Tuesday, December 7, 2010

di kaki lima di luar masjid

seorang pemuda membentangkan tikar dan berbaring di kaki lima gerai luar masjid kajang.
"adik dari mana?" tanya sham.
"terengganu" jawabnya. tuturnya lembut dan jawapannya seperti terlalu hormatkan penanya.
"takde rumah ke?" tanya sham lagi.
"takde, baru 3 minggu sampai sini nak cari kerja." jawabnya.
"awak cina ke melayu?" tanyaku.
"cina"
"islam?"
"ya..ahmad syakir"
dia meminta diri untuk tidur.

ketika ketua agama islam nyenyak di istana, pembesar-pembesar islam dan anak beranak melahap mewah, ada saudara mereka digigit nyamuk. aku rasa nak panjat tiang bendera dataran merdeka, mengambil bendera untuk menyelimuti syakir.

10 comments:

Kuasai minda said...

Itulah keadaan masa kini,
konon nampak sangat hebat di mata dunia, tapi rakyat kebanyakan hidup dalam keadaan yang merintih...

peGuaM_BiSaYa said...

sy slh sorg insan prnah dpnggirkn wkl rkyt.cisss..grrrrrr

Anonymous said...

rakyat telah mula bersuara, sejarah tidak pernah berbohong, rakyat marhain di suruh membaca sejarah, tapi mereka melupakan sejarah

KhairulMarhaen said...

ahli politik cuma berlakon prihatin masa kempen pilihanraya je...lepas tu jgn harap diorang nak ambil tahu derita rakyat..

Anonymous said...

kalau benar kamu kesian dan mempunyai sifat sbg seorg Islam kenapa tak pelawa saudara tersebut kerumah anda dan x perlu panjat tiang nak mabik bendera kan?..

apakah niat saudara memasukkan citer ni? nak cari kesalahan org lain atau nak membantu sesama Islam?

hanya Allah yg tau niat saudara

zman said...

Anon 11.43...
Orang tulis untuk perupamaan. Susah sgt ler nak paham. Patut pun umno terus berkuasa, rupa2nya sebegini bendul pemikiran.

Anonymous said...

pemimpin,raja adalah lebih hina dari babi!!!

Aa said...

Anony 11.43pm tu lebih kuat cari salah. Sedangkan Tuan Kulup kita menceritakan tentang rakyat, ish ini punye olang pun ade ciunaseng.

kulupSakah said...

perlukah aku cerita apa yg aku buat? menjawab komen ni saja sudah lahir kebongkakan aku dalam hati dan berdosa

zizou said...

gua hormat ahmad syakir..