Monday, December 14, 2009

selamat tinggal KJ...


kartunis dan karyawan Perak Darul Kartun bersama Azmin Ali, Ir Nizar, Amir Shari


1 pagi: Isnin, sampai di rumah selepas penat promosi buku PERAK DARUL KARTUN, Sham terperanjat ada sesuatu yang kecil melompat-lompat di bilik air.

"Bang! Rosmah lari bang!" Jerit Sham. Dia kemudiannya pantas menangkap ikan puyu tersebut dan memasukkan semula ke dalam balang. Pelik juga bagaimana Rosmah boleh lompat dari balang yang kuletakkan depan pintu masuk rumah dan ditemui di bilik air yang agak jauh. Sepatutnya ada tiga ekor puyu tetapi selepas memasukkan Rosmah ke dalam balang, hanya Najib saja tinggal di dalam. KJ juga hilang. Pukul berapa mereka lompat aku tak tahu. Aku, Sham dan Bibik mencari KJ dan akhirnya aku temui di bawah sinki dapur tak bernyawa lagi. Semut menghurung badannya.
Al Fatihah KJ...
Begitulah kami. Walaupun tinggal di tingkat 8 apartment tapi kampung tetap kampung. Aku bela ikan puyu dan di pasu depan koridor rumah aku ada pokok kunyit, daun pandan, daun kari, pegaga dan macam-macam lagi. Bibik dah semai betik pulak.

* KJ juga salah satu watak perompak (Kutu Jebon) karya aku dalam buku "Perak Darul Kartun"

===============================================================

Sewaktu turun dari apartment nak keluar rumah, aku terserempak dengan Hafiz, anak jiran yang ayahnya kawanku- baru meninggal dunia pada hari kedua Raya Korban haritu. Aku sedikit sebak melihat anak muda 16 tahun ini betapa dia memikul tanggungjawab untuk adik-adiknya yang masih kecil. Aku cuba mengelak bercakap dengannya sebab entah kenapa aku rasa sangat sedih. Ajal maut adalah rahsia empunya roh. Yang pergi tetap pergi. Aku entah kenapa terlalu kesian kepadanya.

" Tapi awak kena fikir kalau suatu hari nanti awak sama bini awak mati siapa mahu jaga anak awak?" tanya aci kedai buku yang aku kenali dulu. Pertanyaan ini selalu diajukan kepadaku oleh sesiapa saja. Mereka merujuk dua anak aku yang cacat tak mampu uruskan diri itu.

" kalau tiada siapa mahu jaga anak saya nanti, mereka akan mati kelaparan dan Allah akan menjemput mereka ke syurga di mana tempat itu memang dah lama menjadi miliknya. Saya tak risau!" Itu selalu jawapanku. Betul aku tak pernah bimbangkan itu.

Sebab aku sangat yakin!

14 comments:

uncle gedek said...

"Ajal maut adalah rahsia empunya roh" gua suka ayat ni...

sang kegelapan said...

Dan akhirnya..tinggal la najib dengan rosmah..semoga mereka berbahagis sampai ke akhir hayat hendaknya..heheh..dan bro kulup..gua respek sama lu!

Roti Kacang Merah said...

ekhem. tumpang bangga, gambar yang kita adobephotoshopkan terpilih untuk diletak dalam blog tersohor malaya. kembang kembang kembangggg

kulupSakah said...

gedek!
timakasih datang!

sangkegelapan,
wa caya lu

rKM,
sori, lupe nk kredit nama...blog tersohor? wauu...MSK mesti gentar

Anonymous said...

dik, ada 2 penghuni syurga di rumahmu. bertuahnya...
kak nor

daLyaanoon said...

tahniah konco atas pelancaran PDK.
yang menjadi musykil, siapa mahu jadi pengerusi penaja BAKSO?

abgBro said...

tak tercapai dek akal ku hikmah perancangan Tuan punye dunia dan akhirat...

namun syurga jua yg ku idamkan...:)

AnakSemuaBangsa said...

bro..jgn ckp cam 2..sedehh..arr..
semua kejadian yg maha Esa ada hikmahnya dan setiap yg hidup sudah ditakdirkan rezekinya...

Guru said...

assalammualaikum

janganlah mengelak bercakap/menegur hafiz...
bertanya khabar, dan berkongsi rasa adalah lebih baik..
dengan cara itu kesedihan kita pun mungkin berkurang..
kerana saya pernah terbaca, satu cara menghilangkan kesedihan semasa kita bersedih ialah dengan menggembirakan orang lain..

Anonymous said...

Bro...

Samalah kes hang dengan aku kat AU5 hari tu... aku nampak hang jenguk Sham dengan anak hang kat tepi pagar tu... patutnya aku datang, bagi salam dan tanya khabar... tapi bila sampai kat anak bro... apa aku nak cakapkan... jadi aku tengok kat jauh je...

Sory...

D'ayo

neslo said...

tahniah bro atas pelancaran PDk..

Term Papers said...

Thanks for posting this, was exactly what I was looking for, thanks.

daniel john said...

I must say that overall I am really impressed with this blog.It is easy to see that you are passionate about your writing. If only I had your writing ability I look forward to more updates and will be returning.

College Research Papers

Unknown said...

Substantially, the post is really the greatest on this valuable topic. I agree with your conclusions and will thirstily look forward to your future updates.

College Term Papers