cuba tengok drama dan filem kita. Macam kunyit hidup..semua channel muka tulah, cerita macam tulah, lawak macam tulah.. *apanerakakah yang pergi ke atas? (watde hell is going on?)

Semuanya kita buat kerana orang. Bukan kerana kita sendiri percaya akan apa yang kita nak buat. Kita tak yakin akan apa yang kita hasilkan. Kita hanya menyerah pada keadaan. Tak berani buka line baru. Sebab kita tak bisa. Nak suruh mereka ubah mereka tak tahu. Budaya bebalisme masih membelenggu kita hingga kreativiti kita terkincit. Orang-orang bahlol yang diberi amanah untuk menjayakan semua ini gagal kerana merasakan diri mereka amat berkuasa dan sewenang-wenangnya bikin peraturan sendiri. Bodoh betul.

Dalam filem Anak Sarawak arahan Rahim Razali dulu ada memaparkan seorang bekas pejuang menentang penjajah (lakonan Ahmad Yatim) enggan menyertai program pertanian tajaan kerajaan walaupun kononnya program itu bertujuan baik. "Baik macamana pun tujuannya, ia tetap memaksa. Saya punya tanah, jadi kalau saya nak tanam lalang pun tiada siapa boleh menghalang saya".

Ya! Sistem yang memaksa. Kita kena ubah sistem ini sebelum kita jadi lesu dan letih.

Program di ASTRO dah tamat. (Aku pasang Astro ni 2 bulan lalu sebab tak bagi bibik boring jaga anak-anak aku sepanjang hari. Ceh! Kerana orang jugak).

Bawah ni lirik REVOLUSI MENTAL nyanyian kawan aku arwah Loloq sewaktu dia bersama kumpulan Rastari. Album kumpulan ni keluar tahun 1992 dengan tajuknya "Tak Ada Tajuk Yang Sesuai".

REVOLUSI MENTAL

Hey kalian semua
di kota dan di desa
inginkan perubahan
fahamilah semua
Hey kalian semua
di atas dan di bawah
inginkan perubahan
mengertilah semua
kami inginkan revolusi mental
kami inginkan revolusi mental
kami inginkan revolusi mental
Aku ingin mengubahnya tapi masih lagi ragu
kamu ingin mengubahnya tapi tak tahu dan tak bisa
kamu perlukan revolusi mental
kamu perlukan revolusi mental
kamu perlukan revolusi mental

Monday, October 19, 2009

20 Oktober setahun lalu..




20 Oktober tahun lalu , aku berdiri di samping seorang srikandi..
tapi nenek ini sudah pergi menghadap Illahi,
Al Fatihah Shamsiah Fakeh..

Sunday, October 18, 2009

Satu perjalanan seribu rasa! (Tajuk macam baguih)

"kalau kau tak balik Raya tak mengapa lagi, tapi kalau Deepavali pun tak balik, ini dah melampau!"..otakku mengancam. Aku anak yang soleh dan tak mahu jadi derhaka.
Maka kami sekeluarga pun menghidupkan jentera mobil dan membelah dada lebuhraya KL-Karak pada petang Sabtu haritu. Apabila lalu di km32 tempat kereta kami tersadai 1 Syawal lalu sehingga menggagalkan beraya di kampung, kami ketawa kelat. Ketawa Tok Bomoh demam yang lalu depan hospital.
Paling seronok bila dapat tahu ke semua anak kepada bapak aku turut juga balik kampung. Ya! kami adik beradik berkumpul. Sesuatu yang tak pernah dilakukan pada hari Diwali.
Bila dah berkumpul tentulah acara makan-makan menjadi agenda utama. Adat orang kita!

Kak Yong aku sedang memproses durian untuk dijadikan al-tempoyak..
Pagi Ahad aku ke pekan sehari. Masa bebudak dulu pekan sehari adalah program paling meriah yang wajib kami sertai. Menyaksikan orang ramai membeli-belah cukup menyeronokkan. Agenda utama kami masa tu: beli apam balik!
hah! Petai? yummy yummy- tekak Melayu aku mula menggelupur
Lama tak nampak buah salak. Masa bebudak2 dulu rajin jugak masuk hutan cari buah salak bila musim datang.La ni asyik lalu Salak South jelahh..
Berposing macam Gedek. Aku dah mula lihat Pekan sehari 1malaysia ni dibudayakan di daerah kami sejak aku mula meninggalkan botol susu apabila mak menyumbatkan jadam ke mulutku dulu.
Ni stesen bas. Waktu era rock kapak tempat ni antara tempat yang menarik untuk kami melepak. Dulu ada kedai kaset milik abang Nasar yang selalu memainkan lagu-lagu Rock dengan kuatnya. kami rasa macam berada di madison Square Garden masa tu. Paling syok bila mat-minah felda turun memperagakan fesyen glam rock masa tu. Anak-anak orang asli juga tak ketinggalan. Baju loudness, seluar fit kakachi, kasut Nike, Aliph atau boot kulit..Peh! Aku rasa Alice Cooper, Amy Search atau Kiss pun menggelepar tengok dressing depa!
Dua bangunan di atas ni asalnya panggung wayang. Sejak era video player menyeerang sekitar 80an, panggung ni dikitar menjadi pasar raya. Tingkat atas bangunan tinggi tu dulu tempat ayam-ayam tua mencari nafkah menjual daging tiga seginya. Aku tak pasti hari ni reban itu masih beroperasi atau tidak.
Pak Cik sebelah rumah bagi durian. Peh! kami pun membedal dengan rakus. Untuk pengetahuan korang, keturunan kami memang agak 'tak cantik' tertib ketika makan. Ahaha!
Sembang-sembang, gelak ketawa membahagiakan. Walaupun keluarga aku tidak besar tetapi orang tua aku pasti bahagia hari tu..
Aku anak ketiga dari empat beradik dan aku seorang saja lelaki tetapi ipar-ipar aku dan isteri aku mampu menggamatkan suasana. Apak juga seorang yang kelakar. Kak Yong dan aku biasanya akan jadi penghibur dengan lawak-lawak kami. Kak Intan dan adik hanya tumpang ketawa.
Seribu nikmat rasanya bila dapat menggembirakan orang tua.
Waktu perjalanan pulang, aku lihat senja di banjaran Titiwangsa cukup cemerlang.
Cahayanya meresap ke jiwa aku. Mujurlah wiper kelopak mataku masih berfungsi dengan baik dan mampu mengelap sebelum air mata tumpah.
Teringat petikan ayat; "Nikmat Allah yang bagaimana lagi hendak kamu dustakan?"

Friday, October 16, 2009

Apa sebenarnya hidup ini?

Sedang kita makan, tidur, bergerak atau apa jua yang kita lakukan terfikirkah kita apa sebenarnya tujuan hidup di atas muka bumi ini? Mengapa kita 'wujud' di dunia ini dan untuk apa sebenarnya?
Sebelum ada dan sesudah tiada di sini ke mana kita? Sebelum ditajallikan siapa kita? Sebelum ada saksi menyaksi, sebelum ada 'diri'...

Perang, gaduh, selisih haluan,riang, gembira pesta-pestaan mewarnai hidup ini. Tetapi apa sebenarnya peranan kita?
Lihat juga makhluk lain sekeliling kita, apa bezanya kita dengan anjing atau beruk? Makan juga mereka selain mengawan , berkelahi, bersedih dan mati. Tetapi mereka bagaimana? Emansipasinya apa?

Tuhan suruh meneliti diri dalam-dalam agar mengenal sesungguh hakikat maknawi; tentang azali, destini, destinasi dan eterniti.
"Kau akan mengenali aku yang nyata jika kau kenali dirimu rata-rata."

Hidup ini pencarian. Bermulalah perjalanan ke pengabadian. Simpangnya ada dua: Jatuh atau Jaya..
Sendiri pilih, sendiri rasa dan sendiri tanggung. Cuma satu: Jika kau mahu jalan saja ketika lampu isyarat berwarna merah, kau boleh jalan asalkan kau sanggup terima akibatnya. Kau juga boleh berhenti ketika ia berwarna hijau asalkan kau tersenyum tika menerima balanya. Tapi jangan sesekali kau 'cabut' dan 'buang' lampu isyarat itu!

Ke mana pun kita pergi, ke langit ke dasar laut,
Besar mana pun kita, tinggi mana pun kedudukannya...
kita akan pulang bertemu pemilik sakti..

Khuatir adakah kita pulang menjadi cahaya yang akan melebur dalam cahaya atau kita akan ditelan lohong gelap sejuta sengsara..

jadilah, maka terjadilah ia!

Thursday, October 15, 2009

makan luar-dalam

kalaulah tak berkahwin dengan Sham, barangkali aku tak kenal western food malah nak order kat kfc pun mahu ambil masa setahun. Tahapa dia escagort di Windmill, black pepper atau wedges aku pun tahu. Maklumlah- aku ni tekak ketuanan- nasi lemak, roti canai jelah yang aku hadap. Darah melayu-keling aku asyik ingat sambal, kari, petai, belacan jelah..
Sham bertaraf antarabangsa. Dia bukan saja boleh masak masakan kampung, malah boleh juga bikin masakan barat mahupun masakan nigeria..


tadi aku makan di Nndo Bangsar Village, tahapa ke namanye tah..ada nasi, ayam yg digril, coleslaw.. lidah aku lebih terbayang sambal ulam, gulai lemak atau sebagainya..
..tapi kalau kite perhatikan masakan barat ni memangla tak berapa sedap tapi diakui lebih berkhasiat, tak banyak goreng dengan minyak yang tinggi kolesterolnya atau terlampau manis bergula...pendek kata "less delicious more nutricious", panjang kata "bukan jenis buruk lantak"
Sham pilih strawberry..
aku kalu pi tempat camni mesti minum coklat je..kata orang lelaki yg suka coklat 'romantik'..tiunaseng! ya ka?..tapi coklat kat sini tawaq hebiaq!..
Selera yang mula bercambah terbantut bila orang sebelah baca paper ni...macam pernah dengar slogan ni..kat mana ye?

Tuesday, October 13, 2009

mangkuk-mangkuk

+ : kita kerja dengan kerajaan, tak boleh kritik kerajaan
- : betul betul betul


-------------------------------------------------------------

A: apa nak jadi kita ni? Melayu sama Melayu gaduh, cina tepuk tangan!
B: tepuk tepuk tepuk

......................................................................................................................

Mat : Rajalah satu-satunya benteng orang Melayu!
Man : Melayu melayu layu!

.....................................................................................

"Saya mengundi orang yang bagi saya makan selama ni bang!"

......................................................................................................

"Alaahh! Kita tak jadi menteri bolehlah cakap! kalau kita jadi depa, kita pun sapu jugak !"..






Mangkuk sia, mangkuk hayun dan mangkuk tingkat!

Monday, October 12, 2009

tabik untuk Che'gubard!


Aku peduli hapa siapa menang di Bagan Pinang. Justifikasinya rakyat Malaysia khususnya orang Melayu masih lagi tidak menganggap rasuah adalah dosa besar yang perlu dihapuskan di muka bumi Malaysia.
Aku sempat ke sana pada hari Jumaat dua hari sebelum pilihanraya. Bersama kartunis Zunar dan tim Gedung Kartun menjayakan program sambil turut jua berkempen.
Aku tak tahu bagaimana jentera PAS tapi pengalaman aku lihat mereka begitu komited (yang bawah2 ni memang berkorban sungguh).

Tabik untuk Badrul Hisham Shaharin atau Che'gubard yang bekerja bersama anak-anak buahnya bergerak ke sana-sini berkempen, mengatur program dan mendedahkan kepincangan dan penyelewengan yang dilakukan oleh calon BN. Aku sungguh terharu!

Aku nak bagitahu, tanpa Che'gubard PKR Negeri Sembilan lumpuh. Dia turun ke padang menemui rakyat, berbagai program dia jayakan. Politik adalah perjuangan dan perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata. Politik adalah perkhidmatan, bukan mencari kemasyhuran.
Sebab itu aku tak senang bila sekumpulan anak muda PKR pada bulan puasa dulu pi melawat orang tua yang terlibat dalam video puaka Rosmah dan menyampaikan bantuan. Tak tahu berapa RM tapi media alternatif mengatakan mak cik ni hidup 'daif'.
Ahh! kamonlahhh..
Ni bermotif politik! Ada ramai lagi orang daiflah...
Mak cik ni tak kenal aku dan aku pun tak pernah jumpa dia tapi aku sangaattt rapat dengan salah seorang anak dia..diulang..sangat rapaatttt...dia tak sedaif mana!

Che'gubard terus bikin program di Rembau. Dia tak macam sesetengah mamat yang cakap lebih habuk pun tarak, bila ada Anwar seboklah tersengih2 mengendeng dan duduk atas pentas konon orang penting atau muka terpampang di banner macam dialah masterji.
Aku taklah rapat sangat dengan Che'gubard, sekadar bersalam, sembang2 lebih kurang tanya khabar dan hadir di majlis anjurannya saja. Tapi aku syahdu dengan kerja kuatnya.

Toghuihkan jang! Ekau anak mudo contoh! Den kagum dongan ekau!

(cumo apo yang kito borak'an pasal Aleyasak tu ekau sampaikan lah ko pehak atasan yo?)

Sunday, October 11, 2009

aku dah kateeeeeee!! dia mesti menang!

tahniah isa! dah kata dahh!
Babi2 bukit pelanduk celebrate dengan champagne malam ni!

cheers!

Saturday, October 10, 2009

Ayuh sokong Isa Samad!

Demi ketuanan rasuah teknikal, aku merayu semua pengundi Bagan Pinang mengundi Isa Samad kerana "satu undi anda bermakna satu undi untuk menghalalkan rasuah!"..

Tahniah! Selamat menjadi Yang Bangsat semula Isa!

Thursday, October 8, 2009

Gedebe SUARA KETIGA

8malam 8 Oktober di pejabat Gedung Kartun telah menghimpunkan hampir 30 orang karyawan penyumbang dalam majalah Gedung Kartun. Karyawan yang terdiri dari sasterawan, kartunis, penulis, penyanyi, pengarah dan penerbit filem, wartawan portal, aktivis NGO, blogger serta reformis ini hadir di majlis Aidilfitri anjuran kami untuk makan-makan sambil sembang-sembang tentang karya dan perjuangan.

Ditegaskan di sini, karyawan dan seniman ini berkarya mengikut pendirian mereka sendiri tanpa terikat dengan mana2 politik kepartaian.

Kartunis Zunar telah memberikan ucapan tentang proses perjalanan Gedung Kartun, visi dan misi beliau dan juga status terkini GK.

tanpa disedari hadirin, di dapur belakang anak-anak teruna menyiapkan hidangan dengan kasarnya.. Lan (bertopi) konco baru bersama Jonos, Naza grafik, Syafiqsunny, oly dan Israq




Sasterawan Negara A. Samad Said menyampaikan amanat, pendirian dan sokongan terhadap GK.
Hishamuddin "Tukar Tiub" Rais di balik pepohon
Aku juga peminat kartunis Roy masa di Gila-Gila dulu,selalu nampak dia di sana waktu berguru dengan Allahyarham Rejabhad. Hari ni dia kejar aku untuk hantar kartun
Waktu diminta menyampaikan ucapan Pyanhabib menolak. "Tak tau nak cakap apa," katanya. Tiba-tiba dia bangun beberapa minit selepas itu mendeklamasikan sms (bukan sajak) tentang sokongan rakan2nya terhadap GK..kah kah! Otai gila!..(di sebelah kirinya kartunis Ubilepih dengan karya "Rabak dan Raban" di GK)
Syafiqsunny melayani Pak Samad dengan penuh sopan santun seperti selalunya memang dia bersopan santun.
aku dengan kartunis Warih yang karyanya akan mula tersiar vol;2 nanti. Warih kawan lama aku sejak kami sama2 kurus kering, berkarya di majalah Gado-Gado awal 90an, tonton konsert, karaoke, lepak2 di rumah bujang..hari ni kami sama2 membina badan. Bezanya dia masih 'available'.
Aku gembira dengan gambar di bawah ni. Dari kiri kartunis Haili, Kidol, Zunar, Gedek, Roy dan Warih..dulu aku cukup minat depa masa di GG dan rasa merekA macam keluarga sendiri. Hari ini aku betul2 dah jadi famili depa..
mesej gambar kecik ni ialah jangan berpeluk tubuh melihat kezaliman. dari kiri Oly, aku, Syafiqsunny, Gedek, Jonos dan Naza grafik.

gambar yang akan menjadi klasik..seluruh karyawan pelbagai bidang dengan satu misi: Suara Ketiga pengkritik sosial dan pendokong kebebasan berkarya!

Siapa mereka? Klik dan kenali sendiri..

jangan jadi bodoh!


lambang parti umno


berapa kali nak kata, jangan biarkan diri dipatuk ular yang sama di lubang yang sama berkali-kali. Itu bukan sahaja bodoh, malah bebal teknikal namanya!

Wednesday, October 7, 2009

nak jadi pelawak!

Aku suka tonton stand-up comedy. Untuk membuat lawak bukanlah senang, kena plan dan tajam akal. Mesti juga cekap mengawal idea spontan supaya plan awal tidak terganggu. Jangan pula overacting dan mengada-ngada bila respon kelihatan agak baik.
Robin Williams, Bob Saget malah Jim Carrey adalah bagus!

Di Malaysia ada Harith Iskandar, Jit Murad, Sabri Yunus atau Afdlin Shauki yang memang dah popular. Tapi aku suka Hishamuddin Rais.
Mereka ini tidaklah selalu buat lawak malah seorang yang serius di luar. Rowan Atkinson pun bukanlah 24 jam Mr. Bean.

Aku pernah cuba dan memang agak nervous. Apabila kita sudah bermula beberapa minit dan mendapati dahi khalayak masih berkerut tak faham-faham lagi, ketahuilah yang anda menghadapi masalah besar. Peluang anda diketawakan amat cerah! (ditertawakan bukanlah satu perkara lawak)...

"Dik! Tolong belikan abang nasi lemak kat kakak tu sebungkus!"

"orait bang!"..

"nah! Keep da change!"

"terima kasih bang!"

"eh! nanti dulu..kau mintak sekali nombor henfon kakak cun tu ya?" .."kalau dapat, abang tambah singgit lagi.."

"aik? Duit kopi ke bang?"

"teknikal je.."

- aku lebih suka jadi kartunis. Orang pemalu lebih baik begitu. (pemalu di sini merujuk kepada alat untuk mengetuk gong)

Monday, October 5, 2009

aku lebih hina..

tengah hari, menyusur sebuah lorong di Brickfields - kawasan sub urban yang ada segala jenis manusia- berbagai bangsa, dari OKu hingga Okb..
Sedang berjalan terlihat seorang lelaki comot berkahak dan meludah di atas aspal.
Aku berpaling kegelian dan apabila dia berjalan di hadapanku aku rasa rimas. Hampirnya kami ibarat kalau aku bentes, pasti terjatuhlah dia.

Tiba-tiba dia berlari di hadapanku untuk ke tepi sebelah kanan. Geram hendak membentesnya. Biar dia tergelebak..
Rupa-rupanya dia cemas untuk menolong seorang lelaki buta bertongkat yang hendak melangkah longkang yang agak besar..

Tetiba aku rasa aku lebih hina dari kahak hijau lendir berbuihnya tadi...

(fesbuk telah memalaskan aku mengapdet blog)

Saturday, October 3, 2009

rimas dengan 'malaikat'!

senario politik masa kini cukup merimaskan aku dan kadang-kadang nak buat aku termuntah dan berlari bogel di tengah pasar. Itu lebih tak malu dari perangai hari ini bila ada puak yang merasa dia lebih mulia dari orang lain.
penyakit menuduh orang lain jahil dan aku lebih baik ni tak habis-habis dan makin teruk. Aku lebih Islam, kau mee celup. Daripada berkawan dengan kafir biarlah bekerjasama dengan ahli syahadah walaupun jahat..
wala tak wala...
seolah2 dialah malaikat penjaga buku kiri puak yang lain..
hallo brader assyeikhul sidi!

..diam sejenak dan fikirkan..
Syeikh Bahaudin Naqsyahbandi ulama besar tapi buat kerja part time angkat taik, dulu taik angkut pakai kandar je..katanya kerja ini melunturkan egonya dan apabila melihat anjing beliau akan menggelengkan kepala kerana anjing itu mulia berbanding dirinya. Sudah tentu anjing itu selamat di akhirat sedangkan dia masih tak tahu nasib dirinya.

Thursday, October 1, 2009

dari padang pasir

aku, jonos dan oly akan bersama zunar berpromosi GK di rumah terbuka yb rodziah, jumaat 2 okt 8pm di tapak pasar tani, sek17 shah alam. jommmm!!!


syeikh al kudus menyorokkan buah zaitun yang sedang dimakannya ke dalam kain apabila terlihat maulana nasr masuk.
maulana nasr masuk sambil membaca surah Tiin..
"Wattiini .....waturisiniiin, wahazal baladil amin"

syeikh bertanya, "mana wazzaytuun?"

maulana nasr menjawab,"dalam kain engkau!"


(nama watak dah lupa, ni adalah lawak2 dari padang pasir)
siri warming up sebelum ke bagan pinang