Thursday, September 30, 2010

Masjid kajang,..

masjid Kajang 11.30 malam sewaktu menunggu seseorang. Datang seorang pemuda.
"Assalamualaikum kak, bang saya ni musafir nak cari kerja di Bangi. Saya ni ada masalah sakit jiwa, ada makan ubat. Mintalah kalau boleh bagi sedikit duit.'

"Kau dari mana?"

"Dari Kedah. Saya tidur sini sejak raya kedua lagi. Kadang-kadang buat kerja tolong-tolong kat masjid ni. Datok Ujang Bagong bagi juga upah."

Ceritanya berbelit-belit. Sekejap baru datang sekejap dah lama datang sejak lebih lima tahun dulu. Bukan kerana dia kaki tipu tapi memang ada masalah mental. Tak kisahlah kami pun tak mahu tanya banyak-banyak takut dia tertekan.


Solehin mengeluarkan sesuatu dari begnya.
Ubat penenang meredakan sakit jiwanya.
Dan dia menceritakan susur galur cerita yang tidak tersusun...kesian.. Orang macam dia memanglah sukar mendapat kepercayaan untuk bekerja di mana-mana.

itu cerita lain. Tapi aku puji pihak masjid jamek Kajang yang memberi ruang untuk musafir bermalam. Ruang masjid ini cukup tenang dan damai. Takdelah berkunci dan dimaki orang seperti yang diceritakan oleh kawan aku di masjid Ketari yang tidak berkunci dan tak membenarkan musafir melepas lelah seketika.

Tuesday, September 28, 2010

aji-sio dan aji nomoto

"mehlah duk dulu Lup, buat pe nak balik cepat!'
"Ntahnya. Mari duduk dulu."

Aku duduk.

"Apa cerita ni Lup? Keling makin kurang hajar sekarang. Orang kaya Melayu seperti Sosila dibunuh, dibakar dengan kejam. Keling sekarang dah berlebih ni!" kata aji nomoto.

"Moyang-moyang saya pun keling juga." kataku. Dia tersengih kerang.
"Kalau keling bunuh Melayu kita kata keling kurang ajar. kalau keling si Kugen mati dalam lokap diseksa kita kata padan muka keling jahat mati. Melayu bom awek Mongolia apa cerita? Melayu tembak melayu Aminulrashid sampai mati macamana?"
"Samalah macam Israel. Bila mereka diserang mereka kata pelampau Islam membunuh, bila mereka menyerang mereka kata mereka menyerang pengganas."

Aji sio menyampuk,"Lup! Semalam aku panggil budak-budak aku pergi bakar gerai Indon. Kurang hajar, bakar bendera kita tapi mencari rezeki kat sini. Habis hangus kami kerjakan."
Aku angguk malas nak lawan.

Kedua-dua ni kawan aku. Tua daripada aku dan kedua-duanya Haji. Sorang kuat menipu sorang tahapahapa.
Haaajiii kau tau?

Monday, September 27, 2010

dia tempat bermanja..


aku kenal Rose. Dia biasa berurusan dengan Sham. Perempuan Indon seksi ini kawan kami. Dia senang diajak bekerjasama membantu kami dan dia juga senang bercerita. Dia dengan rokok sempoernanya, cat hitam di kuku kaki dan berpakaian ketat mudah saja melayani lelaki yang ingin bermanja dengannya. Dia tak memilih kawan. Ramai yang terpikat dengannya.
Cinta? Mudah saja dia berikan kepada penagihnya. Sepenuh hati atau tidak aku tak pasti. Mungkin harga sebuah cinta terlalu murah baginya. Kalau ada lelaki yang separuh nyawa gilakannya pasti akan merana jika dia boleh datang dan pergi begitu saja.
"Saja main-main saja kak." ketawanya bila Sham menasihatinya.
"Kau jangan Rose. Tengok banyak kejadian bunuh sekarang. Akak takut satu hari nanti kepala kau bercerai dengan badan."
Dia ketawa sambil tangannya menaip sms kepada seorang guru lelaki Melayu yang amat meminatinya. Sebentar kemudian kekasihnya yang berbangsa Cina datang menjemputnya dengan kereta. Sesekali dia jumpa kekasih senegaranya yang pernah bersekedudukan dengannya suatu ketika dahulu. Setakat ini Cina itu yang steady, esok entahlah. Kata Rose dia sudah ada suami dan anak di Indon.
Apa yang dia cari sebenarnya?

Sunday, September 26, 2010

Sangat Penting Punya Olang..

hujung minggu banyaklah majlis jamuan hari raya di sana-sini. orang perseorangan, syarikat, parti dan sesiapa yang mampu akan buat rumah terbuka. ini budaya kotaraya meraikan hari raya selepas seminggu beraya di kampung. kalau berkesempatan aku akan pergi.
satu tempat yang aku paling tak suka masuk jika ke majlis begini ialah tempat khas 'VIP'. kat situ berlonggok YB, Datuk datin atau mereka yang perasan penting.
Apa perlunya tempat VIP? mungkin ada yang kata perlu tapi apa perlu sangatkah tempat VIP dalam sebuah majlis makan? keperluan mendesak apa?
kalau nak bersembang sesama VIP, masa lainlah. Kan selalu bermeeting atau berclubbing bersama? Luangkan masa bersama orang ramai. Sembang dengan kawan masa lain. Sangat berbesar hati rakyat terbanyak jika VIP sanggup makan semeja dan bersenda dengan mereka di khemah tanpa kasta. Rasulullah saw macam inilah. Baginda kelihatan 'tiada beza' dengan orang awam tetapi karisma tetap terserlah. Makan ambil sendiri seperti orang lain tak perlu dihidang dalam pinggan berbalut kain renda atau ada hidangan udang panjat daun. Hapuskan budaya membodek.
Aku pernah meminati tokoh-tokoh tertentu dan pernah menghadiri majlis-majlis begini semata-mata teruja akan kehadiran mereka. Tetapi selalunya hampa kerana melihat mereka dari jauh saja tak dapat dekat. Ada yang datang dari jauh.
Aku pernah juga tergolong dalam golongan yang diVIPkan. Berbaju batik berkasut kilat, dilayan hebat. Tapi aku rasa macam bukan aku. Getik. Macam bagus.
Kalau kita hargai rakyat, sayangi dan hargai mereka berilah perhatian. Wakil rakyat bukan tuan tetapi wakil penyampai suara rakyat. Kalau tidak, masa pilihanraya nanti janganlah duduk bersila di anjung rumah rakyat, mendukung bayi membodek rakyat atau memeluk nenek tua. Duduk saja dalam rumah VIP kamu.

Friday, September 24, 2010

Thursday, September 23, 2010

beraya di Libya

agak sukar berkomunikasi dengan Shahme. Walaupun dia pelajar yang sedang ambil master English tapi tahap bahasanya macam darjah 2. Bayangkan betapa susahnya nak cakap "saya harap kedatangan kami tak menyusahkan. Kau cakap dalam bahasa paling mudah pun tak faham. Mujur adiknya Fatema yang buat master IT mahir berbahasa Inggeris.

Waktu nak makan, aku tergamam. Nasi yang di dalamnya ada kentang dan ayam (macam beriani tapi rasa kari) dan lauk dah terhidang. Pinggan tadak!

Pizza
Mbtoam..(camana nak sebut?)

salad
potato tagen
oh rupa-rupanya makan dalam mangkuk tu dua orang macam makan stail Jawa. Aku kongsi makan dengan Shahme...
Sham kongsi dengan Fatema. Best juga cara macam ni.Nasi memang sedap gile, maklumlah aku ada darah-darah kari..(aku popular di Turki kau tau?Ramai kenal aku di sana..hehe!). Tapi perut Melayu kecil tak sebanyak yang depa boleh makan.

Shahme dan adiknya Fatema adalah kawan baru kami dari Libya. Kami berbual-bual tentang adat dan budaya masing-masing. Kata Fatema, An-Nur adalah nama lelaki di Libya.
"Jannah, jannah." kata mereka apabila melihat Annisa dan An-Nur.
"Heaven!".

Di Libya, mereka punyai kebun kurma tapi kecil saja.
'I like Muammar Gaddafi.' kataku.
"He is a good man." kata Fatema.

Begitulah pengalaman kami beraya di Libya..er..maksudku dengan warga Libya di sebuah apartment di Bangi.

Wednesday, September 22, 2010

Di situ (sekadar persoalan)

jangan cerita pasal stroke, angle, komposisi atau teknik..aku hanya mahu menghantar persoalan melalui cerita ini.
itu saja.








masih ngeri dengan jeng jeng jeng..

Tuesday, September 21, 2010

jeng jeng jeng

sia-sialah aku kalau di sini tapi tak jeng jeng jeng...
sesialah korang kalau menjenguk sini tapi tak jeng jeng jeng..
aku harap jeng jeng jeng aku akan menjengjengjeng dua bulan lagi..
dua bulan lagi beb..
dua bulan lagi...
sebelum aku menjangkau tarikh lahirku..

kalau tidak, aku akan gagal!

Monday, September 20, 2010

aku sehari dua ni..

aku sangat sebok sekarang. susah nak mengadap komputer tapi aku tak boleh hampakan komplen orang-orang Ketari yang malu akan pengurusan Masjid Ketari tidak membenarkan musafir beristirehat dan beribadah. Berkunci bila larut malam.
Waktu kami kecil-kecil sangat makmur di sini. Bermain, tidur di masjid, megaji dan di sini tempat kami study dengan kawan2 menjelang peperiksaan.

inilah akhir zaman. buat masjid lawa-lawa berkunci takut harta dicuri. zaman Rasulullah tempat ibadah ini adalah pusat khidmat masyarakat tak kira agama, markas, pusat ilmu dan macam-macam lagi.

IMARAHKAN SEMULA MASJID!
bukan takutkan harta dunia dicuri tapi jadikan tempat berbakti!

jangan jadi bangang!



(kalau aku jarang apdet maknanya aku sebok menjadikan 'jeng jeng jeng' ku menjadi realiti 2 bulan lagi. kalau kau orang suspen aku lagilah suspen dengan jeng jeng jeng aku itu.)

Wednesday, September 15, 2010

samdol the legend

samdol - dua dari kiri

ramai mungkin terlupa atau tak tahu aku yang mula menggelarnya Samdol. Bukan kerana dia bengong tetapi singkatan namanya Sham bin Dollah. Bapanya cikgu sekolah rendah kami tapi aku cuma mengenalinya sewaktu kami sama-sama naik ke tingkatan 1. Tubuhnya sekecil aku tetapi dia lebih tegap dan kasar. Samdol berkemahiran tinggi ala McGyver. Tulisannya cantik. Dia pandai membaiki peralatan elektrik dan elektronik yang rosak hasil dari cuba-cuba dan eksperimen dia sendiri. Kata kawan aku, Samdol pernah merendam pemetik api dalam air panas sehingga menggelembung dan kemudian dia membentuknya mengikut suka dia.

Samdol bebas 'mengambil' basikal mana yang dia suka. Di tempat meletak basikal di pekan, sekolah atau di mana-mana jika dia mahu dia akan 'ambil'. Dia boleh membuka rantai kunci basikal dengan mudah walaupun kunci itu ada kod. Dia kemudiannya akan meninggalkan basikal itu di mana-mana selepas puas menggunakannya.

1989, Kami sama-sama ke Vokasional dan duduk asrama. Di sana kegiatannya semakin hebat. Kami pernah sama-sama digantung sekolah kerana bergaduh dan berita pergaduhan samseng taik minyak kami keluar muka depan Utusan Malaysia hasil dari penyelinapan masuk seorang wartawan sambilan ke sekolah untuk menyiasat. (sejak itu aku dah tak suka Utusan). Samdol sumber pemakanan kami. Setiap hari mak Samdol akan mengirimkan bekal makanan pada tukang kantin yang berjiran dengannya di kampung. Samdol hanya akan mengambil duit yang dikirim emaknya di dalam bekas makanan sementara kami kawan-kawannya akan menghabiskan makanan.

Suatu hari Samdol bawa kereta bapanya ke sekolah untuk menservis karburetor dan waktu pulangnya beberapa orang kawan kami menumpang. Mereka telah terbabas di sebuah selekoh dan kereta terbalik. Mereka semua selamat.

Habis sekolah kami berpecah. Masing-masing menuju ke ibu kota mencari ruang. Samdol dengan kawan-kawan lain menjadi pomen di Cheras sementara aku pomen di PJ. Sesekali kami berjumpa di kampung. Mereka tak lama di KL, pulang semula bekerja di kampung. Aku pernah dengar Samdol cedera parah ditikam kerana bergaduh.

Samdol meninggal dunia usia awal 20an. Kata mereka 'barang' yang dihisapnya beracun dan dia menemui ajal. Bagi kami, Samdol adalah legenda. Dia pergi awal yang tentulah lebih sedikit dosanya dari kami yang sudah semakin menuju 40.

Ayuh kawan seangkatan, Al fatihah untuk Samdol the legend.
Segelas kopi Kamil Akis Corner untuk arwah.

cheers!

Wednesday, September 8, 2010

selamat hari raya..

selamat hari raya. maaf zahir batin.
semoga bahagia.

*malam raya masih berniaga di bazar ramadhan plaza metro kajang. Subuh bertolak pulang.


jumpa lagi selepas ini.


...tak sabar menghabiskan raya kerana akan memulakan sesuatu selepas ini..apa dia?

jeng jeng jeng!

Monday, September 6, 2010

antara hampeh dengan isi.

kisah 1

seorang lelaki tua Cina berhenti melihat Annisa dan An-Nur. Mengusap-usap kepala mereka.
Katanya kepadaku, "U are a good man my friend. that's why Allah give u this angels. May Allah bless u and give a good place in heaven with your pearls."

"Thanks, what shall i call u uncle?" tanyaku.

"Chong. Father Chong."

Dia berlalu.

kisah 2

seorang lelaki India lalu. Mabuk. Juga memerhatikan anak-anak aku dengan dahi berkerut. Dalam keadaan mabuk, dia mengangkat tangan ke atas seperti berdoa. Kemudian dia terhangguk-hangguk.
"Dia mesti baik. Dia boleh baik. Sekejap lagi dia baik."
Dia berlalu.

kisah 3

Aci tua melintas. Memegang kaki Annisa. Berdoa memandang langit. Aku tak faham sebab bahasa Tamil.
"ini anak Tuhan mesti jaga baik-baik punya. Awak mesti banyak sembahyanglah tambi." dia kata kepadaku. Terus aku teringat jiran Cina aku dulu berkata,"kami akan pergi sembahyang sama tokong kasi dia baik."

kisah 4

sepasang suami isteri. Pak cik berketayap dengan isterinya berselendang.
"Kenan ke anak ni?". "Anak buah saya pun ada anak cam ni gak. Dia kenan beruk. Yang ni macamana?" tanya sang mak cik.
Pak cik pula berkata," mungkin masa awak bersama isteri awak, ada roh-roh binatang tersesat masuk dalam kandungan."


..............

bzzzzzz,,tut tut pesssssssss..ting ting ting..prettt...

Friday, September 3, 2010

raya seorang bapak

Apak adalah insan yang paling bersemangat apabila menyambut raya. waktu kecil, seminggu sebelum raya apak akan angkut kami semua balik Sayong. Aku selalu nampak apak kopak tabung tin milo apabila nak balik kampung. masa tu tok dan pah ada lagi.balik kampunglah kami. apak tak macam aku, dia pandai menabung. tapi ada masanya kami tak balik. mungkin apak tak mampu ketika itu.
Biasanya kami akan ke KL dulu rumah ayah tua (arwah). kadang-kadang bawak keladi, pisang dan macam-macam lagi naik bas.
Dari KL, kadang-kadang kami tumpang kereta Ayah Chik atau sepupu. masa tu mereka je ada kereta. kadang-kadang naik keretapi atau bas. Aku biasanya akan diberi tempat khas sebab aku terkenal sebagai kaki mabuk. jalan sikit pening dan muntah.
Sampai di kampung, apak akan menebas, mengemas rumah, sapu sawang dan macam-macam lagi. aku paling seronok bila apak pasang panjut. kat sayong biasanya ada pertandingan rumah sapa paling cantik dan panjut sapa paling kreatif. (sebelum budaya karaoke masuk, ini pertandingan yang berprestij sehinggalah hari ini sepupuku kata karaoke dah ambil tempat semua pertandingan)
malam raya apabila ramai dah sampai, apak akan bertakbir di rumah diikuti yang lain. kadang2 mereka sertai orang-orang surau bertakbir dari rumah ke rumah.
pagi raya kami ke surau dan kemudian kami berjalan serata kampung menziarahi sanak saudara. kami bebudak akan ikut sambil menjeling-jeling sungai yang akan kami terjun petang nanti.
malam selalunya akan ramai orang datang ke rumah. anak-anak murid tok berkumpul berlabun tasawwuf. kerabat diraja Perak pun ada. aku tumpang sekaki.
apak akan marah jika sesiapa menyambut raya dengan tak bersemangat, malas pakai baju cantik2.
"Miskin mana pun kita, pakailah baju yang paling indah yang kita ada mengikut apa adanya.Raikan hari raya." pesannya dan aku sentiasa ingat "hari raya adalah hari yang diangkat martabat insaniyah kita oleh Allah subhanahuwata'ala. Hari itu kita seperti kanak-kanak semula, bersih seperti fitrah asal. Dilahirkan semula. Sebab itu kita mesti raikan, ia hari memperingati asal kejadian kita. Kita muslimin menyambut hari lahir pada hari yang sama sedunia. 1 Syawal".

aku nak jumpa apak raya ni.

Wednesday, September 1, 2010

Gay? auwww!

tengok Malaysiakini hari ni ada cerita gay berleluasa. Huh! Ini bukan baru.
aku yang bengong baru datang KL tahun 1990 dulu asyik digoda gay. salah sorang namanya Mokhtar. Kelakarnya habis semua kawan-kawan aku di Brickfields jadi mangsa ngorat dia. Padahal masa tu aku tak kenal lagi kawan2 Brickfields ni.
Naik satu bas Len Seng dari Wangsa Maju dengan aku pagi2 buta sebab nak pergi kerja. Pantang ada peluang dia akan dok sebelah aku, usik2 jari..pegang2 tangan..ajak tonton video kat rumah dialah..rimas aku..
aku pulak diaamm je tak reti nak melawan. Pernah sekali sedang lepak kat CM dengan kawan2 aku, seorang lelaki memeluk aku. Aku sangkakan kawan kepada kawan2 aku dan depa sangka itu kawan aku. Takde syak apa2lah..tapi bila bibir cibai dia nak sentuh pipi aku terus aku tolak dia,"apa ni brader?"
dia pun minta maaf dan terus blah."sori, salah orang." kata dia. sejak itu aku asyik ditertawakan kawan2 dan sejak itu aku fobia dengan sesapa saja yang baru aku kenal..hingga hari ini fobia tu ada sikit2..
kisah gay ni pernah aku ceritakan di entry dulu2...berbeza dengan mak nyah..kisah lelaki india menyamar jadi doktor dari India dan sedang buat kajian pasal 'khatan'. dia merayu2 nak nengok punai aku kat tepi lorong lebuh ampang (malam waktu balik kerja). gila aku nak bagi, kang dicantasnya sia-sia je..setahun kemudian aku berjumpanya lagi pura-pura jadi pelancong nak tanya jalan. tak pasai2 aku yang berani2 takut warning dia tak mahu jumpa muka dia lagi kali ketiga. kalau tak....(aku pun tak tahu apa nak buat)..akhirnya ada terbaca paper pasal dia ni..

aku tertanya2..kewujudan mereka sebenarnya adalah untuk membuktikan Al Quran itu benar.


muka bawah ni waktu kena goda gay tak berani jawab..senyap jeee....

tapi kalau mamat bawah ni digoda gay, hehehe.....


p/s entry ini ditulis juga walaupun idea tengah takde..