Wednesday, December 8, 2010

misteri tok ayah

mat korea ajak aku lepak mengeteh di benteng kerana ingin menemukan aku dengan tok ayah, orang tua kelantan yang menumpang teduh di surau taman perumahan tempat mat korea menyewa.
"tok ayah kata nak dok surau ni sebulan sepanjang ramadhan." kata mat korea. aku yang waktu itu masih di kolej dan hanya sekali-sekala balik kampung mengikut. sesampai di warung bahrin, aku diperkenalkan kepada tok ayah. dia menyambut tangan aku dan menggenggam erat. matanya tepat merenung mataku. aku dapat rasakan orang tua ini kuat bekerja sewaktu mudanya. dengan semutar putih, baju dan kain sarung putih lusuh seakan-akan sedondon dengan misai dan janggut sejemputnya yang juga memutih. dalam 70an barangkali umurnya.

"bagus." katanya sebaik saja melepaskan tanganku. aku tak faham makna bagus. dan kami berbual bersama seorang dua kawan lain. soal yang dalam-dalam. isi-isi. Tok ayah jarang bersuara dan hanya tersenyum mendengar. sesekali apabila bercakap kami mendengar dengan teliti sebab loghat kelantannya pekat. tuturnya lembut dan dia seperti berlaku adil ketika bercakap kerana matanya memandang ke semua ahli dan tidak tertumpu kepada mat korea saja atau aku atau yang lain.

sedang berbual Kaloi, kawan sekampung datang menyertai kumpulan kami tetapi mungkin disebabkan topik perbualan kami yang berkisarkan tuhan dan diri langsung tak menarik minat Kaloi, dia angkat punggung.

"Kawanmu tadi tu buat kotor dengan makwe dia malam semalam." kata tok ayah kepada mat korea (setelah diterjemahkan dari kelantan pekat) yang bermaksud Kaloi telah berzina dengan kekasihnya malam semalam.

"Macamana tok ayah tahu?" tanya Mat Korea. memang kami tahu sangat perangai buaya Kaloi sejak kecil lagi tetapi yang peliknya bagaimana tok ayah tahu?

"Apa pulak tak tahunya? makwe dia bagitahu aku sekejap tadi masa dia berbual dengan kamu."

kau faham tak?
maksud tok ayah, ketika kaloi menyertai kami berbual, makwe kaloi telah duduk di sebelah tok ayah dan menceritakan kepada tok ayah yang dia baru berzina dengan Kaloi. patutlah tok ayah semacam gelisah je memandang ke arah lain ketika kaloi bercakap.

nak faham lagi?
untuk makluman korang, kaloi datang seorang saja menyertai kumpulan kami dan TIADA pun makwenya ikut (pada pandangan kita) tapi tanpa kita sedar makwenya 'juga' datang bertemu tok ayah.

.........bzzzz..bzzz...
aku mula cuak apa maksud 'bagus' yang dia cakap kepada aku.

9 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

heee heee hee

Kuasai minda said...

Tinggi ilmu tok ayah tu...

peGuaM_BiSaYa said...

makwe bunian ke haper...hihi

KhairulMarhaen said...

kadangkala kita melihat yg "luar" sedangkan org lain merenung ke "dalam'..hehehe

Anonymous said...

bukan senang nak jumpa orang seperti tok ayah sekarang ini...sementara ada..tuntut la ilmu yang ada padanya....

Anonymous said...

dah cuak? ha tu la bagussssssss...

Jiazah said...

Boleh jumpa ilmu2 spti tok ayah tu.. kita je yg takut.. baru dgr je.. dh fikir mcm2.. bidaah la.. sesat la.. ktingalan zaman.. ada pula dh tahu tpi buat2 tk tahu, tk nk usaha.. tok ayah tk hebat.. dia sama je mcm org lain.. tpi kwn dia yg hebat.. tu yg tahu pasal kaloi tu

zuraimi said...

perghhh....

kantoi disitu...

Term Papers said...

Creative post that is written above, enjoyed and felt exciting while reading.