Friday, September 3, 2010

raya seorang bapak

Apak adalah insan yang paling bersemangat apabila menyambut raya. waktu kecil, seminggu sebelum raya apak akan angkut kami semua balik Sayong. Aku selalu nampak apak kopak tabung tin milo apabila nak balik kampung. masa tu tok dan pah ada lagi.balik kampunglah kami. apak tak macam aku, dia pandai menabung. tapi ada masanya kami tak balik. mungkin apak tak mampu ketika itu.
Biasanya kami akan ke KL dulu rumah ayah tua (arwah). kadang-kadang bawak keladi, pisang dan macam-macam lagi naik bas.
Dari KL, kadang-kadang kami tumpang kereta Ayah Chik atau sepupu. masa tu mereka je ada kereta. kadang-kadang naik keretapi atau bas. Aku biasanya akan diberi tempat khas sebab aku terkenal sebagai kaki mabuk. jalan sikit pening dan muntah.
Sampai di kampung, apak akan menebas, mengemas rumah, sapu sawang dan macam-macam lagi. aku paling seronok bila apak pasang panjut. kat sayong biasanya ada pertandingan rumah sapa paling cantik dan panjut sapa paling kreatif. (sebelum budaya karaoke masuk, ini pertandingan yang berprestij sehinggalah hari ini sepupuku kata karaoke dah ambil tempat semua pertandingan)
malam raya apabila ramai dah sampai, apak akan bertakbir di rumah diikuti yang lain. kadang2 mereka sertai orang-orang surau bertakbir dari rumah ke rumah.
pagi raya kami ke surau dan kemudian kami berjalan serata kampung menziarahi sanak saudara. kami bebudak akan ikut sambil menjeling-jeling sungai yang akan kami terjun petang nanti.
malam selalunya akan ramai orang datang ke rumah. anak-anak murid tok berkumpul berlabun tasawwuf. kerabat diraja Perak pun ada. aku tumpang sekaki.
apak akan marah jika sesiapa menyambut raya dengan tak bersemangat, malas pakai baju cantik2.
"Miskin mana pun kita, pakailah baju yang paling indah yang kita ada mengikut apa adanya.Raikan hari raya." pesannya dan aku sentiasa ingat "hari raya adalah hari yang diangkat martabat insaniyah kita oleh Allah subhanahuwata'ala. Hari itu kita seperti kanak-kanak semula, bersih seperti fitrah asal. Dilahirkan semula. Sebab itu kita mesti raikan, ia hari memperingati asal kejadian kita. Kita muslimin menyambut hari lahir pada hari yang sama sedunia. 1 Syawal".

aku nak jumpa apak raya ni.

10 comments:

Manjungmari said...

Salam..
Beruntung kau masih lagi ada apak,,,, aku 16 sept ni genap 20 tahun apak aku meninggal...

TheSniper said...

Kat sayong apa nama kampong? Aku kat Talang Jalan Taiping.

ummu asiah said...

terkesan....

cicitkulupsakah said...

insyaallah raya ke 3 bertunang..tp blah laki takde ape pun...ingat tak mlm raya ramai2 g umah wah ditemani santa clous(k.ina)...semua tu dh xde dh...tggl kenangan....

Tokan said...

perak mali was here...

C++ said...

Bhai LKS..

Apak gua uzur skit la nih.. ader kat Tanjung Tualang, Perak... tapi raya nih gua tak balik Perak... gua beraya di Mersing....

Aper khabor apak ngan mak...

kulupSakah said...

manjung, insyaallah..alhamdulillah

sniper,
sayong hulu, tadak org dah la ni..

ummu asiah,
arghh!

cicitKS,
ye..abang tak pasti jumpa kau ke dak..kawin A'a nanti pun tak tau lagi boleh dtg ke dak..

tokan,
perak no1

C++,
di mana pun asal semuanya bahagia..amin.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kirim salam sama apak..aku dah tak de apak dari umo 6 tahun lagi..selamat hari raya maaf zahir batin

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

~moses~

TheSniper said...

Kg Sayong Hulu. Pengundi 22 orang. Balik kg tolong kempen beb!