Saturday, October 24, 2009

KulupSakah gi Mekah..

Beberapa hari lepas Maisuri Zainal, Ketua Penerangan Srikandi PKR berlepas ke Mekah menunaikan haji dalam usia 20 tahun. Aku ucapkan selamat pergi-pulang dengan selamatnya mengerjakan ibadah haji. Musim haji datang lagi. Serta-merta aku teringat waktu pi Mekah tahun lepas mengerjakan umrah. Ketika Anwar Ibrahim sedang mengisi borang penamaan calon PRK Permatang Pauh tahun lepas, aku sedang berada di dalam perut kapal terbang menuju bumi Rasulullah SAW.
Maaf gambar2 di bawah tidak tersusun mengikut cerita dan tulisan ini sekadar untuk berkongsi sahaja. Ia mungkin akan bersambung lagi pada entry akan-akan datang (tak kiralah bila)..
cerita untuk dikongsi dan bukan untuk mengajar...haha! Tiada cerita mengerjakan ibadah, sekadar 'pengembaraan' saja..


8 jam di dalam kapal terbang memang membosankan. Tapi ghairah dan teruja nak sampai membuat aku berasa tak sabar. Aku main game tetris, tonton movie dan layan lagu sejak 3.00 petang waktu berlepas di Malaysia hingga 11 malam mendarat. (5 petang di sana)..
Di airport Jeddah, berasak2 nak melepasi imigresen saja dah buat aku rimas. Ah! kalau musim haji macamana? Tentu lebih ramai. Dahlah pegawai2 ni punya muka garang semacam dan kasar, tak mesra langsung. Bahang panas tanah Arab mula terasa. Sejak di Malaysia aku sering berdoa agar tubuh badan sihat. taklah potong stim sepanjang berada di sini. Dari airport naik bas menuju ke Madinah. Kata mutawwif kami, Ustaz Bis (ha! ha! nanti aku ceritakan kenapa kami menggelarkannya 'Bis') perjalanan mengambil masa 5 jam. Pehhh!!!


selepas solat subuh hari pertama di Masjid Nabawi. Sedang bergambar dengan rakan sebilik, Hj Salleh Penang, anak-anak Arab ni tiba2 muncul nak bergambar sama

30 minit perjalanan singgah di sebuah pekan. Makan malam dan bermaghrib. Hari mulai gelap. Aku meminta Ustaz Bis membelikan sim card Arab. Lebih murah untuk berhubung dengan isteri di Malaysia.
"80 riyal saja kartunya!' kata ustaz Bis. hmm kartu tu kad lah kulup oiii...
Ustaz Bis membelikan untukku dan apabila semuanya selesai perjalanan diteruskan.
"Ayuh! jangan belanja lagi! Naik semua ke bis!". Ustaz ni orang Indonesia dan loghatnya sangat pekat. Sejak tu aku menggelarkannya Ustaz "Bis" kerana kepekatan loghatnya.
Melain aku, Shahul Hamid dan Pak Salleh yang pergi tanpa pasangan, yang lainnya semua bersama keluarga. Maka itu kami ditempatkan sebilik dan kami pantas saja menjadi akrab. Ke mana saja kami akan bertiga. Aku call isteriku yang dah tidur (2 pagi di Malaysia) bagitahu aku selamat. Sham cool saja, ada juga kesian mengenangkan dia terpaksa menjaga 2 anak sementara kedai kami baru saja 2-3 hari dibuka. Mereka tak balik rumah, hanya tidur di kedai saja.
Itu pengorbanan kecil saja. Kalau takdirnya aku meninggal dunia bila2 masa, itu jualah yang akan mereka lalui. Inilah realiti yang harus disedari.
"Ha! Kita dah masuk kota Madinah. Lihat tu masjid Nabawi!"..aku yang tidur-tidur unta (he he! Dah sampai Arab, untalah binatang rasmi) tercangak-cangak memandang luar bis..er..bas mencari arah yang ditunjukkan. Tengkuk aku kembang melihat masjid Nabi itu. Tak sabar nak ke sana, nak menangis di makam Rasul, nak berhimpit di Raudhah dan Mihrab nabi atau menziarah makam Syuhada di Baqi'.
Hotel Hilton Madinah yang kami tumpangi amat canggih dan hanya 50 meter saja dari pagar Masjid. Bersembang sekejap di bilik, kami tak tidur terus membersihkan diri lalu menuju Masjid Nabawi. Jakun sungguh masa tu. Pak Salleh sudah bergelar haji dan ini kali kedua dia di sini maka secara tak langsung kami membontotinya saja.


Di bukit tempat tentera pemanah Perang Uhud. Bukit Uhud hari ini penuh dengan peniaga2 yang menjaja barangan untuk pelancong. Medan ini mengesankan aku kerana di sini Islam kalah dalam peperangan akibat gelojoh, lupa diri dan perasan hebat. Sesuatu yang harus kita pelajari.

Sepanjang berada di Madinah dan Mekah tiada air lain yang kami minum melainkan air zam-zam yang tersedia di masjid-masjid. Setiap kali ke masjid kami akan mengisi zam-zam dalam botol untuk dibawa balik bilik. Percayalah, aku rasa mulut tak berbau setiap kali bangun tidur.
6.30 pagi seolah-olah jam 10 pagi waktu Malaysia. Dah panas! kami mengambil peluang pusing keliling Masjid nabawi yang sangat luas itu. Ya! harus diingat, panas di sini tak sama dengan di Malaysia. panas di sini tak membuatkan kita berpeluh. Kami balik sarapan dahulu di ruang yang disediakan dengan masakan Malaysia. Di luar bilik makan kami ada sekumpulan wanita muda berpakaian purdah sedang makan di meja dengan dilindungi tabir jarang. Aku fikir tabir itu dipasang untuk mengelak orang ramai terlihat mereka yang pasti akan membuka purdah untuk menikmati makanan, rupanya....ahh!! Mereka beramai2 hisap rokok selepas itu.

Selepas sarapan kami kembali semula ke Masjid Nabawi. mata kami langsung tak mengantuk sejak mula sampai ,malah sejak dalam kapal terbang lagi. Shahul Hamid membawa beg cerut untuk mengisi selipar2 kami apabila masuk ke dalam masjid dan kami pun terus berjalan ke saf depan, menuju Raudhah. Raudhah sangat sesak dengan orang, tak surut2. Masing2 mengambil kesempatan solat sunat di tempat yang dikatakan "laman syurga " itu. Aku pun tak ketinggalan, menyelit2 antara orang banyak. Pak Arab bukan tahu bersopan. Disikunya kita, dilangkahnya kita.
Kami meninjau makam Rasul, tak dapat juga berlama2 dan tak nampak apa2 kerana cepat saja dihalau penguasa. "Roh Roh!' katanya suruh kita jalan..Sewaktu keluar dari makam Rasul, kulihat mata Shahul Hamid merah basah dan Pak Salleh juga berhingus, syahdu barangkali. Aku masih lagi bertahan.
Sepanjang hari itu kami hanya berulang alik dari bilik hotel ke Masjid Nabawi 5 waktu sehari semalam. Sesuatu yang sukar amat dilakukan di Malaysia...

Hari ke 2

pagi selepas subuh dan bersarapan, kami dibawa merayau-rayau ke tempat2 bersejarah. Di Quba, masjid pertama yang dibina Nabi, di masjid dua kiblat (Qiblatain), medan Uhud, kebun kurma- huhu! Memborong kurma kami di kebun ini. Tapi aku rasa kalau ada banyak hari lagi tak payah terburu2, beli saja di hari2 terakhir sebelum pulang. Mujurlah aku bawa duit tak banyak dan aku memang tak minat membeli apa-apa.

menunggang unta di jabal Rahmah dekat Mekah. Tempat Adam dan Hawa bertemu. Awasi taktik mereka. Sebaik saja turun dari bas, aku terus dipakaikan tudung kepala macam pak Arab tokeh kurma dan disuruh naik unta. 5 riyal berjalan 100 meter dan mereka akan mengambil gambar segera dengan kamera mereka. satu gambar 10 riyal. jadi cepat2 bertegas ambil satu saja kerana mereka akan sengaja mengambil seberapa banyak yang mungkin. gayat juga naik unta ni...aku menjerit bila Arab (muka Bangla) ni memetik kamera untuk kali kedua. Dan apabila turn dia meminta 25riyal kerana ada 2 gambar. Aku hanya mahu 1 saja tetapi dia berkeras dan mengatakan 'haram!"..Orang biasanya akan ngeri dengar 'haram' ni tapi aku sangat marah hingga aku berkata,'nak bertumbuk marilah!'..Shahul Hamid pantas menenangkan dan membayar kepadanya. tah mengapa Arab ni menggelengkan kepala dan berundur sambil berkata kepadaku, "halal halal!'..maksudnya aku boleh mengambil 2keping gambarku itu dengan harga sekeping gambar. Tapi aku tak mahu. Aku hanya bayar apa yang aku mahu saja.


Bersama anak gadis sunti yang menjual rantai manik. Dia enggan menjawab bila ditanya, skripnya hanya "tiga sepuluh riyal, tiga sepulu riyal!"..Ya! Tak perlu risau berurusniaga di sini. bahasa Melayu juga diiktiraf sebagai bahasa utama, malah papan-papan tanda tempat bersejarah juga menyelitkan bahasa Melayu selain Arab dan Inggeris)
Aku tertarik melihat gadis ini yang sedang menunggu seseorang. Entah minah Turki atau Iran aku tak tahu. Kepala kampung aku berprasangka tentulah orang2 Arab ni alim ye tak? Tapi bukanlah itu yang aku persoalkan...Saja aku mengambil gambarnya. Tak lama kemudian teman lelakinya atau mungkin suaminya pun muncul..
Ni jabal Nur tempat letaknya gua hira', Nabi muhammad saw berkhalwat di sini dan turunnya wahyu juga di sini. kalau ada banyak masa tentu aku akan panjat dan pergi ke gua hira' ini. Sayang rombonganku tak mahu menunggu, entah bilalah aku akan sampai ke sana lagi. yang nyata bukit ini amat tinggi dan sedih juga rasa hati membayangkan bagaimana Baginda mendaki ke sana dan isterinya Siti Khadijah r.a datang menghantar bekalan. Kata Ustaz Bis- mendaki saja mengambil masa 2 jam..aduh! tiba2 kakiku terasa lenguh..
Hohoho! Rokok sangat2 HARAM di sini. Perokok2 kena bawa stok sendiri atau kalau pandai kena cari Mat Bangla atau Indon untuk mendapatkan bekalan. Rokok macam ganja, sangat susah dijumpai. Aku dah 5 tahun berhenti dan Shahul Hamid juga dah setahun berhenti. saja kami tanya2 kalau ada rokok dan apabila mendapati ia sangat susah diperolehi, maka kami pun membuat keputusan jadah hapa pi cari rokok sedangkan di Malaysia pun kami tak hisap. makan roti Arab dengan kambing lagi baguih! (KFC dan restoran Juara Tom Yam pun ada)
Pengemis2 yang datang dari Afrika berkeliaran di luar Masjidil Haram meminta sedekah. Jemaah wanita jangan bawa beg tangan. Kalau nak bersedekah sediakan wang di tangan. Seorang jemaah wanita kulihat ketika sedang membuka tas tangan untuk bersedekah telah dikerumuni pengemis2 wanita ini yang berebut2 wang sambil memegang2 tangan jemaah wanita tersebut. Sangat bahaya!
Masjid Nabawi

Di Mekah
mungkin tak habis lagi kisah di madinah, lain kali akan aku ceritakan lagi. 3 hari kemudian kami ke Mekah. 5 jam perjalanan merentas padang pasir dan bukit batu mengingatkan aku betapa bertuahnya menaiki bas sedangkan Rasulullah dan sahabat berhijrah dengan unta berhari-hari, panas sejuk, ribut pasir...
Hotel Ar Reem tidaklah semewah di madinah, tapi siapalah yang memikirkan nak bermewah-mewah di sini.
"Isy! kamu tak tahu! Ada juga orang kita yang banyak duit bersungut dan tak mahu tinggal di sini. Diorang banyak duit, dia mahu aku cari hotel mewah! Aku pun tunjukkanlah, dia punya duit lantak dialah!' kata pak Abu yang mengiringi kami dan menjaga kami di Mekah. Walaupun dia ada rokok Salem, tapi kami tak mahu dah.
Hotel ni dekat Masjid Kucing. Masjid yang dibina oleh sahabat, Abu Hurairah (bapa Kucing), bukannya sebab masjid ni banyak kucing sembahyang macam yang aku dengar dari mulut orang2 dulu. Lepas menghantar barang2 dan menukar pakaian ihram , mutawif bawa kami berjalan kaki ke masjidil haram yang terletak 400m saja dari hotel. Aku sebenarnya masih tak boleh nak bayangkan di mana Masjidil haram? Kelilingnya bukitkah? Pintu masuknya macamana dan sewaktu berjalan kaki tu aku masih lagi bingung kat mana..
Dan aku berjalan agak pantas bersama Shahul Hamid sehinggalah tiba di pintu masuk masjidil haram, menunggu kawan2 yang lain berjalan agak lambat beberapa meter.. maklumlah ada yang tua dan ada yang membawa isteri. Sedang menunggu mereka itu aku melihat ke pintu tersebut dan.......dari situ aku dapat lihat orang sedang bertawaf dan kaabah tersergam. Aku segera berpaling semula ke arah kawan2 yang sedang berjalan menuju ke arah kami. Aku tak mahu lihat lama2 Kaabah itu. Aku sengaja nak simpan dendam rindu..supaya bila masuk ke dalam aku akan dapat lihat puas2, pegang dan cium puas2..
Syahul Hamid berbisik,"Syukur Lup! Aku dapat nampak Kaabah! Aku risau sebab macam ustaz yang bagi kursus kat kita haritu cakap ada orang yang tak nampak Kaabah waktu masuk dalam, sampai habis umrah pun dia tak nampak....

depan Kaabah

cukuplah dulu..ada permintaan aku sambung, macam aku kata tadi hanya sebuah catatan pengembaraan, bukan nak mengajar atau apa-apa!
Entry yg lepas2 pun aku pernah ceritakan bagaimana ada 'perniagaan' untuk dapat mencium hajarul aswad..

12 comments:

Tunsiber said...

Air mataku menekan butang Enter...

cicitHJHASSANu said...

salam ya sheikhul kulup....

aku said...

ah.. sape yg tak tingin kesana, sape yg tak rindu peluk cium, sape yg tak tingin sembamkan muka disana..
bila la masa aku akan sampai..

benludin said...

masa keh pegi dulu awek yg jual tasbih tu masih ada berniaga dari bas ke bas yang lain

Unknown said...

Salam syeikh, anapun pegi umrah tahun lepas masa lebe kurang anta jugak. Ana sama kawan2 bilik tunggu call dari Malaysia bagi tau keputusan permatang pauh. Lepas dapat call depa sorak macam dapat keputusan EPL pulak...

b.tan said...

salam,
tahniah dari aku, merasa jugak bro pergi mekah dan madinah buat umrah, tapi aku masih lagi menghitung rm untuk meneruskan sebuah kehidupan yang besar!!!
wassalam.

CYS said...

Salam Al Kulup Sakah

Bertuah Yop ni..Merasa juga yop menjejak kaki ke tanah suci ....aku yang loaded ni pun belum lagi terbukak seru...seru tu apa benda jadah???....saja nak buat dalih. Sebenornye aku teringin benor nak pi sana ....cuma keyakinan melampau aku kat duit mencemaskan....aku yakin dengan duit aku boleh sampai kesana...aku nak adjust keyakinan aku dulu...baru bermakna berada di tanah suci.

kulupSakah said...

tunsiber,
depan kaabah lepas tawaf wida' gua punya air mata berlumba2 turun, ceh! nasib baik gua pakai spek itam...pasai gua gosok kain kaabah sambil cakap,"aku akan datang lagi! Selamat berpisah!"..huuuu!

cicit,
ya salam!

aku,
insyaallah sampai

benludin,
awek tu kira memang salesgirl tegarlahh

lee,
tak jumpe lak kite yek?

b.tan,
aku pi guna koperasi muslim..pi dulu bayar kemudian..iklan kat paper ada (harakah pun ada)

CYS,
ei mak banyak benor duit..ate bagila teman sikit

Syawal Ipoh said...

Cerita lagi....cerita lagi..
tulis, coretkan lagi kisah ni...
walaupun berulang kali ditulis, tetap ianya memberi makna kepada saya...

Azam saya utk kesana....insyaALLAH...

uncle gedek said...

aku nak 'dengar' pengalaman ni.... baca kurang kesannya....

One fine day okey, bro?

-g!

kulupSakah said...

1 fine day bro!

Term Papers said...

More than the beautiful. Congratulations for the religious journey. Complete peaceful post.