Sunday, July 25, 2010

universiti kaki lima

Blog ini ditukar sedikit penulisannya dengan tajuk KulupSakah graduan universiti kaki lima yang akan menceritakan kisah manusia yang aku temui sepanjang berada di kafe Uk5 kami. Harap korang suka.

Uk5 kafe (Pyanhabib marah- katanya kalau mahu guna perkataan 'kafe' harus ditulis "Kafe Uk5" kerana kalau Bahasa Inggeris baharulah jadi UK5 cafe) dibuka dalam keadaan modal yang sangat cukup-cukup apa yang ada. Perniagaannya sederhana, maklumlah Restoran mamak di depan kedai kami adalah pencabar yang terlalu gagah. Sukar orang kita nak yakin kedai makan Melayu yang biasanya akan dilabel servis yang lembap, makanan cincai dan macam-macam. Dalam keadaan bertatih kami teruskan juga. Ahad minggu lepas dibuka semula setelah hampir dua bulan tutup kerana kesihatan Annisa dan An-Nur tak stabil. Sudah tentulah mengumpul semula pelanggan yang hilang adalah kerja sukar. Alhamdulillah, pelanggan sudah mula sedar kafe ini dibuka semula. Aku suka memerhatikan kerenah manusia. Salah seorang pelangganku namanya aku tak tahu tapi aku gelarkan dia Mat Bahasa. Bukanlah kerana dia pejuang bahasa tetapi dia selalu menceritakan keberanian dia 'membahasakan' sesiapa saja yang cari pasal dengan dia. Bertubuh gempal dan berwajah garang memang seperti samseng.
"Sekali tu ada dua budak Cina kerja kompeni along kot sedang tampal sticker iklan along depan rumah saya. Saya tak kasi dia tampal tapi dia jawab dengan kurang ajar. Apalagi, saya bahasakan dia. Kalau mau gaduh mari cepat. Terus blah budak tu.'

Ketika lainnya ada cerita pasal membahasakan orang lain pula. " Restoran depan tu pernah saya lempar cawan sebab lambat. Saya bahasakan je taukeh tu. Menggelabah dia!"..
Dan bermacam-macam lagi. Selalunya mesti ada saja mangsa sergahannya.
Dua minggu dia tak datang kami tertanya-tanya ke mana menghilang dia. Apakah dia tak mahu minum di kafe kami lagi ? Adakah dia pergi ke kafe lain dan bercerita yang kami telah dibahasakannya pulak? Maklumlah dia asyik membahasakan sesipa saja. Betul tidak lain cerita.

Semalam dia datang juga. badannya sedikit susut dan agak kurang bermaya.
"Saya kena darah tinggi. Demam dua minggu tak bangun, lembik badan. Makan pun tak selera. Bagi saya air suam dan cekodok sajalah.'
Biasanya dia akan minum nescafe kow.....

aku gatal saja nak tanya, tapi tak jadi.."Kau tak bahasakan kat Tuhan ke sebab kasi kau sakit ni? Kurang ajar betul Tuhan ye tak, samseng pun dia tak kenal.."


(gambar di bawah ni bukan Mat Bahasa tapi silap-silap korang boleh jumpa dengan dia di dapur kafe aku sedang basuh pinggan)

10 comments:

ISA said...

Alamak... kalau time gua singgah kafe lu nanti.. dia bahasakan gua pulak...

ha..ha..ha...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ada kosong tak bro u tu

Anonymous said...

nak juga nyingah kat mana kafe ni?akak memang suka jalan jalan singgah makan,jangan tersinggah kat mulut sipakar bahasa ni udah le!he!..he!!.

Modern Talking said...

HEHEHE teringin plak aku nak dgr dia membahasakan Najib sbb naikkan harga gula, petrol dll :)

kulupSakah said...

Isa,
kau tak reti bahasakan? takpe...

brutal,
apa yang kosong?

anon,
kat mana kafe ni? cuba akak tengok alamat dia kat belah kanan tu..

modern talking,
ko datanglah wei..

C++ said...

Bhai LKS..

Kawan lu tue dier suka guna bahasa aper... Jawa, Melayu, Pattani, Siam, atau bahasa rojak @ gampang... hahaha

Gua... cuma guna ayat penyata jer... hahaha

Anonymous said...

Bhai...

Mat Bahasa tu dah sakit baru kau berani.. itu pun tak jadi....

D'ayo

Roti Kacang Merah said...

sabtu malam ahad itu hari (24 julai) di Malam Seni Tahan Tanpa Biacara @ Seksyen 7 Kota Damansara, ini saudara F-Ayam ada sama and jadi penari & penyanyi background utk Nik. cool habis!

benludin said...

pandai ke Nik basuh pinggan..

Modern Talking said...

InSyAllah ada masa nnt aku sampaiiii