Friday, November 27, 2009

qurban macam majnun!

Selesai memberi salam, aku bangun dan ke tandas. Tak tahan nak kencing. Keluar tandas hendak menuju ke saf semula langkahku terhenti. Jidin si bodoh kampung yang duduk di tepi tandas masjid membebel-bebel sendiri.

"Kenapa Long?" tanyaku. Long adalah panggilan manjanya di kampung kami. Jidin, hampir 50 tahun usianya agak bodoh2 alang orangnya. Namun dia adalah sebahagian dari warga desa kami yang tak pernah ketinggalan menyertai kegiatan2 desa. Kenduri kahwin adalah dia, jamuan masjid malah qorban tumbang lembu pasti dia jadi orang penting.

"khutbah raya haji ni dari Long kecik sampai hari ni dok camtu gak!" dia bersungut2 lagi. "Asyik bernostalgia kehebatan pengorbanan ibrahim nak sembelih ismail je..cemuih kawan!"

tiba2 aku tak nampak kebodohalangan dia. "Habis nak cerita apa lagi? " aku memancing.

"kenapa tak kaitkan gilanya pengorbanan tu pada kita? Cerita pasal dia je..tapi tak boleh nak selam!". "kenapa anak yang Allah minta dikorbankan? Sebab itulah harta yang paling disayang. Berapa lama ibrahim nak dapat anak? Alih2 disuruh sembelih. Dan betapa gilanya ismail sanggup disembelih. Gila juga Siti Hajar meninggalkan ismail di tengah panas padang pasir yang bahaya itu dengan ancaman binatang buas atau ribut pasir. kenapa mereka gila?"

"gila?" aku tak faham.

"orang yang kasih dan cintakan tuhan mestilah sampai ke tahap majnun! macam orang sedang bercinta dengan kekasihnya. kan gila? Berani kau pergi kerja mencari rezeki meninggalkan anak di rumah keseorangan seperti Siti Hajar?

"err..dia lain Long!"

"apa bezanya? Bezanya sebab kau tak bertawakal sampai tahap gila. keyakinan kau dengan perlindungan Allah rapuh. Allah uji sikit je dah tak sanggup. Lihat Ibrahim dan ismail sanggup berkorban kerana cinta mereka pada tuhan sampai ke tahap gila."

"mereka nabi, kita bukan!" kata aku.

"habis kita nak ikut sapa kalau bukan nabi? ikut babi? kau ingat tuhan zalim ka? dia cuma nak test je. bila dilihat mereka sanggup hadapi ujian gila ni, tuhan gantikan seekor kibas. itu ganjarannya. soalnya sekarang kite lemah dan tak yakin!"

aku tertanya2 sejak bila Jidin pulih dari sewelnya. Butir bicaranya petah tanpa tersekat.

"ni ibadah qurban yang kita buat ni kau tengok..ada lembu yang disedekah oleh YB sebab itu hari tok imam mohon . kata tok imam, mintaklah nak sekor lembu untuk dibagi pada orang kampung. Apahalnya ni? kenapa ibadah qurban sampai nak minta subsidi? kalau ramai2 tak mampu korbankan harta untuk korban, jangan buat! bukan sampai menagih2..raya haji bukan pesta makan nak mentedarah daging sembelih. ia ibadah korban yang ikhlas!"

aku berdesing jugak bila dia kata: Pasaipa tak cukup duit nak beli lembu? Rokok aku tengok masing2 kotak besar hari2 tak putus. Sebulan berapa ringgit tu? Hampughaih! beli lembu pun tak sanggup, belum suruh berperang!

"Sahabat2 dulu kalau hidup zaman ni mesti dicop gila. Apa taknya, masing2 berlumba untuk mengorbankan harta dan jiwa untuk Allah. Osman yang kaya tu habis hartanya dibelanjakan tapi Allah ganti balik. Sebab dia yakin. Rasulullah tanya Abu Bakr apa lagi yang kau tinggal apabila dia tengok Abu Bakr sampai tinggal sehelai sepinggang. Abu Bakr jawab aku hanya tinggal Allah dan Rasulnya! Gila tak?"

"kalau kau sedekah 10 ribu dan kau kata sangat ikhlas sedangkan kau masih ada 10 juta, itu tak hebat. Cuba kau sedekah 10 juta dan hanya tinggalkan 10 ribu untuk kau, sanggup?". "Itulah gila namanya tapi itulah yang dilakukan oleh sahabat."

Aku terasa semput. Jidin terus membebel sampai aku tak dengar buah butirnya. Khutbah raya dia meninggalkan kesan berbanding duduk di saf tadi..

9 comments:

joegrimjow said...

stuju
kite ni xperlu nak berpesta sngt masa raya korban ni
sbbnya bukan tu yg agama ajar

j4l4k said...

Memang patut Jidin bersungut...

reformasi said...

khutbah raya jidin tu memang class
boleh kita jemput dia bagi tazkirah ke kuliah jumaat ke...
tapi ada tauliah ke dia tu?
nanti tak pasal2 kena tangkap

aku said...

jidin sisufi gila..
bleh kot ajak gua g jumpa dia..

AnakSemuaBangsa said...

kasih sejati dan mulia darjat itu dinilai dari pengorbanan extrem hambanya kepada penciptanya..
Apakah P.long jidin benar2 gila.. persoalan bagi mereka mahu berfikir akan kebenaran.. Apa2 pun, itulah kebesaran Allah, Khutbah raya P.long Jidin meninggalkan kesan kpd org yg tidak gila..
subahannallah..

kelembai said...

aku makin suka cerita dan tulisan hang cik kulup..

Guru said...

assalammualaikum

salam ziarah

Term Papers said...

Great tips! This would prove to be very useful. Thanks a lot for posting this.

Term Papers said...

Really good standpoint here, I never heard about more or less of points above. Thanks for this great article.

Term Paper Writing Services