Thursday, September 23, 2010

beraya di Libya

agak sukar berkomunikasi dengan Shahme. Walaupun dia pelajar yang sedang ambil master English tapi tahap bahasanya macam darjah 2. Bayangkan betapa susahnya nak cakap "saya harap kedatangan kami tak menyusahkan. Kau cakap dalam bahasa paling mudah pun tak faham. Mujur adiknya Fatema yang buat master IT mahir berbahasa Inggeris.

Waktu nak makan, aku tergamam. Nasi yang di dalamnya ada kentang dan ayam (macam beriani tapi rasa kari) dan lauk dah terhidang. Pinggan tadak!

Pizza
Mbtoam..(camana nak sebut?)

salad
potato tagen
oh rupa-rupanya makan dalam mangkuk tu dua orang macam makan stail Jawa. Aku kongsi makan dengan Shahme...
Sham kongsi dengan Fatema. Best juga cara macam ni.Nasi memang sedap gile, maklumlah aku ada darah-darah kari..(aku popular di Turki kau tau?Ramai kenal aku di sana..hehe!). Tapi perut Melayu kecil tak sebanyak yang depa boleh makan.

Shahme dan adiknya Fatema adalah kawan baru kami dari Libya. Kami berbual-bual tentang adat dan budaya masing-masing. Kata Fatema, An-Nur adalah nama lelaki di Libya.
"Jannah, jannah." kata mereka apabila melihat Annisa dan An-Nur.
"Heaven!".

Di Libya, mereka punyai kebun kurma tapi kecil saja.
'I like Muammar Gaddafi.' kataku.
"He is a good man." kata Fatema.

Begitulah pengalaman kami beraya di Libya..er..maksudku dengan warga Libya di sebuah apartment di Bangi.

6 comments:

Anonymous said...

lup,
anak gadafi kaki pempuanla
even gadafi sendri suke beno ngan pompuan2 seksi2
libya adalah negara diktator la beb

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku paham perasan bro selagi system tak di tukar ..mamang nak raya kat mana mana

kulupsakah said...

teman pon suke

SCUBA said...

laaa...ingatkan harini pun jengjengjeng

atau..

adakah ini sebagian dari jengjengjeng?

pak leman said...

la...penipu rupanya.!!..bangang ya amat

Anonymous said...

saudara KS,

saya malaysian tapi dok kat libya..nak wat cam no dah ter'nikah' orang Libya...kahkahkah..

macam mana dia orang nak pandai BI, kat sini mana ada belajar BI kat sekolah...dia orang start BI masa tahun 6 (umur 12 tahun)...tu pun baru nak mula kenal a b c..

kesian anak2 saya...takut nanti balik msia, BI tak ke mana BM pun tak ke mana...