"Cik Kulup! Cik Kulup! Tolong ni. Said buat lagi!"..Jerit Nasir dengan loghat Kelantannya. Aduh! Payah ni! Haji Zahari takde pulak. Leceh!
Aku pantas berlari masuk kawasan asrama putra yang dari jauh dapatku lihat penghuni-penghuninya berkelintau kegelisahan.
"Saya rasa 'dia' ada kat sini Cik! 'Dia' ada!" kata Said dengan mata buntang kemerahan. Malam semalam aku terpaksa berjaga sampai pagi bila mana Said dirasuk jin. Puas aku dan Haji Zahari mengawalnya sementara Cikgu Seli, guru silat Sendeng berusaha mengeluarkan jin dari tubuh Said. Macam-macam putar belit jin nak mainkan manusia. Ceramah ugamalah dia, menyanyilah dia, menangis dan ketawa.
Aku menuangkan air jampi yang ditinggalkan Cikgu Seli ke dalam gelas dan kusapu ke rambut Said. Dia mengeluh kepanasan. Apabila kutuangkan lagi ke dalam gelas dan cuba berikan kepada Said untuk minum, aku lihat dia cuba menyambut tetapi tangannya tersekat-sekat. Tiba-tiba kepalanya dipaling dan matanya semakin membuntang. Dia meraung dan jin sekali lagi merasuk tubuhnya. Semua bebudak asrama tingkatan 5 yang berdiri menyaksikan peristiwa ini meluru masuk ke bilik ketakutan. Hampeh! Tinggal aku dan Nasir, budak Kelantan berusia 17 tahun yang agak matang sikit. Nasir mengunci tubuh Said agar dia tak boleh bergerak liar.
Aku menuangkan air jampi ke dalam mulut Said dan sepantas kilat dia meludahkan air tersebut ke kakiku. Sepantas kilat juga penamparku singgah ke muka dia.
"Berani kau tampar budak ni?" jerkah Said. Suaranya garau.
"Berani kau ludah aku?" jerkah aku balik. Garau juga tapi lebih husky! Ehem! Kerana fed-up mengenangkan malam semalam aku terpaksa balik lewat dan sudah pastilah malam ni perkara yang sama akan berlaku lagi, aku segera berkata:
"Cilake punye jin! mari sini! Tengok muka aku betul-betul! Tengok mata aku! Kalau kau anak jantan, keluar dari tubuh budak ni dan mari kita bertumbuk kat padang!"
Anehnya budak Said (atau jin?) menundukkan kepalanya. Tak berani bertentang mata. Tapi aku sebenarnya tak sedar, kemarahanku itu sebenarnya suatu kemenangan di pihak jin (kesimpulan yang aku buat beberapa hari selepas itu) yang lebih suka melihat kita beremosi. Nasir sudah pun berlari ke rumah Hj. Zahari seperti yang aku suruh. Apalah yang boleh aku buat selain dari mengajaknya bertinju siam kalau pun tak bertumbuk ala koboi. Aku bukan pawang. Aku KulupSakah.
15 minit kemudian Hj Zahari datang dengan Ustaz Azmi dan Isman. Tapi tak mengubah apa-apa. Said terus mengacau. Menjerit dan ketawa. Menyebut nama salah seorang kawannya untuk disakat dengan menyanyi,"cucu cucu tak dapat lari, nenek tua banyak sakti!" dan kawannya yang disakat itu menangis ketakutan.
Cikgu Seli sampai dengan pembantunya dan memulakan jampi serapahnya. Pembantunya mula menurun dan bercakap Indonesia.
"Mengapa kalian beramai-ramai menonton ini enggak berzikir?" tegurnya. Suaranya pun garau juga macam Rod Stewart.
Serta merta bebudak asrama berzikir "La ilaha Illallah" beramai-ramai. Aku rasa macam kartun pulak masa ni. Cikgu Seli hanya diam tenang. Tangannya seperti menggenggam sesuatu, mulutnya terkumat-kamit. Sesekali matanya yang mengecil menjeling aku yang duduk memegang Said di belakang. Cikgu Seli juga menurun. Bercakap seperti orang tua berloghat Pahang pekat sukar difahami. Membahasakan dirinya "Tok Aki!".
Entah pasal apa tiba-tiba Said tercengang memandang ke atas dan bersuara lemah, "berjubah putih?" (percayalah! Tiada siapa berjubah putih masa tu) dan ketika itu juga Said menjerit-jerit kesakitan seperti dibelasah dan saat Cikgu Seli melemparkan sesuatu (aku tak nampak apa pun) Said sempat bersuara,"Ah! Kalian memang hebat!" sebelum dia pengsan tak sedarkan diri. beberapa minit kemudian dia bangun dalam keadaan bengong. Suasana tenang kembali. Aku ditugaskan Cikgu Seli untuk memandikan Said dengan air 7 bunga esok paginya. Hisy!
Sewaktu berjalan pulang, Cikgu Seli beritahu," abang si Said ni menuntut ilmu hitam dan khadamnya telah masuk pula ke tubuh Said. Rupanya seperti beruang tapi bersayap macam kelawar. Benda tu betul-betul duduk antara Said dengan kau, Kulup!"
Hah! Mujurlah aku tak nampak "Bat Man" tu.
"Saya memegang kerambit sakti yang kalau jatuh tanah akan terbelah. Saya terpaksa menunggu timing yang tepat sebab kalau tersalah baling, Cik Kulup pulak yang akan terkena!"
Pulak dah!
Kami pun pulang dan sampai ke rumah aku tidur bersama isteri dan Annisa yang masih bayi dalam keadaan nyenyak. Mujurlah macam aku katakan dulu, aku diajar mak bapak atuk opahku agar jangan takut dengan hantu. Sham isteriku juga rupanya begitu. Tak pernah dia mengadu takut sewaktu kami tinggal di tepi Hutan Pahang dulu.
Esok paginya aku memandikan Said dengan penuh taat. Kata Said 'benda' itu memerhatikan kami ketika proses permandian (betul ke ayat ni?) berlangsung.
Aku pedulik hapa! Bukan dia yang bayar bil..
(Al Fatihah untuk Allahyarham Cikgu Seli) Benludin dan Ubilepih kenal kot?
11 comments:
tgk tajuk seram.
esok pagi je keh baca.
woiit! di dah commercial mcm tv. sempena halloween kot
Salam sdr. Kulup
Memang perangai Jin mencari kelemahan manusia tetapi sebenar dia adalah makhluk bodoh.
Jin masuk tubuh manusia memang dah biasa dengar tapi manusia jadi jin dah makin ramai. Manusia yang begini lebih jin dari jin yang sebenar. (Asal kejadian manusia dari tanah, jin pula dari api. Bole ke convert tanah kepada api??
Salam Bro
Lu dah baca blog Cina Islam? Soal jawab dalam mahkamah ada sebut kemungkinan orang songkok tinggi yang bawak kepala lembu di Shah Alam juga hadir kat Mesjid Ubudiah sbg provokator...Inipun kira jin jugakni.. panas hati teman..
Jin Notti tu!
saya antara 'budak asrama' yg jd saksi cite ni.. mmg ngeri.. klasik
Tak kenal weh....keh suka kalau dapat jumpa hantu berWANG..ha..ha
menarik betul pengalaman bro .. harap bro boleh bykkan lagi siri seram ni .. hehe
Resume Editing:I really like your blog. You make it interesting to read and amusing at the same time. I can’t stay to read further from you.
Research Papers Great job done keep it up.
Post a Comment