Sunday, October 24, 2010

pejuang taik kucing

mana-mana pemimpin yang mengaku pejuang tak kira sebelah BN atau PR tetapi rumah mereka semakin besar dan kereta mereka semakin banyak adalah pejuang taik kucing.
kalau dengan kawan sendiri pun sanggup belasah demi sebuah kedudukan, pejuang hapa namanya?
Mahatma Ghandi makin papa kedana dalam memperjuangkan nasib bangsanya tetapi pemimpin umno makin kaya raya dalam mengakui ingin membela bangsa..
Pemimpin PR pun ada yang kaya raya tetapi kedekut nak mampus..segan nak infaqkan harta..isy! Takkan tak kenai kot?
Dalam PKR sekarang ribut potong kawan sendiri sebab nak pegang jawatan. Macam tu nak tawan Putrajaya?
Belum apa-apa dah pandai cantas mencantas..blahlah lu! Serta merta indeks hormat aku menjunam ke paras negatif!

sejarah seorang pemimpin fizikalnya tidak boroi sebab nafsu makannya mesti dikawal. Ini sifat pemimpin. Nabi berpesan jaga perut..tengok pemimpin2 agung dunia sama ada luar dan dalam negeri..perut maintain..yang perut boroi semua hancusss!!

aku setuju saranan Nik Aziz perokok tak boleh jadi calon sebab macamana nak memimpin, diri sendiri pun tak tahan nafsu merokok? diri sendiri pun diracun? hahahah...

kalau tak jadi Ghandi pun, tengoklah Nik Aziz...hayati zahir batinnya..sesiapa saja nak jadi pemimpin sama ada BN atau PR apatah lagi Pas - contohi Tok Guru.


10 comments:

tungkaran hati said...

boleh bersahabat dengan Syaitan kalau ikut Datuk Nik Aziz...!mencarut, memfitnah pun boleh juga!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku pernah kerumah nik aziz dia tak tanya nama pun sebaliknya di suruh aku minum selesai minum baru di tanya nama..
kepada yang mencaci nik aziz pergilah sendiri berjumpa beliau.. tak susah

aku sokong bro post bro kulup ..ikut lah nik aziz

Anonymous said...

Bro,

1.Bagus bro hentam kiri kanan.diorang ni banyak pakai tepong bro demi politik.

2.Sebab politik itu menjanjikan pangkat atau jawatan,kuasa, wang harta, nama glamour dan lain-lain..bila fikir balik nak cari yang betul-betul berkhidmat payah bro baik dalam BN mahupun dalam PR.

3.Mahatma Ghandi tu real pejuang untuk rakyat.

4.Nik Aziz ni pun ko kena selak-selak sikit bro.Zaman sekarang bukan semua yang baik itu terbaik..dan yang terbaik itu hebat serta molek.Kita manusia bro, nik aziz pun manusia mana ada 'maksum'.ada juga cacat celanya.

5.NIk aziz ni dari segi fizikalnya dan akhlaknya memang hebat.Tapi bila bab berpolitik bro kena jaga-jaga.Dia ni spesis boleh pakai topeng gak bro, bila berpolitik.

6.satu contoh-kerana politik nik aziz kata Allah mencarut..sebab tu dia serta kita semua boleh mencarut katanya bila kita dah tak tahan nak marah atau sakit hati sangat dengan seseorang.

7.Nak berpolitik pun gunalah akal bro.Bab mencarut ni cuba bro bagitau anak-anak 'takpa mencarut sebab Allah pun mencarut'.Tak kena gaya habis kita mak bapak pulak dicarutnya.sekarang pun dah berleluasa bukan setakat carut je, dibantainya benda yang dicarutnya..sebab sedap..huuuu..huuu

8.Fatwa nik aziz ni kena jaga-jaga bro..kadang-kadang ada yang tak masuk akal bro untuk kebaikan kita sesama umat.untuk politik..yes bro..

9.Tulisan bro pasal nik aziz-aku bagi rating 90% memang tepat.lagi 10% tu nik Aziz ni banyak berpolitik mengarut..mungkin ada orang cucuk bontot dia boleh jadijuga..penasihat-penasihat dia pun mungkin ada silap bagi nasihat.

10.Pasal kafir-mengkafir,pasal kawan dengan MCA&MIC kafir, kawan dengan DAP tak kafir.Allah.... pening kepala kita dibuatnya..Bro sekali-sekala pi sembang dengan Prof.Harun Din..apa dia kata pasal fatwa nik aziz ni..ada juga yang dia sekapal tapi tak sebulu..kih--kih..

11.Prof.Harun DIN tu ya patut dicontohi.agama dia sembang cara lain, berpolitik dia sembang cara lain..bukan sembrono tak masuk akal..

t.kasih..

anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa

Marhaenonymous said...

aku sokong pendapat bro dlm hal ni...nama pun ahli politik mmg x boleh percaya 100%..tapi aku suka profil datuk nik aziz kerana dari pemerhatian aku dia ni ada ciri2 kepimpinan yg digariskan Al-Quran..

kulupSakah said...

ini pendapat aku dan aku yakin. Aku dekat dgn Harun din di Bangi tapi aku rasa jauh...hahha..

soal fatwa Nik Aziz ni..kita pening sebab kita tak faham ilmu mantik, balagha, syariat dan haqiqat. kalau kuasai cabang ilmu ni senang jadinya.
pasla kafir mengkafir ni aku x pernah dengar tapi yg aku sahih dengar nik aziz kata xbaik gelarkan org kafir itu kafir selagi mereka belum mati dan belum dpt hidayah..

'zuhud' dan 'qanaah' jarang ada pada org lain zaman ni. tak pernah pulak anggap dia maksum tapi shafie apdal dlm perhimpunan agung zmn mahathir dulu pernah anggap mahathir maksum dan khalifah ke5..

hak hak hak...

point seterusnya - itulah bezanya aku dgn org lain. aku x berpaut pada sesiapa sehingga x boleh langsung tegur pemimpin mereka walaupun buat salah..dah terang2 salah tp masih mau bela..

aku bkn mcm tu..noktah

keyman said...

Perkara inilah yang perlu disedari oleh para pejuang sekalian.....Pejuang yang Ikhlas kian sukar dicari....Putrajaya kian Jauh..

Anonymous said...

Macam mana nak "ikonkan" Nik Aziz -dia sendiri tidak ada pendirian, sering "menghalalkan" apa yang terang-terang salah - seperti membiarkan orang sesama Islam mendoakan agar orang Islam yang lain mampus! Contohnya, di masjid Permatang Pauh dulu. Orang PAS sendiri macam Ismail Kamus cari makan di S'pura (bukan salah tapi pelik).

TTN

Anonymous said...

BRUTALSOLO - baru dapat minuman free daripada nik aziz je anda dah termakan dengan "kebagusan" si tua kutuk tu!

Anonymous said...

Saya rasa si TOK NIK AZIZ ni & sesetengah karaktor dalam PAS mengamalkan sikap "double standard". Apa-apa yang menguntungkan & menjurus kepada pendirian PAS (walaupun salah) mereka halalkan. Kalau sebaliknya pula, mereka akan menghakim dan menjatuhkan hukuman sebagai salah, haram, tak masuk syurga, kafir & sebagainya. Saya cadangkan kepada si TOK NIK AZIZ ni - marilah kita bertukar kerakyatan. Anda ambillah kerakyatan saya & tinggallah di rumah pangsa saya di tingkat 12 (selesa tak bagi anda?) manakala saya pulak tinggal di rumah kampung anda yang berhalaman luas tu. Lagi pun masjid-masjid di tempat saya perlukan imam atau bilal, ataupun noja (siak). Setidak-tidak pun, boleh mengajar budak-budak mengaji di rumah. Silalah sambut cabaran atau tawaran saya ni!

Term Papers said...

Thank you for providing the historic information. Really informative and many things to learn.