Thursday, November 12, 2009

Graduan kaki lima

kalau korang lihat di profile aku, aku tulis aku ada ijazah Universiti Kakilima Land, itu self-proclaim..haha! aku sebenarnya masih student yang selalu kantoi dalam exam "survival" dan "hidup". Masih menuntut jurusan "kehidupan". Aku akan sesekali menulis catatan peribadi seperti ini untuk syok sendiri. Kalau kalian tak suka, takpe.

Hari-hari sewaktu Annisa sakit dan sering berulang-alik setiap bulan dari K.Lipis- Hospital Universiti adalah mimpi ngeri. Setiap bulan dia akan dimasukkan ke wad selama tiga hari untuk menjalani pemeriksaan. Darah diambil. Sham sangat prihatin. Dia akan mencatat apa tujuan darah diambil dan pernah sekali darah nak diambil dan apabila ditanya untuk apa, Dr beritahu untuk melakukan satu ujian yang sebenarnya dah pun dibuat bulan sebelumnya. Kalau tidak, kesakitanlah Annisa dicucuk.

Satu ketika kami pergi untuk memenuhi temujanji, Dr menyatakan Annisa disyaki menghidap Mitochondrial disease (dah diterangkan sebelumnya). Tiba2 mereka buat Annisa macam dah tenat, diminta masuk wad untuk menjalani pembedahan. Memandangkan tubuhnya kurus, Dr perlu mengatur diet agar berat badannya naik dan boleh melakukan pembedahan. Aku rasa macam dipanah petir. Berkampunglah kami di Hospital Universiti. Aku dah tak ingatkan kerja-kerja aku lagi. 3 minggu aku tak balik Pahang. Sham yang sedang mengandungkan An-Nur menjaga Annisa pada waktu siang dan aku mengambil tugas malam. Kerja aku hanya duduk di kerusi memandang Annisa sehingga subuh. Seminit pun aku tak tidur. Hidungnya bertiub. Aku kena jaga kalau2 Annisa terbatuk2 aku akan pangku supaya dia tidak tersedak ataupun paru-parunya kejang. Ia amat mencemaskan. Waktu itu aku isi dengan menghadam buku "falsafah Al Qusyairy". Di sini aku banyak mendapat 'ilham' dan buku itu seakan berkongsi dengan perjalanan hidup aku waktu itu.

Subuh aku akan berjalan kaki ke restoran berdekatan. Sehingga suatu masa kos parking semakin tak mampu aku tanggung, aku diberi pinjam oleh abang ipar aku motor Jaguh dan kereta kuletakkan di rumahnya di Cheras. Apak dan Mak? Ahh..aku tak mahu beritahu mereka. Biarlah mereka yang sudah tua itu tidak mendengar berita-berita sedih.

Apabila Sham sudah sedikit gagah walaupun sedang sarat, aku malu pula dengan sister2 wad yang baik hati. Aku tak mahu tidur di wad sebaliknya kuperah throttle Jaguh ke mana saja aku suka. Membelah kotaraya- dari Kg.Baru ke dataran merdeka, tidur tepi jalan. Nyamuk gigit aku bangun, blah! Tepi federal hiway, baring. Stesyen minyak. Masjid tak boleh sebab berkunci. Rokok bersilih ganti..
kadang2 aku ke Sungai Buloh bersembang dengan Loloq (arwah) tentang hidup, peranan ikhtiar dan nasib, ketentuan dan kejadian insan. Arwah macam tutor aku.
Sementara itu Outcampus aku terbarai. Pensyarah2 terkejut dan menelefonku supaya sambung semula pelajaran. Buat ajelah assignment asal hantar mereka akan bantu tapi aku tak boleh buat. Nak minta kawan2 payung aku malu. Pensyarah tak boleh kata apa sekadar lemah mengucapkan selamat berjaya,"saya tak sangka awak yang selalu buat kelakar dalam kelas rupanya ada sesuatu yang perlu diharung, saya kagum!"..
Ah! Apa pilihannya?
Aku sedar akan hakikat kejadian insan dan aku tak sedih langsung. Ada jugak kawan2 aku datang melawat dan menangis tapi aku selalu berkata,"jangan menangis! Belum masa lagi nak menangis!"
Itu pelajaran pertama, kuiz yang pertama dan ujian yang pertama. Aku rasa aku lulus.

..dan motor Jaguh kuning itu membelah Kuala Lumpur menuju wad untuk menghadapi ujian esoknya!

8 comments:

Webmaster@Echam said...

Lup,
Hebat dugaan ko tapi lagi hebat kesabaran ko.

Anonymous said...

bro, aku pun ada ujian yang besar hingga hidup aku pun macam musnah, tapi skg aku tengah bangkit balik, kau terima ujian yang besar sesuai dengan kau, aku terima ujian yang besar jugak sesuai dengan aku, tapi cerita kita hampir sama, aku sedang bangkit kembali, untuk buktikan kepada anjing-anjing yang menyalak bahawa aku ada sesuatu dan sesuatu itu berharga dan bernilai berbanding apa yang mereka ada.

kulupSakah said...

web,
kecik je dugaan tu berbanding tokoh2 hebat tapi terlalu besar utk org sekecil aku.

anon,
ye, tahniah dan bangkit!
biarkan mereka menyalak..kite bangkit utk diri kita bukan mereka

daLyaanoon said...

gua rasa macam ada sambungannya...gua tunggu!

aku said...

apa kabar kakak dan adik?
lama gua tak jenguk ahli syurga ni..

roslaini saad said...

Tuan Kulup...harap terus tabah meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam kehidupan ini...Ijazahnya akan Allah kurniakan di akhirat kelak...doa untuk adik dan kakak semoga sihat dan kuat seperti kanak-kanak lain.

b.tan said...

salam,
brader kita hidup ni dengan izin illahi, aku gembira kerana adanya lelaki seperti lu yang sanggup menjadi ayah walau payah.
selamat untuk adik dan kakak.
wassalamu.

Merbau (Intsia plamebanica) said...

salam..
setiap ujian yang diberikan Allah s.w.t pasti ada hikmahnya.
manusia hanya mampu merancang tapi bukan kita yang tentukan.
semoga saudara tabah menghadapi ujian ini..