Jidin buat aku gelisah (rujuk entry sebelum ni). Lepas upacara Qurban aku ke rumah Wak Baharom, pengusaha ikan patin sangkar yang selalu bermuzakarah dengan aku tapi tak pernahlah kami bermuZAKARah.
"Apa yang dikatakan Jidin tu betul ah! Takde pedaah langsung! Nak berurusan dengan Tuhan kena ada feel, baru datang stim! Kena khusyuk! Kau tau khusyuk?" tanya Wak.
"Taulah! Menumpukan sepenuh perhatian tanpa terpengaruh dengan gangguan." kata aku.
"Yelah! labun bolehlah! Tapi kau boleh feel? Ilmu Allah Taala ni bukan pakai cakap je, kena feel! kena 'rasa' sebab rasa tu yang buat kita yakin. Dari yakin baru dapat nikmat yang hakiki. ha! macamana definisi khusyuk pada kau?" Wak sudah provok aku.
Aku diam sambil meneguk sirap. Raya rumah Wak dapat makan patin sangkar masak tempoyak.
"bahalul kau ni! Dah banyak sangat campur urusan duniawi. Otak kau dah lemah! Jiwa kau dah malap."
Aduss! Wak belum pernah kena seligi aku.
Wak merengus. "Kau pernah rasa nikmat berjimak? Apa kau rasa masa nak sampai syok? Nikmat? kau pedulik tak pada yang lain atau apa2 masalah dunia yang lain? Tak kan? kau cuma ingat yang satu tu je..nikmat nikmat nikmat! tapi kau dah tak boleh ucapkan dengan kata2 lagi masa tu kerana nikmat kau dah sampai ke puncak yang hanya kau saja yang tahu. Ingatan kau hanya pada 'itu' saja. Tiada kata2 hanya nikmat saja. Yang mampu keluar hanyalah nafas suci kau ah ah ah!". Wak ketawa mengekeh sambil menggayakan aksi terlampau.
Aku terdiam dan sedikit kegelian. Tapi aku akui kebenarannya. ya! Khusyuk!
Wak berkata lagi," Tapi mengapa ingatan padaNya tak sampai ke tahap khusyuk begitu? Sebab hati kotor gelap, lampu aladin tak digosok sampai berkilaau nampak wajahmu!"
Tu lagu Aladin. Wak layan Spider ke?
" Banyak upacara ritual dah dikomersialkan dan dipermudahkan sampai feelnya hilang. Ingat waktu kita kerjakan saie dulu? Mana feel Siti Hajar lari-lari kecil antara Safa dan Marwa di tengah panas terik? Segalanya dah jadi mudah. Kita seolah lari dalam dewan yang panjang. Rasa air-cond tak rasa panas langsung. Siap boleh minum air zam-zam yang disediakan kat tepi jalan. Kaki kita tak rasa debu panas tapi sakit sebab simen yang keras. mana feelnya?" Wak nampak kesal. "Aku tak tahu apa kan diubah oleh kerajaan Arab Saudi nanti nak bagi semua orang senang. Aku takut esok tawaf pun kita pakai rel yang bergerak."
Aku teringat masa saie hari itu dan untuk mendapatkan feel memang aku lari-lari sambil nyanyi lagu Hijab Kekasih dan Raikan Cinta.
teringinku melihat di sebalik hijabmu
wajah yang ku puja..
Monday, November 30, 2009
Friday, November 27, 2009
qurban macam majnun!
Selesai memberi salam, aku bangun dan ke tandas. Tak tahan nak kencing. Keluar tandas hendak menuju ke saf semula langkahku terhenti. Jidin si bodoh kampung yang duduk di tepi tandas masjid membebel-bebel sendiri.
"Kenapa Long?" tanyaku. Long adalah panggilan manjanya di kampung kami. Jidin, hampir 50 tahun usianya agak bodoh2 alang orangnya. Namun dia adalah sebahagian dari warga desa kami yang tak pernah ketinggalan menyertai kegiatan2 desa. Kenduri kahwin adalah dia, jamuan masjid malah qorban tumbang lembu pasti dia jadi orang penting.
"khutbah raya haji ni dari Long kecik sampai hari ni dok camtu gak!" dia bersungut2 lagi. "Asyik bernostalgia kehebatan pengorbanan ibrahim nak sembelih ismail je..cemuih kawan!"
tiba2 aku tak nampak kebodohalangan dia. "Habis nak cerita apa lagi? " aku memancing.
"kenapa tak kaitkan gilanya pengorbanan tu pada kita? Cerita pasal dia je..tapi tak boleh nak selam!". "kenapa anak yang Allah minta dikorbankan? Sebab itulah harta yang paling disayang. Berapa lama ibrahim nak dapat anak? Alih2 disuruh sembelih. Dan betapa gilanya ismail sanggup disembelih. Gila juga Siti Hajar meninggalkan ismail di tengah panas padang pasir yang bahaya itu dengan ancaman binatang buas atau ribut pasir. kenapa mereka gila?"
"gila?" aku tak faham.
"orang yang kasih dan cintakan tuhan mestilah sampai ke tahap majnun! macam orang sedang bercinta dengan kekasihnya. kan gila? Berani kau pergi kerja mencari rezeki meninggalkan anak di rumah keseorangan seperti Siti Hajar?
"err..dia lain Long!"
"apa bezanya? Bezanya sebab kau tak bertawakal sampai tahap gila. keyakinan kau dengan perlindungan Allah rapuh. Allah uji sikit je dah tak sanggup. Lihat Ibrahim dan ismail sanggup berkorban kerana cinta mereka pada tuhan sampai ke tahap gila."
"mereka nabi, kita bukan!" kata aku.
"habis kita nak ikut sapa kalau bukan nabi? ikut babi? kau ingat tuhan zalim ka? dia cuma nak test je. bila dilihat mereka sanggup hadapi ujian gila ni, tuhan gantikan seekor kibas. itu ganjarannya. soalnya sekarang kite lemah dan tak yakin!"
aku tertanya2 sejak bila Jidin pulih dari sewelnya. Butir bicaranya petah tanpa tersekat.
"ni ibadah qurban yang kita buat ni kau tengok..ada lembu yang disedekah oleh YB sebab itu hari tok imam mohon . kata tok imam, mintaklah nak sekor lembu untuk dibagi pada orang kampung. Apahalnya ni? kenapa ibadah qurban sampai nak minta subsidi? kalau ramai2 tak mampu korbankan harta untuk korban, jangan buat! bukan sampai menagih2..raya haji bukan pesta makan nak mentedarah daging sembelih. ia ibadah korban yang ikhlas!"
aku berdesing jugak bila dia kata: Pasaipa tak cukup duit nak beli lembu? Rokok aku tengok masing2 kotak besar hari2 tak putus. Sebulan berapa ringgit tu? Hampughaih! beli lembu pun tak sanggup, belum suruh berperang!
"Sahabat2 dulu kalau hidup zaman ni mesti dicop gila. Apa taknya, masing2 berlumba untuk mengorbankan harta dan jiwa untuk Allah. Osman yang kaya tu habis hartanya dibelanjakan tapi Allah ganti balik. Sebab dia yakin. Rasulullah tanya Abu Bakr apa lagi yang kau tinggal apabila dia tengok Abu Bakr sampai tinggal sehelai sepinggang. Abu Bakr jawab aku hanya tinggal Allah dan Rasulnya! Gila tak?"
"kalau kau sedekah 10 ribu dan kau kata sangat ikhlas sedangkan kau masih ada 10 juta, itu tak hebat. Cuba kau sedekah 10 juta dan hanya tinggalkan 10 ribu untuk kau, sanggup?". "Itulah gila namanya tapi itulah yang dilakukan oleh sahabat."
Aku terasa semput. Jidin terus membebel sampai aku tak dengar buah butirnya. Khutbah raya dia meninggalkan kesan berbanding duduk di saf tadi..

Wednesday, November 25, 2009
mimpi ngeri itu
Air mata aku masih mengalir waktu terbangun dari tidur. Ketat di dada masih terasa malah sisa-sisa seduku masih ada. Dada ini bergetar kencang. Suara dari dalam mimpi itu masih terngiang-ngiang. Suara perintah. Suara kebenaran. Aku memandang isteriku. Sanggupkah dia menerimanya? Aku sendiri masih was-was walau aku dapat rasa kebenarannya. Kalaupun Sham redha apakah aku sanggup lakukannya?
"Betulkah suara perintah itu suara kebenaran?" tanya Sham.
"Aku sangat yakin." jawabku.
"Abang sanggup?" tanyanya lagi. Air matanya mula merembes keluar. Bibir Sham bergerak-gerak. Aku dapat lihat kesukarannya menahan esakan.
Annisa dan An-Nur permata hati kami. Mereka zuriat kami. Walaupun kedua-duanya cerebral palsy tapi sayang kami kepada mereka sangat suci. Mereka anak yang baik dan sudah pasti tidak akan membantah.
"Abang sanggup?" ulang Sham lagi.
Aku terjaring antara manikam dengan kaca. Antara nikmat khayal dengan kasih hakiki.
Air mataku makin laju. Sham kudakap erat. Dia menghempaskan tangisannya di dadaku. Annisa dan An-Nur kurenung. Tanganku menggeletar dadaku berdebar. Dan suara perintah itu makin kuat bergema.
" Dan janganlah anak dan harta benda kamu melalaikan kamu kelak kau akan tergolong di dalam golongan yang rugi"
Bayangkan kita mendapat mimpi dari Yang Maha Esa memerintahkan agar kita berkorban menyembelih salah seorang anak kita seperti mimpinya Nabi Ibrahim. Sanggupkah? Anak adalah nikmat dan rahmat dari Yang Maha Esa. Sanggupkah kita mengorbankan nikmat itu demi cinta kita kepada Sang Pemilik nikmat tersebut?

SALAM EIDUL ADHA!
petikan ucapan Zunar di UIA
kartun terbaru aku di sini
Don’t blame cartoonist; we only transform it onto paper.
By: Zunar
CARTOONING in Malaysia started back in 1940s. Cartoonist like Peng started to draw editorial cartoons for local newspapers. In the 60’s, Lat, Mishar, Rejabhad and Nan started the new era in cartooning and were considered as the pioneers in the Malaysian cartoon landscape.
But only in the late 70’s did the cartoon industry in Malaysia started to blossom when a humor magazine, Gila-Gila, a local version of the ‘Mad Magazine’, was formed in 1978. That created a space for great cartoonists like Jaafar Taib, Zainal Buang Hussien, Tazidi, Don, Kerengge, Ujang, Reggie Lee, Fatah, Rossem, CW Kee, to name a few.
Their cartoons became hits, not only because they were funny, but they also reflected Malaysian life.
Their works covered topics such as kampung life, school time, market scene, youths & childhood life, love, etc, etc. Since then, Malaysian cartoons continue to develop and bloom till this day.
I estimate, currently there are more than 200 active professional cartoonists in this country -- a good number for a relatively small
country like Malaysia.
But, strangely from this number you can say almost all of them steer clear of being political cartoonists.
Since 1998 until now, Malaysia has been facing a never-ending political crisis that leads to the erosion of public confidence of the ruling government.
Writers such as Shahnon Ahmad, A Samad Said, Hishamuddin Rais, Lutfi, Steven Gan, poet and theater activist Dinsman, film director Nasir Jani, singers Ito and Meor, express the injustice of the authority through their works.
But where are the cartoonists? May be they are still doctrinated by the popular saying:
“In Malaysia we may have freedom of speech; what we do not have is freedom after speech.”
The fact is, some of the cartoonists are fettered by the culture of fear and some of them prefer to play safe and maintain neutrality. This is absurd! To this I would always say, "How can I be neutral, even my pen has a stand!"
Cuban revolutionist icon, Ernesto Che Guevara said in his popular quote, "When injustice becomes law, resistance becomes duty". Modern journalism figure, Joseph Pulitzer had outlined clear ethics in his declaration on journalism.
He, among others, stressed that: "Always fight for reform and never tolerate injustice or corruption".
Dante Alighieri, an Italian poet in his famous poem, “Inferno” in the 14th century said “The hottest places in hell are reserved for those who, in a time of moral crisis, maintain their neutrality”.
I totally agree with Dante and personally think that Malaysian political cartoonists somehow fail to carry their duty to relay the voices of people and to convey strong messages to the authority where it matters most.
Very few senior cartoonists really touch fundamental issues such as human rights, freedom of speech, freedom of media, independence of judiciary and professionalism of the police force in their works.
I believe cartoonists have important roles, not only to make people laugh but also to highlight important issues. Cartoonists should criticize, educate, and open up readers’ minds in their own ways.
In September this year, I with several young emerging cartoonists namely Jonos, Ronasina, Enot, Haili and a few others started a new satirical humor magazine, “Gedung Kartun”. This is the first and only humor magazine which tackles current issues -- political, economic, human rights, judiciary, corruption and the misuse of power in the police force.
Immediately after the magazine hit the street, my office in Brickfields, Kuala Lumpur was raided by eight officers from the Home Ministry [Kementerian Dalam Negeri or KDN] and 408 copies of “Gedung Kartun” were seized. On the next day, the printing factory was also raided and printing plates of the magazine were confiscated. The ground?
They claimed the magazine does not have a publication license.They are going to charge me soon under Section 5(2)(b) of the Printing Presses and Publications Act 1984. According to the Act, those found guilty can be jailed up to three years and fined up to RM20,000, or both.
But for me, government's action was politically motivated to block alternative views and critical voices. It is also a form of intimidation against me and my team of cartoonists.
The “Gedung Kartun” cover shows top Malaysian leader holding a Mongolian flag. That was what cartoonists think of the hottest issue in Malaysia now. So, why does that irate the authority?
What is so wrong for the cartoonists to highlight this kind of issue? As mentioned above, Malaysia is facing political crisis and every political episode is cartoon material. Don’t blame us cartoonist; we only transform it onto paper.
Despite the hurdles, I can confirm that Gedung Kartun will continue to meet the readers, and I will continue to draw alternative political cartoons and train young cartoonists. The government should encourage this kind of cartoons to grow for the betterment of Malaysian cartooning industry.
ASIAPAC Conference, UIAM Kuala Lumpur
23-Nov-2009

Tuesday, November 24, 2009
nik aziz, menantu, kroni dan 2 orang pekerja sendiri saja..
Nik Aziz mendengar saranan Hj Hadi dan rombongan Pas agar menantunya meletak jawatan demi nama baik Pas. Aku setuju! Moga2 Nik Aziz mengambil iktibar akan hal ini. Berbeza pendapat tidak salah. Menerima teguran juga menunjukkan keterbukaan kita. Jangan jadi seperti sesetengah penyokong2 mereka yang hanya menurut taksub melulu dan tak boleh langsung idola mereka ditegur.
Suatu ketika Umar Al Khattab meminta anaknya menjual semua ternakannya apabila mendapati binatang ternakan anaknya gemuk2 berbanding dengan ternakan orang lain. Ini kerana orang lain segan hendak ke padang ragut yang mana anak khalifah ada juga membawa ternakannya makan di situ.
"Walaupun tak salah tapi aku tak mahu ada orang berkata mentang2 anak khalifah, maka boleh saja ke padang ragut itu" kata Umar.
Persoalannya bukan salah kalau berkelayakan tetapi untuk menutup mulut orang yang pastinya akan berkata tidak enak.
Jadi tindakan Nik Aziz wajar!
Bagaimana pula dengan Nazir Tun Razak, Khairy Jamaluddin, anak-anak Mahathir? Fazrin Azwar menantu Opah Pidah, Apa cerita?
satu dunia tahu kaya raya tempias bapak2 atau abang2 depa atau pak mak mertua depa..
tak nak cuci nama ke?
HAMPUGHAIH korang!

Sunday, November 22, 2009
2012..
"Dr Wahab Bee ditangkap lagi"
"Ah! Kena lagi" bisik aku melihat tajuk berita online di skrin notebook aku yang sebesar kotak mancis. "Dah dua kali minggu ni!"..
Pelayan yang mengambil pesananku tadi tiba lalu meletakkan secawan susu hitam di atas meja.
"Apa pula kesalahan kali ini?" tanya aku pada diri sendiri. Aku menguis skrin untuk melihat berita selanjutnya dan..
"Auww! Cit! Cinajib!" air susu hitam yang kuhirup masih panas rupanya. Bibirku berdenyut bagai disengat tebuan.
"Lotong! Lotong!" jerit satu suara seperti dalam kecemasan dari arah luar bar itu. Aku terkejut dan bingkas bangun. Orang-orang di dalam bar seakan tidak mendengar dan kalau dengar pun tidak mahu ambil pusing. Aku sempat menjeling pada seorang tua yang sibuk menghisap paip sembari mencium pasangannya yang jauh lebih muda. Geli! Getik! Macam bapa kambing mencium putik nangka. Orang tua ini selalunya kulihat siang dengan orang lain dan malam dengan pasangan yang lain. Selalu juga wajahnya tersiar di dada akhbar kononnya menderma ke sana sini dan bermacam kerja-kerja kebajikan lagi. Aku terus meluru ke luar mendapatkan suara menjerit meminta bantuan tadi.
Seorang manusia bermisai berjanggut dan memakai skirt kelihatan lemah meronta-ronta. Dua manusia bertubuh kecil tetapi keras, berdada benjol merebahkan si misai ini. Bergegar dua benjolan daging dadanya ketika menjatuhkan si misai. Skirt si misai dikoyak. Si misai menjerit lemah tak daya melawan. Air matanya meleleh. Dan....aku memalingkan muka kerana tak sanggup melihat. Orang lalu lalang tidak menghiraukannya.
Dua manusia berwajah ayu, bertubuh kecil dan berdada benjol itu pantas menyarungkan seluarnya semula. Salah seorang dari mereka menyeluk saku dan mengeluarkan sehelai dua wang kertas dan diselitkan di celah dada si misai yang hanya mampu menangis tersedu-sedu. Mereka berdua berlalu meninggalkan tempat ini. Aku semacam kenal wajah salah seorang dari mereka. Langkah lenggok kerasnya juga seperti aku kenal. Barangkali dia anak seorang pemimpin tersohor tanah leluhur ini.
"Tuan! Lotong tuan! Di sini ada kecemasan!" jerit aku pada dua orang berpakaian seragam keselamatan. Dua pegawai penguasa yang baru keluar dari kedai tikam nombor itu datang mendapatkan aku.
"Tengok tu Tuan! Dia dianu tadi. Saya seperti kenal dengan salah seorang dari dua penganu tadi. Macam anak Datuk....."
"Kamu biar betul? Jangan cakap benar. Berani kamu membenar ya?" kata salah seorang pegawai penguasa.
"Benar Tuan!". "Ramai orang nampak tadi!" kata aku.
Pegawai tersebut bertanyakan kepada orang yang lalu lalang. Masing-masing mengaku tidak nampak. Salah seorang pegawai penguasa yang tubuhnya lebih boyot masuk ke dalam bar yang aku minum tadi. Beberapa ketika kemudian dia keluar mengatakan tiada sesiapa nampak apa yang berlaku.
"Nampaknya kamu bercakap benar!" katanya.
Aku naik berang. "Saya bersumpah saya nampak Tuan. Saya bersumpah saya bercakap benar!".
Pegawai boyot tersebut mendapatkan si misai yang masih tersedu-sedu. Skirt pendeknya masih terselak.
"Kenapa kamu?" tanya si boyot. Si misai enggan menjawab. Dia hanya menggelengkan kepalanya. Sedunya makin kuat. Setelah dipujuk agak lama, barulah dia menjawab, "Gua menangis kerana cincin gua hilang." Dia kembali menangis.
"Hey! Bukankah kau dianu tadi?" kataku. Pelik.
"Bila? Mana ada? Cincin gua dirampok tadi. Itu mama gua yang belikan untuk gua. Hadiah hari jadi. Tapi dah hilang! Waa!" kata si misai.
"Betul kamu tak dianu?" tanya pegawai penguasa.
"Sumpah tidak!" jawabnya.
Muka aku terasa seperti disiat. Bera!
Dua pegawai penguasa ini merapati aku dan mengilas tanganku. Aku meronta-ronta. Si boyot menggari tanganku dengan kasar dan mereka menolakku ke kereta peronda.
"Kurang ajar! Pembenar! Berani kamu berkelakuan biadab!"
Aku ditahan di rumah pasung. Dilokap yang sama dengan Dr Wahab Bee dan atas kesalahan yang sama juga- BERCAKAP BENAR!

Friday, November 20, 2009
kami mahu dewasa
setiap kanak-kanak impikan untuk menjadi dewasa dengan cepat kerana menjadi dewasa bebas berbuat apa saja dan boleh berkuasa. Begitu juga kami. Prasyarat untuk menjadi dewasa dan disahkan menjadi Islam ialah mesti sunat dahulu. Lalu timbullah idea main sunat-sunat.
Aku, Pee, Mie dan Taza belum masuk sekolah rendah lagi masa tu. Anehnya kami memilih Mie yang lebih muda untuk menjadi tok mudim. Di bawah pokok kelapa tepi padang dalam kawasan masjid itu upacara bersunat dijalankan. Aku orang pertama disunatkan. Aku londehkan seluar pendek sukan ku dan Mie dengan menggunakan dua batang ranting kayu kecil konon-konon menyunatkan aku.
manalah kami tahu bahagian mana yang hendak dipotong, Tok Mudim berlagak memotong pangkal burung ciak. Selamat! Aku pun ke tepi.
Taza pun ambil giliran dan dia pun selamat. Kami terasa seperti dah dewasa.
Sewaktu Pee bersiap untuk disunatkan, aku ternampak serpihan buluh sepanjang pisau lipat di tepi banir.
"pakai buluh tu!" kata aku. Mee mengambilnya.
Sebaik saja Pee menghulurkan burung kecil berwarna gelapnya, Mee menghiris pangkal burung itu dengan buluh dan...sembilu buluh mengelar pangkal menyebabkan darah mengalir dengan banyak. Pee menjerit dan menolak kepala Mee lalu berlari ke rumahnya yang terletak di dalam kawasan masjid itu (Pee anak Tok Imam sementara Mie anak Bilal, rumah mereka di dalam kawasan pagar masjid). Mie jatuh terbungkang. Aku tak ingat apa jadi selepas itu.
Sewaktu tingkatan 5 aku dan Pee sebilik asrama. Kami ketawa mengingatkan cerita itu.
" Satu jahitan kena , Lup!" jawabnya sambil menunjukkan kesan jahitan di pangkal burungnya yang sudah membesar. Saiznya dah tak sama tetapi warnanya masih hitam.
Hari ini kami dewasa juga. Mie kini pegawai bank, Taza seorang yang agak warak aku dengar cerita kawan sekampung. Dah lama tak jumpa ke semuanya. Taza menjadi menantu Tok Siak masjid tersebut. Tok Siak ini yang dulunya selalu menyakat kami, bergurau, mendukung dan sesekali memarahi kami kini jadi mertuanya.
Pee walaupun burungnya berjahit tapi 'mereka' berdua masih boleh terbang kerana dia juruteknik kapal terbang air force. Tuah badan!
Aku?
Aku KulupSakah.......
Wednesday, November 18, 2009
apa cerita Cermin Mimpi?
PERINGATAN: jika kau google labunkulupsakah.blogspot.com kau akan jumpa blog ini (klik di sini) dengan profilenya bernama "keri". Ini bukan blog aku dan tiada kena mengena dengan aku. Isteri aku jumpanya minggu lepas tapi aku tak ambil pot. tapi tadi bila aku jumpa di fesbuk ada orang guna nama "Rona Sina" (nama lama aku di fesbuk sebelum aku tukar kepada Ronasina Kartunis) aku kena bagitahu bahawa kedua-duanya (labunkulupsakah.blogspot.com dan Rona Sina) bukan aku! Bukan aku!
CERMIN MIMPI
Di balik Cermin Mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau aku melihat aku
ternyata kita adalah sama
di arena mimpi yang penuh bermakna
bila bulan bersatu dengan mentari
bayang-bayangku hilang diselubungi kerdip nurani
mencurah kasih
kasih murni
mencurah kasih
di balik cermin cermin mimpi
ada realiti yang tidak kita sedari
hanya keyakinan dapat merestui
hakikat cinta yang sejati
hakikat cinta yang sejati
dengan tersingkapnya tabir siang
wajah kita jelas terbayang
dan terpecah cermin mimpi
menjadi sinar pelangi
lagu Mat Nasior lirik S. Amin Shahab
Ni aku punya interpretasi
cermin adalah alat yang digunakan untuk melihat wajah kita dan mimpi adalah suatu "misteri". Dengan menggunakan "cermin mimpi" dapatlah kita menelek diri kita yang sebenar dan yang dipantulkan dari dalam diri. Rupa-rupanya 'wajah' diri terdiri, wajah terperi dan wajah diri sebenar diri adalah serupa lagi sama. Ia satu, sama lagi saksama.
rangkap 2 tu :- bila cahaya bersatu semula dengan cahaya, lenyaplah diri palsu nyatalah diri yang sebenar diri. Yang hakiki, yang satu tak terbilang.. lalu diri yang menanggung rahsia batin akur dengan hakikat dan dia melakukan segala perbuatan itu dengan jujur ikhlas untuk diri sebenar diri. Kerana cahaya yang terpercik dari cahaya azali akan bersatu semula. maka itu setiap perlakuannya adalah penyerahan, memulangkan semula kepada yang Maha Suci.
Dengan 'alat'yang dipanggil cermin mimpi ini dapat dibongkar realiti yang tak kita sedari. Cuma keyakinan yang haq dapat merasai dan mencapai apa yang dikatakan makrifat. dari yaqin ke ainulyaqin mendaki ke tangga haqqulyaqin!
Apabila diri ini binasa, nyatalah diri sebenar diri, itulah hayat yang ada gerak-bergerak sebelum pulang melebur bersatu di daerah mahameru...
paham dak atau semakin pening? Hey, aku gunakan cara yang paling mudah untuk kalian tau? haha sori!

Tuesday, November 17, 2009
lu apahal?
sebelum tu kartun terbaru aku di sini
sebaik saja keretaku keluar ke jalan besar dari rumah aku, tiba-tiba siren motor peronda polis dari belakang berbunyi kuat dan meminta aku ke tepi. Ah! Menteri mana pulak nak lalu ni? Aku buat selamba memandu tanpa minggir ke tepi. Polis bermotorsikal menhonkan motornya dan memotong aku. Sebiji lagi bersaing di sebelah aku. Motorsikal yang memotong tadi memberhentikan motornya menghalang kereta aku. Hampir aku melanggarnya dan terpaksa aku mengelak. Seekor motor lagi di belakangku. kini ada 3 biji motor menghalang. Dari cermin pandang belakang aku dapat lihat mercedez hitam membawa menteri hapa tah masih jauh di belakang. Aku menurunkan cermin tingkap.
"Ke tepilah!" jerit polis ni.
"tak boleh! Anak aku sakit ni , nak ke hospital!" jawabku.
"yelah! kalau ye pun ke tepilah dulu!" jerkah dia.
darah aku mendidih. Cilake! Anak aku sakit disuruhnya ke tepi semata2 nak bagi lalu kuli rakyat bermercedez tu.
"Kepala hotak engkau!" Aku menjerit. 'Anak aku sakitlahhh!".
Aku tak peduli dan terus memandu. Mujurlah mereka memasuki simpang dan bukan terus melalui jalan yang sama. Polis2 itu terdiam sambil memerhatikan kereta aku berlalu. barangkali mereka berkata "gila mamat ni kot?".
.......................................................................
Kereta aku putus timing belt minggu2 Syawal yang lalu. Aku dan Sham terpaksa menunggu tow truck tepi hiway KL-Seremban . Untuk menghilangkan boring aku bikin video klip nyanyi lagu "pusara di lebuhraya" dan Sham merakamkan melalui telefon bimbitnya. (Segan lak nak uploadkan, hihi!).
Tiba2 2-3 motor pegawai polis pengiring berhenti lebih kurang 30m dari kami dan memberhentikan kenderaan yang sedang bergerak. Terjadilah kesesakan sebentar. Rupa2nya sebuah kereta mewah dengan bendera kuning diraja lalu. Kami tergamam seketika tetapi terlambat. Mereka sudah bergerak dan tidak nampak kami yang berlari mendekati kereta Agong untuk meminta pertolongan. Tumpangkanlah kami rakyat jelata yang hina dina ini.. Ah! Kalaulah kami cepat bertindak!
...............................................................................
Di lebuhraya persekutuan, dalam sesak jalan itu tiba2 polis trafik pengiring membisingkan siren meminta semua kenderaan ke tepi. Aku malas nak melawan lalu ke tepi sikit. Apabila kereta mewah gelap itu melintasi kami, aku mengeluarkan tangan dan mengangkat jari hantu. Ada pegawai trafik nampak tapi tak mempedulikannya.
kepada orang2 yang merasa besar,
renti2kanlah buat benda2 gini. kalau rasa nak cepat, keluar awal. dahlah minyak dan tol kamu free pakai duit rakyat, kereta free pakai drebar lagi..belajor2lah merasa susahnya bersesak2 dan membayar tol dan minyak.
Sepatutnya kamu hormati rakyat kerana rakyatlah kamu di situ.
sebagai kulupsakah- secara peribadi aku fed up dengan orang2 besar perasan yangtak habeh2 menyusahkan kelicinan perjalanan orang lain. noktah!

Monday, November 16, 2009
sabotaj, 'payback', disiplin dan khianat!
Orait, lepas membelasah puak2 yang merasa alim kucing dan kambing, kita layan filem lak. Jangan tanya pasaipa aku kurang menulis pasal politik la ni. Ahhh! Biar dululah. Nyampah melayan depa tuu. tuleh berat2 korang maleh komen. Kalu cerita hantu puake kemain lagi..hisy!
Kepada korang yang tak pernah tengok filem di bawah ni, aku rekomen.
Kombinasi Robert DeNiro, arwah Marlon "godfather" Brando dan Edward Norton yang cukup mantap. Nick, pencuri profesional otai (DeNiro) diminta mencuri cokmar emas di sebuah muzium berdekatan daerah tempat tinggalnya. Dia yang profesional pada mulanya enggan tetapi akhirnya bersetuju dan diminta bekerjasama dengan seorang anak muda (lakonan Norton). Mereka merancang strategi. Anak muda ini menyamar sebagai budak cacat bekerja sebagai cleaner di muzium tersebut sambil memerhatikan keadaan. tetapi dia selalu merasa dipinggirkan oleh DeNiro dan Brando. Dia rasa kedua2 mereka memandang rendah padanya.
Dia merasa dia lebih bijak dan banyak memainkan peranan dalam misi ini. Nick berazam ini rompakan terakhirnya dan akan memulakan hidup baru nanti. Sebelum rompakan, Nick pergi usha kawasan laluan bawah tanah dulu untuk masuk dan keluar ke tempat cokmar disimpan berpandukan peta yang dibaca Norton dari dalam kereta. Tanpa pengetahuan Norton, Nick sudah cuba mencari laluan larian alternatif jika sebarang perkara lain berlaku.Seorang otai berpengalaman yang cool pastinya sentiasa berwaspada dengan anak muda yang tamak dan gelojoh. Benar, pada hari rompakan Norton telah membuli Nick dengan sengaja membiarkan dia tergantung di atas peti tempat tersimpannya cokmar tersebut. Dan apabila cokmar itu berjaya dicuri Nick, Norton telah merampasnya dan cuba memerangkap Nick dalam kamera CCTV. walaubagaimanapun mereka berjaya lari dari tempat itu berasingan. Siapa sebenarnya yang dapat cokmar itu?
Aku suka beberapa falsafah dalam cerita ini apabila Norton bertanya "bagaimana Nick boleh berjaya sebagai pencuri, apakah kerana bakat?" kata Nick "ramai orang berbakat dah mampus, tapi 'disiplinlah' yang membuat seseorang berjaya walaupun seorang perompak!' kah kah kah!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ha..ni SLEEPERS, cerita yang tah berapa kali aku tonton tak tahulah, sejak bujang sampai dah jadi bapak orang!
4 budak lelaki dari pekan Hell's Kitchen yang nakal telah dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak kerana tersalah bergurau dengan penjaja. Budak-budak biasalah, ingat perbuatan dia tak bahaya. seorang pura2 order makanan dan kemudian lari, si penjaja mengejar dan lagi 3 orang mengerjakan makanan di gerai tolaknya. Mereka kemudiannya menolak kereta sorong penjaja itu ke tangga subway tetapi kederat budak mereka gagal mengawal dan kereta tolak itu meluncur menuruni tangga membaham seorang lelaki tua...
Di "Boys School" segalanya terjadi. Warden2 mengganas mendera dan memukul bebudak di situ. Dan...............mereka telah diliwat oleh warden2 di situ sehinggakan mereka menjadi bebudak yang sangat tertekan. rahsia itu mereka simpul mati dan tak akan beritahu sesiapa pun termasuklah father Bobby, paderi Hell's Kitchen yang sangat prihatin terhadap mereka.
Suatu hari selepas beberapa tahun dibebaskan (rekod kanak2 yang masuk ke sini kemudiannya dimusnahkan), 2 dari 4 sahabat ini menemui salah seorang warden ini sedang makan berseorangan di sebuah bar di pekan kelahiran mereka. mereka telah menembak mati warden ni. Kerana itu mereka dipenjara dan akan didakwa.
Di sinilah segalanya bermula! 'payback!"
Mereka berempat membalas dendam terhadap warden2 yang lain. Bagaimana? Salah seorang dari 4 sahabat ini adalah peguam dan dia telah menjadi pendakwaraya dalam kes bunuh ini. Tugasnya ialah dia mesti 'kalah' dalam kes ini dan melepaskan tertuduh, kawan baiknya. bagaimana? Untuk membuktikan yang warden ini jahat dan bukan kawannya yang membunuh. Konspirasi rahsia ini hanya diketahui oleh sang peguam dan salah seorang kawan dari 4 orang ini iaitu Lorenzo (watak utama cerita ini). Malah 2 sahabat yang dituduh pun tak tahu. Kejiranan mereka juga tak tahu sehingga ada yang mengutuk peguam ini yang sanggup menjadi pendakwaraya dalam kes ini.
Dia menulis skrip soalan2 dan seorang peguam tua dan kaki mabuk di pekan mereka dipanggil untuk menjadi peguambela 2 tertuduh ini. Tugas peguambela ini hanya membaca saja skrip yang telah disediakan.
yang paling berat untuk menyediakan alibi dan hendak membuktikan yang mereka tidak membunuhnya.
Konspirasi ini berjaya apabila 'saksi' ini muncul dan mengaku bahawa pada malam kejadian, 2 anak muda ini bersamanya menonton sebuah permainan dan bukan berada di bar tersebut. Siapa saksi ini?
aku suka semangat setiakawan ini. paling best Dustin Hoffman jadi peguambela tua mabuk. haha! DeNiro cool jadi paderi. Kevin Bacon macam cilake jadi warden yang cukup jahat sampai aku benci dengan lakonannya yang jahat sungguh!
lain2:- Jason patrick, Brad Pitt, Billy Crudup dan awek Minnie Driver..
Diadaptasi dari novel Lorenzo Cartacarerra (watak utama cerita ni). walaupun kerajaan menyangkal cerita ini tetapi Lorenzo mempertahankan kebenaran ceritanya. Bagaimanapun menurutnya nama dan tempat dalam novelnya telah diubah.

Saturday, November 14, 2009
kamu sesat aku betul, kamu wahabi, aku nabi..dia babi!
Umat Islam akan ada 73 firqah, yang sampai hanya 1 firqah, beribu2 Aulia, yang sampai hanya 30 saja. (haha! Dah macam lagu Hud-hud).
Jadi timbullah label melabel yang tu sesat yang ni barat. akulah golongan yang sampai. Ada Syiah mengaku sampai, Sunnah Wal Jamaah perjalanan benar mengikut Rasulullah dan jamaah, Muktazilah, Qadariah dan tarekat-tarekat lain seperti Naqsyabandiah, Ahmadiyyah, Qadiani, Syattariyyah.
Di Malaysia ada PAS, ABIM, Sister in Islam, Tabligh, Al Arqam, Hadhari, Pusat Islam bertindik, Jakim dan macam2 lagi. Kalau durian tu, ada D26, D13 dan macam2 lagi. Islam macam kat pasar malam- masing2 kata dia punya betul.
SELALUNYA ORANG YANG RASA BERKUASA SAJA AKAN MELABELKAN PUAK LAIN SESAT.
Hamzah fansuri dilabel sesat dan dibakar kitabnya oleh gurunya sendiri Syeikh Nuruddin ar Raniri kerana kemalasan gurunya berlapang dada dan hagas. Ibnu Arabi juga dilabel sesat oleh ulama muktabar yang lain .
"kias fansuri madah bersari
kias fansuri lembah yang sepi
kias fansuri mawar berduri
kias fansuri
langit yang tinggi
Kita menerima Al Arqam sesat selepas pengasas dan pengikutnya diISAkan. Ustaz Ibrahim Libya dilabel sesat, PAS dituduh sesat dan dia pun tuduh Umno sesat. Asal kegiatan tu ada hubungkait dengan politik, ia akan menghadapi masalah. Setakat ini jemaah Tabligh masih selamat kerana mereka tidak berminat dengan politik. Al Arqam dibunuh selepas Ustaz Ashaari dikatakan merancang mengambil alih kerajaan.
Aku pernah bergaul dengan puak2 ni. Dilihat pengikut Arqam lebih mesra rakyat dan tidak memandang orang lain dengan mata yang sombong. Mereka boleh berbual mesra dengan wanita tak bertudung dalam urusan dakwah dan bisnes. Tak macam sesetengah pengikut "durian islam gred lain'. Pandang pun sipi. salam pun dengan jemaah sendiri, kita cakap dia pandang kat lain. Hampughaih!!
Hari ini sibuk pasal orang itu Wahabi, orang ini Syiah!
Yang tak tahu pasal Wahabi pun turut memuncungkan mulut bercerita. apa dan siapa wahabi? Muhammad bin Abdul Wahab ni sapa? Syiah MENATANG JADAH apa?
Ayatollah Khomeini pernah berkata sama ada kamu Syiah atau Sunnah wal Jamaah, bersatulah!
Apa Islam sebenarnya atau 'agama' itu apa?
Kalau kata Islam, perkara pertama sekali ialah mengenal Allah (Awaluddin Makrifatullah). Bagaimana hendak bicara tentang Islam sedang asal-usul kejadian diri zahir batin sendiri tak mampu dikupas? Di mana yang dikatakan insan dengan penciptanya amat hampir? Yang mana Allah, Muhammad, Adam atau Insan? Kita duduk di mana?
Sudahkah memahami syariat, tarekat, hakikat dan makrifat mahupun mendaki tingkat2 nafsu martabat 7? Menguasai Fiqh, Usuluddin, Tauhid dan Tassawuf?
Sebok persoalkan amal ibadat orang lain..
kamu sembahyang tak betul, ruku' tak sempurna, baca salah tajwid, macam bebudak Melayu nyanyi lagu Inggeris dalam Akademi Fantasia, juri2 kata "Brush your diction, sound like you eat your word!'..ceh!
Singkap sirah Nabi- dakwah, kuliah dimulakan secara berkelompok dan sembunyi-sembunyi. Hari ni tak boleh, sebab takde tauliah! Peh! Muhammad dulu tauliah apa?
Aqidah dan tauhid dibaja sehingga kukuh dan padu, mengesakan Tuhan, tak tunduk dengan tuhan manusia walaupun kena seksa ISA seperti Bilal bin Rabah. Berperang walau hanya 313 orang mampu menewaskan 1000 musuh kerana tauhid dan aqidah kemas. Bukan kerana ekonomi kuat.
Perintah wajib solat hanya muncul selepas isra'mikraj, tahun ke 13 kerasulan. Dalam soalan kubur masih belum ditanya pasal solat kerana perkara paling penting 'mengenal'.
Apa soalan kubur yang selalu kita dengar talqin itu?
Ada tak "siapa saudara kamu?" ..marilah kita kasih mengasihi..
Allah tak hukum manusia tetapi manusialah menghukum dirinya sendiri kerana dirinyalah yang menzalimi diri sendiri. Peristiwa Muhammad mikraj ada menunjukkan manusia memotong liahnya sendiri atau membakar dirinya kerana kesalahan yang dilakukannya. Mana Allah? Bukankah manusia sendiri menghukum dirinya sendiri..kerana melanggar hukum yang telah digariskan. hukum karma!
Aku kalau orang sebok dok kata orang tu sesat orang ni takde aqidah memang aku jentik hidung dia. Jaga diri dulu.
"jika kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi, kuharap kau memahami keadaanku, dan mungkin kau ingin bersamaku, bersama bermimpi dalam kenyataan yang satu!

Thursday, November 12, 2009
part 2 graduan kakilima..(Tuhan bersuara)
Alkisah cetera ini bersambung lagi..
Aku duduk di birai katil berbual dengan Sham sambil memerhatikan Annisa. Seorang lelaki berumur dengan isterinya menghampiri. Barangkali dia melawat cucunya. Dia bertanyakan aku kenapa anak aku begini dan kenapa cacat begitu?
Aku jawab acuh tak acuh. Letih dengan soalan ini!
"Barangkali anak ini kenan. Saka kot! Dulu sepupu saya punya anak..pot..pet..pot..pet!" bebel sang isteri. Aku hormat orang tua dan kawasan sekitar. kalau tidak....
Ini cerita benar. Tak lama berselang seorang aci (India tua) datang. Dia tak banyak cakap. Menggeleng-gelengkan kepala sambil berkata," Adik jangan risau! banyak-banyak sembahyang ingat sama Tuhan kasi ini anak baik. Saya mesti pergi kuil kasi tolong sembahyang!". Dia memegang kaki Annisa dan berdoa dalam bahasanya. Keadaan ini sama pernah berlaku sewaktu aku pergi mencari rumah penjagaan kanak2 cacat untuk mengikuti kelas fisioterapi. Kebanyakan sukarelawannya bukan Islam dan ada seorang lelaki Cina kristian berdoa untuk Annisa.
Petang, boss dan second boss dari Pahang datang melawat. Boss amat faham dan membenarkan aku bercuti sehingga semuanya sudah selesai. Second boss hulurkan sedekah RM50 sama seperti kawan2 yang lain jika datang ziarah. Boss tak sedekah pun sebaliknya dia meletakkan tangannya di belakang badan Annisa. Matanya pejam dan bibirnya terkumat-kamit.
"Saya hanya mahu memegang tubuh seorang wali Allah!" katanya mengikut persepsi atau tafsiran versinya.
4.30 petang
Annisa batuk-batuk tanpa henti. Ia berlarutan sehingga jam 4 pagi. bayangkan batuk tanpa henti selama dua belas jam?
Doktor on call datang memeriksa suhu badan, memeriksa anggota tubuh yang lain. Kemudiannya aku terdengar doktor wanita ini mengeluh perlahan,"Apasal ha?"..dia kebingungan. Doktor pun tak tahu apatah lagi kami.
Aku kemudiannya duduk. Memejam mata. Aku bertanya pada Tuhan apa sebab Annisa begitu dan tolonglah beri penyelesaian. Akalku seolah-olah berkata annisa mungkin terganggu tekaknya disebabkan tiub yang dipasang di hidung melalui tekak terus ke perut itu.aku menyuruh Doktor mencabutnya dan .... benar! Annisa boleh tidur dengan nyenyak kemudiannya.
Aku dapat pelajaran hari itu yang kita boleh berkomunikasi terus tanpa sempadan dengan Tuhan jika kita benar2 ikhlas, menunduk mengakui kebesaranNya dan pasrah. Aku masih ingat suara itu..

Graduan kaki lima
kalau korang lihat di profile aku, aku tulis aku ada ijazah Universiti Kakilima Land, itu self-proclaim..haha! aku sebenarnya masih student yang selalu kantoi dalam exam "survival" dan "hidup". Masih menuntut jurusan "kehidupan". Aku akan sesekali menulis catatan peribadi seperti ini untuk syok sendiri. Kalau kalian tak suka, takpe.
Hari-hari sewaktu Annisa sakit dan sering berulang-alik setiap bulan dari K.Lipis- Hospital Universiti adalah mimpi ngeri. Setiap bulan dia akan dimasukkan ke wad selama tiga hari untuk menjalani pemeriksaan. Darah diambil. Sham sangat prihatin. Dia akan mencatat apa tujuan darah diambil dan pernah sekali darah nak diambil dan apabila ditanya untuk apa, Dr beritahu untuk melakukan satu ujian yang sebenarnya dah pun dibuat bulan sebelumnya. Kalau tidak, kesakitanlah Annisa dicucuk.
Satu ketika kami pergi untuk memenuhi temujanji, Dr menyatakan Annisa disyaki menghidap Mitochondrial disease (dah diterangkan sebelumnya). Tiba2 mereka buat Annisa macam dah tenat, diminta masuk wad untuk menjalani pembedahan. Memandangkan tubuhnya kurus, Dr perlu mengatur diet agar berat badannya naik dan boleh melakukan pembedahan. Aku rasa macam dipanah petir. Berkampunglah kami di Hospital Universiti. Aku dah tak ingatkan kerja-kerja aku lagi. 3 minggu aku tak balik Pahang. Sham yang sedang mengandungkan An-Nur menjaga Annisa pada waktu siang dan aku mengambil tugas malam. Kerja aku hanya duduk di kerusi memandang Annisa sehingga subuh. Seminit pun aku tak tidur. Hidungnya bertiub. Aku kena jaga kalau2 Annisa terbatuk2 aku akan pangku supaya dia tidak tersedak ataupun paru-parunya kejang. Ia amat mencemaskan. Waktu itu aku isi dengan menghadam buku "falsafah Al Qusyairy". Di sini aku banyak mendapat 'ilham' dan buku itu seakan berkongsi dengan perjalanan hidup aku waktu itu.
Subuh aku akan berjalan kaki ke restoran berdekatan. Sehingga suatu masa kos parking semakin tak mampu aku tanggung, aku diberi pinjam oleh abang ipar aku motor Jaguh dan kereta kuletakkan di rumahnya di Cheras. Apak dan Mak? Ahh..aku tak mahu beritahu mereka. Biarlah mereka yang sudah tua itu tidak mendengar berita-berita sedih.
Apabila Sham sudah sedikit gagah walaupun sedang sarat, aku malu pula dengan sister2 wad yang baik hati. Aku tak mahu tidur di wad sebaliknya kuperah throttle Jaguh ke mana saja aku suka. Membelah kotaraya- dari Kg.Baru ke dataran merdeka, tidur tepi jalan. Nyamuk gigit aku bangun, blah! Tepi federal hiway, baring. Stesyen minyak. Masjid tak boleh sebab berkunci. Rokok bersilih ganti..
kadang2 aku ke Sungai Buloh bersembang dengan Loloq (arwah) tentang hidup, peranan ikhtiar dan nasib, ketentuan dan kejadian insan. Arwah macam tutor aku.
Sementara itu Outcampus aku terbarai. Pensyarah2 terkejut dan menelefonku supaya sambung semula pelajaran. Buat ajelah assignment asal hantar mereka akan bantu tapi aku tak boleh buat. Nak minta kawan2 payung aku malu. Pensyarah tak boleh kata apa sekadar lemah mengucapkan selamat berjaya,"saya tak sangka awak yang selalu buat kelakar dalam kelas rupanya ada sesuatu yang perlu diharung, saya kagum!"..
Ah! Apa pilihannya?
Aku sedar akan hakikat kejadian insan dan aku tak sedih langsung. Ada jugak kawan2 aku datang melawat dan menangis tapi aku selalu berkata,"jangan menangis! Belum masa lagi nak menangis!"
Itu pelajaran pertama, kuiz yang pertama dan ujian yang pertama. Aku rasa aku lulus.
..dan motor Jaguh kuning itu membelah Kuala Lumpur menuju wad untuk menghadapi ujian esoknya!

Wednesday, November 11, 2009
terkulai di perut wanita..
sebelum tu, kartun terbaru aku di sini
Aku diperkenalkan oleh seseorang kepada sang ustaz ni. Beberapa tahun dulu waktu Annisa kecil dan sering keluar masuk wad di hospital Universiti, bapa kepada salah seorang pesakit kanak-kanak di situ menyuruh aku pergi mengubati anak aku dengan ustaz ini.
"Saya dulu kena migrain, ada ketulan darah di kepala. Bila di'scan' memang nampak. Ustaz ni ubati saya tapi dia nasihatkan selepas seminggu berubat saya dibenarkan scan untuk melihat hasilnya. Betullah, memang tiada lagi ketulan tu dan saya sudah tidak sakit kepala lagi". katanya.
Annisa disyaki menghidap Mitochondrial disease- sel yang menjana tenaganya tidak berfungsi. Muscle Biopsy dilakukan iaitu menggerudi paha Annisa dan diambil sel ototnya. Spesimen itu dibawa ke Australia untuk diselidiki benar atau tidak Annisa menghidapnya. (Sampai hari ni aku tak tahu keputusannya- tah ke mana hilang tak tahu). Ketika itu Annisa memakai tiub di hidungnya yang menyalurkan susu terus ke perut. Keadaan dia lemah dan tak mampu menyusu. Aku sendiri sampai pandai memasang tiub itu dengan memasukkannya melalui hidung hingga ke perut.
Selepas Profesor yang mengambil kes aku mengatakan tiada penawar penyakit ini dan punca bagaimana terjadinya tak diketahui. aku berkata yang aku akan cuba mencari alternatif.
"carilah walau ke langit ke 7 pun, tiada!" katanya.
"Sampai bila pula anak saya mesti pakai ryles tube ni?" tanya aku.
"Sampai bila2 dan kalau dia semakin lemah, kita akan tebuk perutnya!" jawabnya.
"takpelah! saya orang Islam dan saya yakin ada jalannya jika berikhtiar!" jawab aku.
Aku jumpa Ustaz ini. Depan mata aku, tanpa diberitahu Ustaz ini berkata,"Anak ini ada cecair dalam kepalanya, tenaganya tak boleh dijana kerana hempedunya kurang pahit sejak lahir, ada sedikit ketumbuhan kecil di jantungnya. Saya dah pulihkan. kilang air liurnya ada dua. Saya dah tutup satu. Ya! Bab air liur tu betul, selalunya air liur Annisa akan meleleh dan tak sampai 5 minit biasanya saputangan akan basah. Jam-jam tu jugak terus tiada lagi air liur mengalir.
Ustaz menyuruh aku mencabut saja tiub tu. Aku agak sangsi tetapi tiga bulan kemudian aku bertawakkal mencabut tiub itu dan melatih semula Annisa minum susu dan makan secara oral. Alhamdulillah, Annisa boleh sehingga hari ini.
2-3 tahun lepas aku terkejut melihat wajahnya terpampang di akhbar harian, bergari kerana didapati bersalah dan dihukum penjara- merogol pesakit!
Apa pun yang sebenarnya berlaku aku tak tahu- berkat usaha dia dan izin Allah, aku berterima kasih. Jika benar dia bikin itu, harap dia mempelajarinya di penjara!

Tuesday, November 10, 2009
hari ini 2 tahun dulu!
10 Nov 2007- detik bersejarah apabila rakyat bangkit menguningkan kotaraya menyatakan protes dan menuntut pilihanraya yang telus dan adil. Perhimpunan BERSIH mengajar kerajaan betapa kemaraan rakyat amat berbahaya. Strategi yang tersusun berjaya menewaskan mereka sehingga pihak keselamatan terpaksa menggunakan strategi lain untuk mematahkan demonstrasi2 selepas itu. Kami terperangkap di Masjid Jamek bersama 3000 yang lain apabila FRU menunggu betul2 depan pintu pagar dan menembak air mawar ke arah kami. Mereka terpaksa akur kegagalan membendung ribuan yang lainnya menghala ke istana.
Demo dalam klip di atas Januari 2008, di KLCC membantah kenaikan petrol 3 bulan selepas BERSIH.Pihak polis mematahkan awal2 lagi apabila tokoh2 dan aktivis2 ditangkap sebaik saja mereka sampai. (tumpukan perhatian anda pada minit ke 2:50- 3:15 tih tih tih!)
Jika anda menghadiri setiap demonstrasi selepas BERSIH anda akan perasan strategi yang mereka gunakan.
Demo anti PPSMI contohnya- mereka biarkan perarakan hampir sampai ke istana. Pasukan polis dan FRU yang menunggu di sana menembak gas dan cannister sehingga perarakan dipatahkan.
Demo Anti ISA Ogos 2009 juga mereka gunakan strategi menangkap awal2 muka-muka kaki demo tegar.
"HIDUP RAKYAT! HIDUP RAKYAT!"
Monday, November 9, 2009
kalau tak lawak bukan kulupsakah!
baru balik pekena teh di kedai mamak bersama isteri dan kawan2.
seorang pelayan (baru mari kot!) mengambil order. kami pun order makan dan minum. Sham bertanya;
"tambi, ini kedai ada WiFi ka?
Dia terkulat sekejap, mengangguk perlahan sebelum menjawab," Ada. Mau taruk telur ka tak mau?".
kah kah kah! Rasa nak berak aku ketawa..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
sambil makan dan minum, kami pun bersembang mengumpat gomen dan 1Malaysia. Aku memerhatikan gelas teh haliaku lama2.
"gelas ni memang 1Malaysia. ada bekas mulut melayu,cina.india,nepal,gurkha,myanmar, indon mahupun afrika. 1World!"
....selera Sham terbantu

Sunday, November 8, 2009
sikit punya gila!
Hari Jumaat hingga Ahad biasanya blog aku memang slow dan kurang pengunjung. Ceh! Nampak sangat korang ni banyak guna harta opis layari internet. Oleh kerana kepala hotak kita ni selalu dijerebukan dengan isu politik kebudak-budakan yang tak habeh-habeh mari kita rileks. Bosan dengan mereka. "Infantile!' kata pak Din rojak.
Lebih baik aku kenang gila-gila masa zaman aku bebudak, jangan bila dah besar jadi gila dan selalu diperbudak.. tengok di bawah dan kenangkan pula kegilaan korang dulu-dulu!
Kisah 1
Aku memang pandir sejak bebudak lagi. Bebudak genius memang camtu kot? (eheh!). Kecik2 aku cukup suka baju bareback yang aku pakai dalam gambar ni.
Satu ketika sewaktu berkunjung rumah Ayah Tua (arwah) yang ketika itu tinggal di berek polis dalam Balai Polis Cheras mak aku basuh baju ni dan jemur. Aku punyalah nak sangat pakai, menangis2 meronta2 nak jugak. Puas depa pujuk tapi aku degil dan menghentak2....akhirnya depa mengalah!
Aku terus diam dan berbangga memakai baju ni dalam keadaan basah dan menjejeh-jejeh!
Kisah 2
Entah apa mengigaunya subuh2 aku bangun nak gula-gula "Kiss Me". Pun bantai meraung2 sampai Mak Chor (isteri Ayah Tua) surrender. Terpaksalah Abang sepupu aku Abang Amin bawa aku ke kedai mamak di dalam berek tersebut dan mengetuk pintu kedai. mamak yang sedang tidur bersungut2 sebab terpaksa bangun buka kedai hanya kerana "Kiss Me" 10 sen.
Kisah 3
Masa darjah 6 aku dipaksa menyertai Musabaqah Bahagian Hafazan peringkat Daerah oleh Ustazah. Aku tak mahu kerana tiada kenderaan nak ke tempat berlangsung tapi Ustazah terus mendesak tanpa memahami masalah aku. Sewaktu latihan aku balun baguih2 sampai Ustazah kata "gerenti menang punya!'..
Hari pertandingan aku tak datang. kah kah kah!
Kisah 4
Masa Tingkatan 4 aku dan geng2 masuk muka depan Utusan Malaysia dengan tajuk headline "16 pelajar digantung sekolah- gara2 kehilangan sebuah kamera". Digantung sekolah. Masa tu tiap-tiap malam sebelum berita rtm mesti ada segmen keratan akhbar yang akan menceritakan berita di suratkhabar pada hari tersebut. Aku rosakkan tv supaya apak tak dapat menontonnya. Dan malam tu aku bantai tonton konsert Wings di funfair..yeah Rock!
Kisah 5
dah pernah ceritakan dulu. Waktu mula2 datang KL duit tak banyak tapi nak sangat tonton cerita Mat Som. Keluar panggung seluk saku hanya ada 10 sen..Maka aku berjalan kaki dari Coliseum ikut jalan TAR, tempuh Chow Kit, menyusur Jalan pahang ke Setapak, lalu Genting klang sampailah ke rumah Ayah Alang tempat aku menumpang tinggal di seksyen 4 Wangsa Maju. masa tu rasa tapak kaki dah sebesar dulang...
Rekod kedua jalan kaki dari Wisma MCA Ampang tonton konsert M.Nasir lewat tengah malam jalan kaki pulang ke Kampung Konggo bandar Tun Razak...dikejar anjing- aku kejar balik!
Kisah 6
Cuti semester kolej, balik kampung boring- kawan2 pergi kerja. Pagi-pagi dengan singlet, seluar track dan berselipar jepun aku keluar rumah berjalan kaki menuju pekan (3 km). sampai pekan nampak bas KL terus naik. Sampai Pekeliling, jalan kaki ke Yaohan The Mall beli suratkhabar. jalan kaki semula ambil bas balik kampung. Dari stesen bas kampung jalan kaki balik rumah..(apa daa!)
ni cerita bab gila..akan datang aku cerita bab orang buat sesuatu yang gila pada aku pulak!

Friday, November 6, 2009
menyingsing fajar perjuangan..
Sedih, pongah, sebak dan sebal, lucu dan tercekik apabila menghayati buku terbaru MENYINGSING FAJAR PERJUANGAN antologi sajak Dr. Nasir Hashim (Pengerusi Parti Sosialis Malaysia), ADUN Kota Damansara. Pengalaman perjuangannya terutama ketika merengkok dalam tahanan ISA sewaktu Ops Lalang 1987 dicurahkan dalam bentuk sajak. Ketika jiwa terhiris ngilu dan pedih di dalam sel gelap hancing, Dr.Nasir menghasilkan luahan-luahan tentang hidup, perjuangan, ketuhanan, kepada isteri dan anak, ibu dan ayah, keluhan terhadap abang dan lain-lain.
Aku hanya kenal Dr. Nasir 4-5 tahun dulu sewaktu terbaca iklan dalam Harakah tentang klinik perubatan akupunkturnya. Sham menghubungi Dr.Nasir dan membuat temujanji untuk anak-anak kami dirawat dengan kaedah akupunktur di apartmentnya yang terletak di Pandan Perdana.
Masuk ke dalam apartmentnya aku melihat lukisan-lukisan abstrak hasil tangannya yang tersendiri. Ada mesej kerohanian di sebalik palitan warna dan garisan. Ada juga terpampang lukisan karikatur tokoh-tokoh aktivis seperti Irene Fernandez, Sivarasa dan lain termasuklah dirinya oleh Rossem.
"Oh! Awak kenal mereka ye?" kata Dr. Nasir bila aku menyebut nama-nama dalam lukisan itu.
"Ye! Saya memang kaki lawan!" kata aku ghairah dan merasakan tentunya dia juga 'orang kita'.
Rupa-rupanya dia orang hebat. Aku menyelidik sendiri kemudiannya siapakah lelaki yang suka ketawa ini kerana haram tidak ada langsung keluar dari mulutnya apa-apa tentang perjuangan yang telah dia sertai. Dan dia mengenakan kos yang rendah untuk kami. Oleh kerana kedudukan kami agak jauh maka proses rawatan ini tidak berjalan lancar. Pertemuan seterusnya lebih baik kerana aku sudah kenal tokoh yang sering keluar masuk lokap kerana membela rakyat ini. Masalah setinggan, pekerja bawahan, buruh estet amat menyentuh hatinya dan menggamitnya untuk turun membela warga yang tertindas ini.
Dr.Nasir sering dilihat sederhana. Sehingga hari ini walaupun dah jadi YB, dia selesa berkemeja T kolar bulat, bercapal dan sangat 'down to earth'. Katanya dia belajar akupunktur dengan seorang tahanan cina sewaktu di Kamunting. Mereka bertukar ilmu. Aku tak ingat sama ada Dr.Nasir mengajar cina itu Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Kemudian beliau melanjutkan lagi pelajaran akupunkturnya selepas dibebaskan.
Pelancaran bukunya tempoh hari di Chinese Assembly Hall aku pergi. Aku buka meja dan jual Gedung Kartun. Di situ aku kenal anak-anak gadisnya yang cantik dan peramah. Ibu kepada anak-anak gadis ini yang dicoretkan di dalam antologinya sangat aku kenal dan sering juga kami bertukar pandangan. Seorang wanita yang tegas dan berprinsip.
Aku pernah berbincang dengan kawan2 reformis, yang sama-sama pernah bermandi air mawar meriam FRU, bahawa Dr.Nasir patut diberi 5 bintang kerana dia masih "Dr.Nasir" yang kami kenali sebelum jadi YB. Mudah dihubungi, tidak berjanji kosong, berterus-terang kalau tidak dapat menunaikan hajat dan masih mesra.
(ada ke kawan YB kita yang lain dah tak macam tu? hahaha! bukan aku kata, ramai kawan2 merungut ).
dan woii! Dapatkan bukunya!
(gambar buku akan diupload kemudian)

Thursday, November 5, 2009
politik gusti laga lembu
kecik2 dulu aku memang minat gile kat gusti. Oleh kerana rumah aku tak dapat channel 2 rtm sebab lokasi berdekatan bukit, maka bila ada wrestling je aku dengan apak bertandang ke rumah jiran. Kadang2 sampai ke rumah jiran cina. Hah! Apak aku memang disenangi jiran2 malah di kalangan jiran2 cina, apak paling popular sebab peramah. Aku tak boleh tanding keperamahan tu sampai sekarang. (woi cerita gustilah bukan membebel pasal lain..fokus pada tajuk)
Masa tingkatan 2 aku pernah dapat karangan terbaik Bahasa Melayu apabila cikgu suruh buat karangan "Sukan Yang Paling Saya Minati'. Aku bantai tulis pasal wrestling..hahaha!
mana tak baguih, aku bantai tulis pasal teknik-teknik gusti seperti clothesline, piledriver, DDT, legdrop mahu pun scorpion leg lock. Aku bongkar gelaran dan nama samaran seperti Junkyard Dog, Greg The Hammer Valentine atau Rowdy Roody Piper sampailah ke jenis permainan seperti "Loser leaves town", 'Loser lose-hair" dan macam-macam. sesetengah teknik ni dah pun aku cuba sendiri dengan sparring partner aku- Arip sepupu aku yang sama minat. Kami bikin talipinggang sendiri dan kami bertarung. Selalunya aku memilih untuk dibelasah dan bukan membelasah.
Sebab masa tu aku dah curi2 baca majalah wrestling versi Inggeris (nak harap bahasa melayu, beritanya lambat). aku memang gila gusti. Roddy Piper dan Bret Hit Man Hart idola aku. Dengan t-shirt "Hotrod", skirt Scotland dan pasukan pancaragam bermain bagpipe, Roddy Piper memang cool. Yeah! The real men wears skirt! Gila babinya aku suka. Bret Hart macho dengan suit black-pink dan kaca mata hitam. Diberi gelaran "Excellence of Execution', Bret Hart selalu lakukan gerakan2 teknikal luar jangka. High Risk Maneuver!...dan kunci kakinya yang diberi nama "Sharpshooter" menggerunkan musuh.
Sampai sekarang aku sesekali akan buka youtube dan tonton perlawanan2 klasik. Tapi la ni aku dah tak minat sebab gusti dah makin teruk dan hanya glamer saja. wanita dieksploitasikan dengan penampilan yang seksi ala model playboy. Aku geli (tak stimlah)
Sebenarnya gusti adalah gelanggang sarkis ala laga lembu. Di situlah falsafahpolitik diterjemahkan. Ada babak adu domba mencerca lawan, wanita menjadi mangsa (disebut valet), memburu gelaran dan kedudukan (apa sangatlah talipinggang ye tak?), lakonan melampau (overacting), over exaggrate (tokok tambah yang melampau), ada sorak dan maki hamun penyokong dan pembenci, pengadil yang berat sebelah tak nampak geng jahat mengelat (cineke), kadang2 musuh jadi kawan dan kawan jadi musuh. Malah dalam permainan "Battle Royal' iaitu beramai2 bertarung atas gelanggang dan mencampakkan lawan ke luar gelanggang sehingga yang paling akhir berada di atas gelanggang adalah simbolik permainan politik yang mementingkan diri sendiri sehingga sanggup melempar kawan seperjuangan. "everybody for himself'..
Yang kesian, pakcik makcik atau penyokong yang ternganga percaya bulat-bulat lakonan "penggusti-penggusti" politik tanahair!
Wednesday, November 4, 2009
ala la la latuk! jangan saman!
sebaik saja masuk simpang selepas petronas brikfil, aku ditahan sekumpulan polis berseragam. mereka meminta kad pengenalan dan lesen.
"ada apa ni ya?" tanyaku sambil mengeluarkan lesen dan ic.
"pemeriksaan biasa!" kata pegawai polis tu. dia memeriksa lesen aku dan kemudian bertanya,
" tengok road tax?".
untuk pengetahuan tuan/puan budiman, motor aku dah 5 tahun tak berodtek manakala sebuah keretaku dapat lesen agong (takde rodtek juga) sejak PRK Ijok dulu (alah..yang TS Khalid tewas tuu..). Ini aku lakukan kerana aku rasa membayar tol dan petrol yang mahal sudah melayakkan aku menggunakan jalanraya. tak perlu rodtex sebab dah banyak tax yang aku dah bayar. eleh, pak menteri tu bukannya bayar tol dan petrol pun..
"takde" jawabku. dia segera mengambil buku saman dan menulis sesuatu. "takde ke?"tanya dia lagi.
"tertinggal!" jawabku. mungkin dia faham tertinggal di rumah.maksud aku tertinggal dek zaman.
Pegawai ini bertanya kepada kawannya yang aku lihat seperti ketua kumpulan tersebut," kita tulis 'gagal pamerkan cukai jalan ye tak'?"
seorang pemuda india merayu , katanya lesennya tertinggal di pejabat yang tak jauh dari situ tetapi ketua berkata, "orang lain pun kena saman juga!".
Aku mula gatal tangan dan mengambil gambar dengan kamera henfonku. menderu ketua geng ni dan beberapa yang lain merapati aku.
"kau ni kang aku gari kang malu tau dak? kalau aku saman kau nanti kau mampu ke bayar?" kasar suara ketua ni.
"apasal?" kata aku. "aku cuma ambil gambar motor aku je!"
"mana?" tanya dia. Aku menunjukkan dua gambar yang aku sertakan ini.
"nasib baik! Aku takut kau ambil gambar kitorang ni!" kata dia.
"takut pasaipa?" tanya aku.
"takdelah takut! " kata dia.
"aku hormati korang jalankan tugas tapi tak payah ugut-ugut aku!" kata aku.
"kau yang ugut kitorang!" kata dia.
"aku akui aku salah......"
"ha! kalau salah ngaku jelah!" kasar lagi dia.
"tapi tak payah nak ugut gari ke nak saman aku! Aku tak takut! aku banyak kes saman. menteri pun aku saman!"
"kau kerja apa?" tanya yang seorang lagi. kasar juga. aku jawab profesion aku dan sepantas kilat dia tanya di mana pusat tempatku bertugas, mungkin dia ingat aku menipu dan akan tergagap menjawab. Apabila aku menjawab lancar mereka terdiam dan ke semuanya tidak mengendahkan aku lagi.
tinggal pegawai yang menulis buku saman saja dan seorang lagi yang aku lihat sangat muda. si muda ini cuba senyum pada aku dan aku membalas senyuman itu. Si penulis buku memulangkan dokumen aku dan cuba menghulur tangan untuk bersalam. Tapi aku seperti terlupa menyambutnya. Aku mengucapkan terima kasih kepada mereka semua tetapi mereka malas-malas nak layan...
hai! kelkatu pastilah tersangkut di sarang labah-labah tetapi tebuan bukan saja lepas, sarang pun rabak!

Monday, November 2, 2009
menyingkap wajah Iblis!
ramai pulak suke bila aku tuleh pasal hantu setan jin ni..dan banyak pulak permintaannya. Tapi aku tak mahu sebab bukan itu yang perlu diuar-uarkan. Hantu setan tak perlu diperbesar-besarkan hingga dia menjadi tuhan mengawal dan menakut2kan hidup kite. Dia makhluk tak sempurna jasad. Ada orang dah tua ganyut dan rajin beramal ibadat tapi masih gigil telur dengan hantu. Jangan! Kecuali kalau korang dapat kaitkan misteri ini sebagai satu lagi kehebatan Tuhan Yang Maha Agung! Itu saja..cukup!
Well. macamana rupa syaitan? Ada orang tanya aku dan aku dengan yakin menjawab macam muka kamulah! Setiap orang ada satu iblis, satu binatang, satu insan, satu tuhan, malaikat di dalam 'diri' batinnya.
Untuk menjelma syaitan terpaksa menumpang dalam diri manusia. Terzahirlah ia. Dia takde wajah khas untuk ditunjukkan. Perhatikan muka orang yang sedang marah. Matanya merah terbelalak, hidungnya kembang-kempis, dadanya membusung, giginya terkancing. Itulah rupa setan. Setan kamu. Muka setan terjelma juga jika seseorang sedang melayan menghayun meriam di atas perut sundal. Muka setan penuh nafsu terjelma di situ. Setan kamulah juga!
Itulah setan, jin dan iblis yang paling bahaya. Yang di dalam perut kamu!
Sejarah zaman berzaman sejak Adam hinggalah Muhammad, Jin, malaikat dan Iblis akan menjelma dengan merupakan diri seperti manusia kerana manusialah sebaik- kejadian walaupun cacat anggota tubuh dan akal. Mereka tak boleh atasi itu MELAINKAN kita merendahkan martabat insaniah kita lebih rendah dari binatang ternakan. Kerana tak KENAL DIRI!
Tiada pengaruh Iblis itu atas seseorang jika seseorang itu yakin ia tidak akan mampu ditewaskan oleh makhluk itu.
Khutbah wida' rasulullah SAW juga ada menyatakan bahawa Syaitan telah berputus asa menghasut manusia dalam hal-hal yang besar, maka dia akan cuba menjalankan jarum dalam hal-hal yang kecil.
Jin juga dijadikan oleh Allah SWT untuk beribadat kepadanya. Ia makhluk halus dan sukar dilihat. Akan tetapi ia sangat suka hendak berdamping dengan manusia. Berdamping dengannya bererti 'susah'..
Dalam sejarah dakwah Rasulullah SAW , baginda sangat kecewa apabila penduduk Taif menolak seruannya akan tetapi ditenteramkan Allah SWT dengan ayat yang menyuruhnya terus berdakwah kerana hidayah itu bukan urusan baginda sebaliknya adalah milik Allah. Kehampaan itu ditebus apabila dikatakan sekumpulan jin terpesona dengan seruan itu dan memeluk Islam.
Iblis dan syaitan tidaklah membahayakan dan memudaratkan kerana akhirnya diri kitalah juga yang menentukan arah kita. Syaitan hanya bisikkan 'bayangan' nikmat itu dan tak pun memaksa kita. Tiada pula dia menjanjikan apa-apa kepada kita. Itulah yang dia jelaskan kepada orang2 yang berdosa di Padang Mahsyar nanti.
Tak percaya? Rujuk Surah Ibrahim ayat 21 dan 22..
Sunday, November 1, 2009
Siri seram 2: X - Files! langsuir tersangkut di pohon rambutan
Aku bukan Tamar Jalis. Cuma masa awal 20an dulu ketika balik kampung cuti semester kolej, aku selalu jugak ikut kawan2ku pergi membantu Abang Zin mengubati pesakit-pesakit yang terkena sihir. Pehh! Macam Twillight Zone atau X-Files.
kes 1
Seorang wanita mengadu sering gelisah dan ketakutan apatah lagi suaminya (seorang pegawai polis berpangkat tinggi juga berubat sama kerana sering hilang ingatan. Setelah minum air, wanita ini ke bilik air kerana hendak kencing. Dia tak sedar tuala wanita yang dipakainya tercicir. Abang Zin menyuruh Lat, kawanku mengambilnya. Aku terkejut melihat ada paku pada pad tersebut. Sesudah paku diambil, Lat meletak semula pad di situ. Wanita itu kemudiannya tersipu2 mengambil semula pad sedangkan kami pura2 tak nampak
kes 2
Suaminya dimandikan air yang dibubuh daun limau purut. Aku sangka mamat ni nak ditomyamkan, bau cukup sedap. Sedang mandi, Abang Zin menyuruh kami meninjau tengah laman. Dan di tengah malam bersuluh lampu porch aku dapat lihat dengan jelas beribu-ribu pelesit gugur ke bumi.
kes 3
Malam esoknya aku tak datang. Pegawai polis ni diubati lagi. Kali ini kata kawan aku,"Betul Lup! Nasib baik kau tak datang. Langsuir tersangkut kat pokok rambutan tu. Menjerit2! Hisy! Seram!" kataLat.
kes 4
Seorang lelaki mengaku disihir. Setelah ditelek didapati bekas teman wanitanya yang menyihirkannya. Abang Zin menyuruh mamat ni ingat semula apakah harta miliknya yang pernah diberikan kepada bekas teman wanitanya dulu. Setelah lama berkerut, dia kemudiannya teringat yang dia pernah memberikan tali lehernya. Dan zusssssssssss!!! Sekali lagi Lat disuruh meninjau ke tengah laman. Lat masuk memegang tali leher yang dijumpainya di tengah laman.
"Ya betul! Tulah neck-tie saya". kata mamat ni.
Itulah antara peristiwa yang aku pernah lihat selain beberapa lagi yang lebih gila. Ternyata manusia yang zalim saja sanggup berkonspirasi dengan jin atau iblis untuk menjahanamkan saudaranya sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)