hujung minggu banyaklah majlis jamuan hari raya di sana-sini. orang perseorangan, syarikat, parti dan sesiapa yang mampu akan buat rumah terbuka. ini budaya kotaraya meraikan hari raya selepas seminggu beraya di kampung. kalau berkesempatan aku akan pergi.
satu tempat yang aku paling tak suka masuk jika ke majlis begini ialah tempat khas 'VIP'. kat situ berlonggok YB, Datuk datin atau mereka yang perasan penting.
Apa perlunya tempat VIP? mungkin ada yang kata perlu tapi apa perlu sangatkah tempat VIP dalam sebuah majlis makan? keperluan mendesak apa?
kalau nak bersembang sesama VIP, masa lainlah. Kan selalu bermeeting atau berclubbing bersama? Luangkan masa bersama orang ramai. Sembang dengan kawan masa lain. Sangat berbesar hati rakyat terbanyak jika VIP sanggup makan semeja dan bersenda dengan mereka di khemah tanpa kasta. Rasulullah saw macam inilah. Baginda kelihatan 'tiada beza' dengan orang awam tetapi karisma tetap terserlah. Makan ambil sendiri seperti orang lain tak perlu dihidang dalam pinggan berbalut kain renda atau ada hidangan udang panjat daun. Hapuskan budaya membodek.
Aku pernah meminati tokoh-tokoh tertentu dan pernah menghadiri majlis-majlis begini semata-mata teruja akan kehadiran mereka. Tetapi selalunya hampa kerana melihat mereka dari jauh saja tak dapat dekat. Ada yang datang dari jauh.
Aku pernah juga tergolong dalam golongan yang diVIPkan. Berbaju batik berkasut kilat, dilayan hebat. Tapi aku rasa macam bukan aku. Getik. Macam bagus.
Kalau kita hargai rakyat, sayangi dan hargai mereka berilah perhatian. Wakil rakyat bukan tuan tetapi wakil penyampai suara rakyat. Kalau tidak, masa pilihanraya nanti janganlah duduk bersila di anjung rumah rakyat, mendukung bayi membodek rakyat atau memeluk nenek tua. Duduk saja dalam rumah VIP kamu.
7 comments:
Guan Eng menuduh orang lain munafik,walhal beliaulah munafik yang sebenarnya.Ciri ciri munafik jelas terserlah dalam setiap tingkah laku beliau.
Pisau kata "bohong banyak bohong sikit ,bohong jugak maa.. "
(7) Comments Comments:
7 Responses to “Guan Eng: Pembohong Besar Tetap Belit”
Anonymous on 26/9/10 8:17 PM #
Sumbangan tu adalah Wang pengeras sebab kelab lumba kuda Pulau Pinang nak buat race course baru!
Anonymous on 26/9/10 8:53 PM #
Syabas Pisau, teruskan merodok tembolok pembohongan LGE ultrachauvinist kiasu..Harapan kami , suatu hari nanti , dengan "ketajaman" mata Pisau anda mampu memutuskan lidah berbelit sesumpah paling celaka di Pulau Pening ini..Bravo!
_Anti DAP dan PKR_
Anonymous on 26/9/10 8:53 PM #
Bohong sikit - sunat
Bohong banyak - haram
he he he
siakap senohong
gelama ikan duri
cakap bohong
lama-lama jadi pencuri.
mari siasat.
woodball10 on 26/9/10 9:48 PM #
dalam berita tv3, lgm kata dia tak tau lumba kuda tu judi, hehehe tentu dia dah rujuk dengan ulama pas, zaman nabi pun naik kuda
Melanau Blogger on 26/9/10 10:10 PM #
bohong sunat, bersunat dulu baru boleh berbohong hahaha
senaman lidah agaknya, biar putar belit bertambah lancar.
Anonymous on 26/9/10 10:28 PM #
apa kata pas dlm hal nie...?
Anonymous on 26/9/10 10:38 PM #
orang kafir yang munafik? Amende ni......????????????
ni mana punya langau menyebok kat blog popular aku ni..pi menceceh kat blog sendirilah..
yakinilah keberkesanan blog sendiri,, tak yah jadi parasit.
hahaha..kalau muka sendiri pun tak berani taruk usah nak cerita kebenaranlah ..
bebalisme!
wa tmbah skit lagi kt langau nih...bahalolisme! kahkahkah
Ni bukan langau...
Aku pun macam kau Bhai... allergic tengok meja dan kerusi VIP di majlis orang ramai...
lebih-lebih kalau kat majlis forum perdana ke apa...
kadang-kadang, aku langgar je... nasib baik tak de siapa yang berani yang menghalau... malah 'VIP-VIP' tu elok pulak sembang dengan aku...
terlintas jugak... mungkin VIP tu sebenarnya tak nak pun, yang nak sangat tu mungkin 'penganjur' ataupun 'keluarga VIP' tu sendiri...
zasss cantik
Nak muntah tgk meja VIP..laungkan ketuanan rakyat tapi depa masuk bakul angkat sendiri..
Really nice text, quite simple and interesting. Keep it up.
Post a Comment