masjid Kajang 11.30 malam sewaktu menunggu seseorang. Datang seorang pemuda.
"Assalamualaikum kak, bang saya ni musafir nak cari kerja di Bangi. Saya ni ada masalah sakit jiwa, ada makan ubat. Mintalah kalau boleh bagi sedikit duit.'
"Kau dari mana?"
"Dari Kedah. Saya tidur sini sejak raya kedua lagi. Kadang-kadang buat kerja tolong-tolong kat masjid ni. Datok Ujang Bagong bagi juga upah."
Ceritanya berbelit-belit. Sekejap baru datang sekejap dah lama datang sejak lebih lima tahun dulu. Bukan kerana dia kaki tipu tapi memang ada masalah mental. Tak kisahlah kami pun tak mahu tanya banyak-banyak takut dia tertekan.
Solehin mengeluarkan sesuatu dari begnya.
Ubat penenang meredakan sakit jiwanya.
Dan dia menceritakan susur galur cerita yang tidak tersusun...kesian.. Orang macam dia memanglah sukar mendapat kepercayaan untuk bekerja di mana-mana.
itu cerita lain. Tapi aku puji pihak masjid jamek Kajang yang memberi ruang untuk musafir bermalam. Ruang masjid ini cukup tenang dan damai. Takdelah berkunci dan dimaki orang seperti yang diceritakan oleh kawan aku di masjid Ketari yang tidak berkunci dan tak membenarkan musafir melepas lelah seketika.
17 comments:
kalo dia mohon keje kat kafe lu, lu approve dak?
masjid rumah Allah
anon, kalu lu?
brutal,mana Allah kalau itu rumahNya?
haha!
masjid ketari JAGA nak tidur...sebab tu kunci pagar...
Allah di langit, istiwaa di atas Arsy dan ilmu-NYA di mana mana..
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Sesungguhnya Tuhan kamu itu Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian ia istiwaa (bersemayam) di atas 'Arsy".(Al-A'raf :54).
Rasulullah SAW pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang budak perempuan milik Mua'wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum ia dimerdekakan oleh tuannya yaitu Mu'awiyah :
Artinya:
"Beliau bertanya kepadanya : "Di manakah Allah ?. Jawab budak perempuan : "Di atas langit. Beliau bertanya (lagi) : "Siapakah Aku ..?". Jawab budak itu : "Engkau adalah Rasulullah". Beliau bersabda : "Merdekakan ia ! .. karena sesungguhnya ia mu'minah (seorang perempuan yang beriman)".
Beriman kepada Allah Ta'ala adalah satu daripada rukun iman yang enam yang wajib tetap dalam hati seseorang tanpa becampur syak dan keraguan.Beriman dengan kewujudan Allah Ta'ala ialah dengan mengiktiqadkan Allah dengan iktiqad (pegangan) yang jazam (pasti dan tetap) bahawa Allah Ta'ala yang mencipta dan mentadbir semua benda dan perkara dalam alam ini (rububiyyah), Dialah yang berhak disembah (uluhiyyah), Dia memiliki nama-nama yang agung (asma' al-Jalal)dan mempunyai segala sifat kesempurnaan (sifat al-Kamal) dan Maha Suci dari sifat-sifat kekurangan (Asma' Allah dan sifat-sifatnya).
Kewujudan Allah Ta'ala bukanlah sebagaimana kewujudan alam yang huduth (baharu) yang menerima perubahan, permulaan dan kesudahan, kerana zat dan sifat Allah adalah qadim (tiada permulaan) dan baqa' (tiada kesudahan).
Bagi menjawab persoalan di mana Allah Ta'ala, berbalik kepada dalil al-Qur'an dan Hadith di atas dapatlah dinyatakan bahawa Allah Ta'ala istawaa di atas 'arasy-Nya yang tinggi (Dzat Allah istiwaa/bersemayam di atas 'Arsy-Nya yang sesuai dengan kebesaran-Nya, sedangkan ilmu-Nya berada dimana-mana/tiap-tiap tempat tidak satupun tersembunyi dari pengetahuan-Nya).
Imam Malik apabila ditanya "Bagaimana caranya Allah istiwaa di atas 'Arsy ?. Beliau menjawab :
Artinya:
"Istiwaa itu bukanlah sesuatu yang tidak dikenal (yakni telah kita ketahui artinya), tetapi bagaimana caranya (Allah istiwaa) tidaklah dapat dimengerti, sedang iman dengannya (bahwa Allah istiwaa) wajib, tetapi bertanya tentangnya (bagaimana caranya) adalah bid'ah".
إِنَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الأَمْرَ مَا مِن شَفِيعٍ إِلاَّ مِن بَعْدِ إِذْنِهِ
للّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لأَجَلٍ مُّسَمًّى يُدَبِّرُ الأَمْرَ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لَعَلَّكُم بِلِقَاء رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ
ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ فَاسْأَلْ بِهِ خَبِيراً
ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ
أَأَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاء أَن يَخْسِفَ بِكُمُ الأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحاً لَّعَلِّي أَبْلُغُ الْأَسْبَابَ - أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِباً
آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الألْبَابِ
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
Dah sampai masuk tulisan jawi......
aku mengaji tak khatam, lu memang terrer.
Pada aku ikut kawasan,
Kalu time sembahyang jemaah sikit tapi time tido ramai pulak orang memanglah tok siak marah.
ohh patutla manusia jahat sbb tuhan di langit, di bawah takde
tapi menempatkan tuhan syirikkan? sbb Allah bkn makhluk ada tempat bersemayam..
jadi maksud di langit tu 'dalam' tauu..
kekadang bro kulup lu membuka minda gua...thk
layannnnnnnnnnnnnn..............
-moses-
padat siap dalil al-Qur'an Hadith dan pandangan imam Malik.
boleh aku simpul sikit je?
maksud langit ialah 'ketinggian' dan 'keluasan' kekuasaanNya bukan tempat tinggalnya.
Maha tinggi kedudukan dan luas kekuasaan sehingga ke mana saja kau berpaling di situlah wajahNya. (Wjjahtu wajhialillazi....)
cukup di situ sebab Moses sedang memerhati..
Moses baru 'nampak' Tuhan lebur gunung 'tursina' dalam dirinya..
mau idak terrer.lengkap udah penelasan brutal .Pergi Blog Dia ,ada Yb Khalid Samad
benzhexol. tu ubat parkinson, tapi doktor bagi untuk cover side effects ubat2 anti-psikotik yg lain
The guy is hard worker, brilliant work have been done. It is really admirable.
Post a Comment