Wednesday, October 21, 2009
komik/kartun di era renaissance!
Selain pembaca tegar Gila-Gila masa kecik2 dulu aku jugak peminat komik2 terbitan Media seni yang harganya 70 sen tu. Terpaksalah berlapar untuk mendapatkannya. Selain dari siri Wak Dojer karya Hussain Saad atau komik2 lucu Pot JR, karya Gopa dan Jati Tunggal oleh Marzuki membuat aku terpaksa mengikat perut duit belanja sekolah yang apak bagi.
Ini era renaissance dunia komik/kartun nasional yang sebelum itu diterajui pekomik2 tempatan seperti Raja Hamzah, Puan Nora dan angkatan mereka (sekadar menyebut beberapa nama).
Zainal Buang Hussein dengan penerbitan Bayan menerbitkan banyak juga komik karyanya selain Rosli Hamid dan lain-lain.
Majalah Fantasi RM3 masa tu punyalah mahal bagi aku tapi karya agungnya tak akan aku lupa. Fantasi tak relevan pada zaman tu kerana ia mendahului zaman. Teknik air-brush Azman Yusof, komik figura Mohas seperti Bisa Ular Tedung dan Budak Pohon Beringin, warna-warna Prof Jailani Abu Hassan membuat kadang2 aku terpaksa mencuri duit mak dalam lemari..(maaf mak!). Tu belum tengok ilustrasi cakar2 Kerengge lagi.
Tak aku lupa komik "Orang-orang" buah tangan Tazidi mengisahkan orang-orang di sawah padi yang malu kerana profesionnya tak dihormati dan ditakuti lalu ia menjadi 'hantu' waktu malamnya untuk menakutkan bebudak.
Sesekali ada duit lebih aku beli majalah Gelihati, Batu Api dan Mat Jenin. Sayang kebanyakan majalah lama simpananku musnah dibaham banjir. Ada majalah Seloka21, Toyol, Gelagat, Gado-Gado, juga Bujal dan Salina terbitan Raz Studio...
Entah apa malangnya era ini menjadi malap. Komik2 Cina Tony Wong dan lain2 buat aku cemburu dan manga Jepun terus menenggelamkan karya2 agung kita..
Aku akan terus bermimpi Fantasi dan komik-komik ini akan muncul kembali!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
Syabas dengan kemuculan semangat utk terus berjuang...
Bro... n3 kali nie memang best sebab hampir semua nama/majalah yang disebut saya tahu... memang best... kalau ayat gempaknya... saya membesar dengan karya dia orang... Azman Yusof tu ke yang selalu buat saya kena lipat mukasurat last sekali kat GG tu dulu... Zainal Buang Hussein dengan Wak miang dia tu... saya belajar satu ayat Jawa dari dialah - wes modar...Kerengge dengan Pendikar... Pendikar apa tah tapi memang best.. nak tanya... 'Nan' sekarang aktif lagi ke? and Ayob Anak Tulakang tu karya dia ke? ada satu tu, nama dia Junhairi (kalau tak silap) tapi trade mark dia ialah jari kelenkeng mesti tak lurus... tapi lanie, bila anak-anak baca karya lama seperti Kampung Boy... dia orang tak berapa nak enjoy sebab mungkin dia orang tak berapa nak faham kerana tidak melalui zaman tu...
Peminat Gila-Gila sejak berumur 10 tahun, masa tu tahun 1978
marina,
t.kasih
anony,
kartunis Nan ada diinterbiu dalam blog majalah Gila-Gila.Tak silap aku ada link kat blog aku ni..
Junhairi tu kartunis Long sebenarnya selain dia guna nama Tih dan Minah Bobo..
Ya benar! Gila2 dah tak relevan dgn bebudak zman ni yg banyak terdedah dgn majalah lain. Cerita Terkenang semasa dulu, From Taiping with Luv dan spesen dgn tu dah tak dapat dihayati lagi..
Bhai..
Pergh.. gua membesar dengan semua komik dan majalah yang lu tuliskan... gua start baca MAD pada tahun 1976 dan GG mulai tahun 1978.. pergh lama tue...
Paling suka sekali karya NONAMA ( nickname nie gua abadikan sebagai login kat komputer ofis gua) .. terutama kartun mengenai UBAT (yang diterbitkan dalam majalah GG) ... UBAT nih paling best sebab dier cerita tentang peranan ubat sakit gigi untuk mengatasi masalah sakit gigi ... tak boleh lupa la idea dalam ubat tue ader askar putih yang keluar dan serang askar hitam yang merosakkan gigi dan gusi..
hahaha..Nonama tu Nan..
Bhai...
('Bhai' lagi best dari 'Bro' rupanya)...
Nonama tu Nan, Junhairi tu Long... kalau hang tak bagi tahu sampai lanie aku tak tahu... kartun dia orang tu (Nonama dengan Nan, Junhairi dengan Long)tak sama langsung... bagi akulah as a lay man dalam bidang nie tak perasan langsung, bagi hang may be perasan kot...
Ayob anak Tulakang tu siapa lukis... macam Nan je... betul ke sebab kita orang memang 'bahas' benda nie kat dorm dulu...
Satu lagi pasal korang nie... punyalah lawak kat kartun ke, kat TV ke tapi kalau kat luar, kalau tak kenal mesti tak tahu yang korang memang lawak giler... contohnya macam jiran aku, Imuda sampai kompius anak-anak aku....
Peminat Gila-Gila sejak berumur 10 tahun, masa tu tahun 1978
barang rare bhai..ehehe
anon,
Ayub Tulakang memang Nan punya karya..
mungkin ada sebabnya kenape guna nama lain..
macam Lat dalam GG pun tak bertulis nama dalam siri "Not" dia...
kartunis/karyawan kebanyakannya pemikir, memang karektor mereka kdg2 berbeza dgn kartun mereka yg kelakar..sedang mereka seorang yg serius. Zunar, Imuda, Ujang dan kawan2 lain macam Aloy, Roy semuanya serius..
tapi kalu dah kenal lama lainlah!
Keh pun sama weh!!! satu lagi pelukis keh minat ia itu allayarahm Nik Nordin...dulu ada satu ketika ada komik2 dari indon yang juga amat menarik,seperti Pedang Dewi Airmata,Hidup,Tuan tanah kedaong..dll keh dah lupa dah..itu komik memang kelas giler...tapi la ni komik macam haramjadah...kecuali GK...ha..ha..ha
Hidup BujaL...Arghhhh rindu siot zaman tu.....Ingat lg mak gua siap rebus nak bg gua minum air buku2 kartun tu coz gua paling malazz baca buku skolah..buku kartun gua suka baca..kakak gua baca SALINA dgn novel jiwa2...
Gua rindu pada 'Mona Gersang'...
tuan Labun...
tertarik ngan entry tuan kali ni...saya juga membesar dengan majallah-majallah yang tuan sebutkan...malah mendorong saya mengambil aliran senilukis ( asal aliran sains) ..dan lebih menerujakan bila sambung sarjana di sebuah universiti..bertemu dengan professor serba tau dalam majallah gila-gila...Dekan Falkulti saya masa tu..Prof Dr Shuhaimi Md Nor...
Saya tertarik dengan nama pelukis Pn. Nora yang sdr sebut. Saya ada baca dlm satu buku 'kajian sejarah ilustrasi di Malaya' menyebut pn. Nora, muncul sebagai ilustrator wanita yang berani.Berani kerana pada zaman itu, meng'ilustrasi'kan sesuatu yang dianggap salah pada budaya orang dahulu.
Nenek saya pun dulu cukup marah kalau saya lukis 'orang' dan diminta pangkahkan kat leher lukisan orang tu. Tetapi bila dah mendalami ilmu melukis, memangkah-mangkah pada lukisan merupakan asas kepada pembentukan lukisan itu sendiri.
Nenekku seorang guru lukisan rupanya....
anony,mona gersang? hisyyyy!!!
roslaini dan tunsiber,
kita hanya ada mimpi saja...
salam bro, fantasi?
heh!heh!heh! aku masih ada 3 naskhah yang tersimpan dengan baiknya.
gila-gila pulak dah habis entah kemana selepas aku habis sekolah dan masuk maktab, kena bakar agaknya dek mak aku. tapi memang betul majalah kartun la ni amat berkurangan terutama yang berbentuk satira dan mencabar minda. selamat terus berkartun, bro!
tapi mona gersang tu, kartun ke? hahaha!!!
mona gersang ekk?
huhu....sapa ada simpan lagi?
Ada lagi..Bro..Bambino..Ilastrator Fuad..yang dilupakan...
salam..hamba ada simpan naskah fantasi abang hamba punya..komik2 lama keluaran media seni dah xde..ilang ntah ke mana..ruginya x simpan baik2 dulu dgn komik2 yg telah di kecikkan..n di jual dalam kopok ali baba..pun lebuh..komik bayan ade lagi sikit2..sakti hasil karya mansoor ibrahim dalam bertemu ratu neraka,sakti 1,sri kandi selendang mayang karya azman yusof,makhluk planet turap hasil karya gopa,dendiar hasil karya zainal buang hussein,ujang dgn karya ninjanya yg x abis2..satu muka je lukis untuk 1 keluaran..mane nak abis...banyak lagi dah lupa..setengah dah kene bakar..macam salina,bujal,bambino,..komik hasil karya saudara zoy..miss da oll gud day`s...
Amiable post and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Say thank you you as your information.
pot jr is my dad.:)
(wah anak tak malu nak tumpang glamer bapak.)
his artworks & comics are safe in our mini archive at home.currently he is an illustrator.
mintak share kt blog ye.
uih bestnye...aku pun teringat cerita ayob tulakang dan projek gulai basi..hahah boleh jadi kaya ...pastu jual katak kat pak arab pasal nak pangge hujan...mmg kelakar..lagi satu..ingat tak mat not? tak salah saya Lat yang lukis, cerita pasal insan seni yang sebenarnya org gila...lagi dan din don (budak2 tak pakai baju seluar), tantintun..best btul laa...seingat saya majalah gila-gila ni la yang mengajar saya membaca...saya minat betul lukisan Jaafar Taib - sangat cantik...Rindu betul saya dengan karya klasik ni
Post a Comment