Thursday, October 28, 2010

cari uang

waktu selesai menaip entry ni 3 pagi tadi kami dapat melihat dari tingkap dapur seorang lelaki keluar dari keretanya, terbongkok-bongkok mencari tin-tin aluminium untuk dijual semula. Kami teringat yang pernah berkenalan dengan sepasang suami isteri yang buat kerja ini apabila warga kota sedang diulit mimpi.

...

beberapa tahun dahulu waktu yang hampir sama, dari jendela rumah juga aku pernah melihat dua orang pemuda sedang berusaha gigih menumbangkan papan tanda jalan untuk dijual besinya. Aku cuba hendak menjerit tetapi ketika itu aku sedang memangku Annisa. Aku tak dapat tidur sebab Annisa sedang diserang sesak nafas lalu aku memangkunya. Kalau aku menjerit pasti Annisa terkejut dan akan lebih parah.


kota ini - untuk mencari uang kau boleh buat pilihan..
menjadi bangsat atau dilhat sesat.

...............

"Lama tak jumpa kau, kau pakai kereta apa sekarang?"

"Hamid sekarang dahsyat ko tau? Dia pakai Brabus..."

Menyampah aku kalau jumpa kawan-kawan gini..tah apa halnya kereta dijadikan ukuran kehebatan seseorang?
well, aku pernah pakai Nissan Sunny bocor lantai, tiada air cond, lampu mati sebelah, kipas radiator aku buat wayarng sendiri dan suisnya aku letak kat dashboard.
aku pernah pakai proton sun-roof (bocor atap) yang aku pasangkan sticker putih panjang untuk cegah air masuk? Air cond takde, cuma air-come dari tingkap.
aku pernah pakai kia sportage yang putus timing belt tengah hiway..
aku pernah pakai citroen berlingo yang pecah gasket enjin pagi raya di KL-Karak hingga gagal balik kampung..(aku masih pakai kereta ni)

semuanya second-third hand...

apakah aku bangsat atau hebat?

11 comments:

Irwan said...

salam.

kerana kau takde shoutbox, maka aku menjerit kat sini ajer. Dah lama nak bagitau, asyik luper ajer.

aku taruk iklan kedai UK5 cafe kat blog aku kalau kau tak kisah...


iklan ada betulbetul atas shoutbox (bawah, sebelah kiri)

Semoga perniagaan anda sukses

Marhaenonymous said...

kerana wang manusia sesak dan sesat...sudah menjadi lumrah alam yg kaya bertambah kaya dan yg miskin menjadi hina..

kulupSakah said...

irwan,
terima kaseh beb..

marhaen hujung lorong,
entah apa kepuasan dengan itu, aku pon tak tahu..


woi..aku tambah lagi coretan di entry tu..

alang said...

Kau memang hebat. Aku rasa tak ramai org yg sanggup jalan jauh2 dengan kereta yg tunggu masa nk rebah.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kerana kita adalah orang orang yang terperangkap dalam system negara yang tidak adil.. negara kita kaya..tapi duit yang ada utuk lanun..zakat di simpan berlawan sapa ada lebihan..system pemerentahan dan cara hidup kita mesti kembali kejalan yang betul.. kita bukan bangsat sehingga menjadi begitu begini di bumi ini

kulupsakah said...

kah kah..tetiba aku teringat aku sekeluarga pergi berperang di prk bkt gantang dari KL dengan menaiki citroen yg hanya boleh menggunakan gear 3 dan 4 saja..gear lain termasuk reverse gear tak boleh digunakan, shaftnya tercabut dan aku ikat dgn dawai....

dan tiada air cond..dalam perjalanan hujan lebat, kereta kami berpusing dan annisa tertonggeng dari kerusinya tetapi perjalanan diteruskan. Kereta belakang kami menjunam masuk gaung yang kami boleh lihat dari cermin pandang belakang..

ngeri..

Wan Omar said...

Dulu masa sekolah,bila nampak orang cari besi buruk aku cas orang tu mat pet atau orang yang sesak sangat.
Bila makin dewasa aku tak ambik peduli sangat pasal orang janji tak kacau hidup aku.
Sekarang aku buat marketing scrap dalam bahasa malaysia besi buruk.
Aku peduli apa orang nak kata aku bangsat kalau bangsat-bangsat bangsa lain yang meniaga besi buruk dah ramai jadi jutawan dan jadi datuk sedangkan bangsa aku Melayu masih pentingkan pada title Siapa lebih BANGSAT dan siapa lebih HEBAT.

Anonymous said...

Kau hebat banget yob...

Kopitiam Bang Nan

Irwan said...

ni entry aku yg di inspirasikan oleh entry kau ni...(well, banyak lagi sebenarnya)

http://payabesarpedas.blogspot.com/2010/11/wali-dari-bangi-ujian-keimanan.html

Bukan kau sorang ajer yang sedang diuji sebegini, ramai lagi dan kita patut bersyukur...kerana kita belum layak untuk diuji dengan ujian yang berat-berat...Wallahua'alam

Term Papers said...

Surely get the money, the text is really amazing and interesting to read.

Anonymous said...

air jordan
goyard outlet
giannis shoes
palm angels
off white outlet
kd 12
kevin durant shoes
jordan 11
bapesta
kyrie shoes