Tuesday, December 14, 2010

siri bercakap dengan azfar

sewaktu keluar dari masjid kajang selepas melakukan itu, anak buah aku yang berusia tujuh tahun bertanya.

azfar : pak ngah! kenapa lepas habis solat kita mesti salam orang semua?

aku : sebab semua itu saudara kita. setiap orang islam bersaudara.

azfar : takdelah, mana ada saudara..kita tak kenal pun mereka.

azfar ni sejak kecil tak tahu mana dia belajar, bahasanya cukup tinggi.

aku : semua orang islam bersaudara, tak boleh gaduh-gaduh mesti berbaik-baik. (terasa seperti aku seorang tua yang cuba menasihati anak-anak muda supaya berkelakuan baik)

azfar : orang agama lain bukan saudara kita?

aku tak pasti dia atau 'sesuatu' yang sedang bertanya kepadaku. dan tak pasti soalan menguji atau diuji. azfar ni ada sedikit persamaan sudah mula menconteng dan melukis. salah sebuah lukisannya yang aku kagumi ialah tentera gajah abrahah menyerang kota mekah. burung ababil datang melepaskan batu ke arah tentera tersebut. seekor burung ababil tersalah lontar sebiji batu termasuk dalam kaabah dan kaabah tersebut ada bendera jalur gemilang berkibar di atasnya. gambar profil aku di blog ni dialah yang lukis.

aku : saudara juga kerana semua manusia bapanya adalah Adam.

azfar : kalau manusia ada macam-macam bangsa, bapa mereka iaitu Adam bangsa apa? ketuanan apa?

aku : insan adalah bangsa 'muhammad' yang bermaksud 'yang terpuji'. itu pun kalau mereka menjadi insanul kamil..kalau tak - jadi camel je lah..

tulisan berwarna merah tu aku tambah sendiri..

12 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam bro
insan kamil...
manusia yg adalah makhluk yg sering melakukan salah dan silap...tiada kamil yang mampu dicapai yg penting bermohon ampun kepada ALLAH bila melakukan silap dan salah

Kuasai minda said...

Hanya yang sedar akan menanam hasrat untuk menjadi insan kamil. Kepada yang tidak sedar, mereka terus tergapai-gapai dan tenggelam. Mampukah kita menyelamatkan mereka semua?

kulupSakah said...

kamil-mukammil bisa saja dicapai setelah melepasi tingkat2 nafsu - ia berbeza dgn 'maksum'.
cuma pandangan mata lahiriah manusia gagal mengkitiraf makam insan di sisi yang maha suci.
Musa a.s ketika mendakwa dirinya paling hebat telah 'diajar' oleh yang maha esa dengan menghantar seorang insan yg lebih hebat dari musa untuk dia belajar.
Khidir a.s nampak 'songsang' tetapi ternyata ilmu Musa ketika itu gagal mengiktiraf Khidir dan Musa terlepas...wallahua'lam

Aa said...

Aku rasa la dari apa hang cerita mengenai Azfar ni terutama tentang lukisan tu. Aku berpendapat akalnya jauh lebih baik melampaui usianya.

Cempaka R.Minta said...

hii
uncel
cempaka kurang faham dengan koment ,org atas sekali tu

maun said...

Salam bro,

Tak habis-habis nak mengena......

azmietaha said...

AZFAR:
TERINGATKAN KISAH SI KECIL HANG NADIM, DIMAGSAI OLEH POLITIKUS YANG RAKUS!

kulupSakah said...

ye, abang mi jumpa azfarkan?
ralat 'dimangsai' diterima

Anonymous said...

KamilmuKamil cuma sorang jer. Sayyiduna Muhammad alMustoffa SAW

Jadi kamil pun anugerah semata...bilamana dah memang tersurat.

Penting cari dan tahu. Tingkat, martabat darjat tu kisahnya semata. Cuma cerita. Gambaran. Lukisan. Ada jalannya- ada awal tiada kesudahan.

Dah tau, pikul lah amanah sebaiknya tanpa rasa beban, atas Cinta semata-gitu je.

Cuak takkkkkkkkkk?

kulupSakah said...

mana kita tau ada sorang je?

Anonymous said...

Itu kadar pendapat semata. Harus pada hukum yang mencapai KamilmuKamil lebih seorang.
Kita mengatakan berbatang tubuh berbangsa Muhammad, maka setiap mukmin dari Muhammad.

Muhammad ada berapa?
Ya kadarnya pendapat- habis sini.

Term Papers said...

Amazing stuff, this kind of text I read first time, brilliant and surprised.