Thursday, December 30, 2010

tolonglah bagitahu aku alamat hari nak siang

masa kecik2 bila baca buku hikayat klasik lama2 kita akan jumpa gurindam atau...apa nak panggil menda di bawah ni?

yang buta datang berpimpin
yang capek datang bertongkat
yang....

itu untuk menggambarkan betapa ramainya yang datang sewaktu sultan buat keramaian. aku teringat tanda2 hari nak siang digambarkan dalam cerita klasik. aku cuba google tapi tak dapat. aku tak dapat menyusunnya dengan betul tapi baitnya lebih kurang begini:-

menguak kerbau di padang
embun jantan mentis
orang tua beralih tidur
kanak kanak dua kali jaga
anak muda pulang bertandang
itulah alamat hari nak siang

lebih kurang gitulah...sapa yang dapat betulkan atau dapat penuh rangkap tersebut tolong bagi.

persoalannya:- benarkah dari zaman dulu hingga kini anak mudanya memang kaki lepak..hari dah nak siang baru pulang bertandang. sedangkan ketika itu orang tua dah beralih tidur dari kiri ke kanan dan bayi dah menangis lapar minta susu. zaman dulu anak muda buat apa ha? haha..maknanya orang tua2 tak leh marah la ye tak pasal anak muda resamnya memang gitu

kemaskini

tak sampai 10 minit kawan aku rusnizam mahat respon:-

Gurindam Alamat Hari Nak Siang

Tengah malam sudah terlampau
Dinihari belum lagi tampak
Budak-budak dua kali jaga
Orang muda pulang bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik-rintik
Berbunyi kuang jauh ke tengah
Sering lanting riang di rimba
Melenguh lembu di kandang
Sambut menguak kerbau di kandang
Berkokok mendung merak mengigal
Fajar sidik menyingsing naik
Kicak kicau bunyi murai
Tabtibau melambung tinggi
Berkuku balam di hujung bendul
Terdenyut puyuh panjang bunyi
Puntung sejengkal tinggal sejari
Itulah alamat hari nak siang.


inilah canggihnya it

8 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nampaknya tak buleh nak salahkan anak muda dan remaja ...
penyakit lama la ni..oh bangsaku
cuma dulu tak de pone tak de mms dan tak de 3gp je..kalau idok bersepah

Anonymous said...

kau tanya anak muda buat apa dulu-dulu?senang aje jawabnya,perhatikan apa orang tua-tua buat..nak habaq hari nak siang pun berjela-jela punya karangan..jadi anak muda pun macam tu la juga..bila sembang ngan rakan,buat ayat saja 3/4 jam,mestila sampai pagi..heh heh heh..

HHRS 2.0 said...

MOHON SHARE LINK TUAN...

Sutera_suci said...

Tumpang tanya..

Tabtibau tu menda?

Pena Marhaen said...
This comment has been removed by the author.
Pena Marhaen said...

tabtibau tu sejenis burung...gurindam ni ada dalam buku perbilangan adat perpatih..hehe

Sutera_suci said...

Oo..burung..burung tabtibau eh?

Thanks!

Anonymous said...

lagu ini dipopularkan oleh Aripin Said bertajuk Alamat Hari Nak Siang album Nyanyian Rakyat (Untung-untungan) diterbitkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang