Sunday, March 20, 2011

aku dan taik bintang

dari dulu aku sangat teruja untuk mendekati seniman pujaan aku. sejak awal 20an aku selalu berangan kalaulah dapat berkawan dengan selebriti dan seniman-seniman, bertukar idea dan fikiran alangkah bestnye...
"kau minat mickey mantle? hey! dia buat banyak duit tau? kalau bapak kau tadak duit nak bayar sewa rumah kau ingat mickey mantle pedulik ke? dia tak pedulik pon!" lebih kurang gitulah dialog Sonny kepada budak didikannya Colegero dalam filem arahan DeNiro "Bronx Tales".
aku minat seniman tu. aku beli buku dia. aku beli album dia. aku pernah duduk semeja dengan dia bersama arwah loloq. dia belanja kami hari tu. minggu depan aku jumpa dia di CM. Dia angkat kening menandakan masih cam aku. tapi bila aku cuba bertanya tentang lukisan Aris Aziz yang dipegangnya, dia menjawab malas2 dan nak tak nak layan aku. dan ada beberapa kali aku jumpa dia dan ajak berbual - dia tak berapa layan. wal hal aku beli buku dia, album dia.
seorang lagi kawan seangkatannya juga pernah duduk semeja dengan kami tapi mamat seniman sohor ni hanya menung jauh tak cakap sepatah pun. bila berbicara tentang lagu dia, dia jawab nak tak nak...
kedua-dua mamat seni ini aku pangkah! mampuihlah lu...kalau tak peramah tak seniman ka?
- aku pernah menemani kawan untuk berjumpa dengan pihak jabatan yang diharap dapat membiayai kegiatan seninya. bersama kawan aku ni juga seorang seniman yang mengenali orang jabatan tersebut. sepanjang sejam lebih bersama, dia langsung tak mau bercakap dengan aku, aku salam dia pun dia sambut nak tak nak..
orang gila ni aku pangkah!
aku pernah lihat seorang pak cik datang dari jauh menghadiri satu majlis dan dia sangat nak bergambar dengan sorang lagi mamat seniman.mamat ni pun bergambar dengan muka masam dan langsung tak bercakap apa pun.. pak cik ni aku tengok kesian gak...tersengih2 malu..

tulah..kadang2 nampak macam star tapi bangang! zaman kerajaan korup ni berkuasa, seniman perakam suara rakyat ni semua kecut telor tak bersuara. jika satu hari nanti keadaan politik berubah aku rasa mereka ni akan berbondong2 keluar karya bodek kononnya selama ni mereka adalah penyokong.
cibai!
aku telah tidak mahu beli dan tengok apa2 pun karya seniman tak bertelur ini.

apa? M.Nasir ka? M.Nasir sombong?
sori..aku tak kenal M.Nasir dan dia tak kenal aku, tapi kami pernah berbual2 beberapa kali dan dia pernah sama2 mencicah pucuk ubi sambal belacan dalam piring yang sama dengan aku. dia tak pernah sombong.

6 comments:

Cikli said...

yang aku tahu m. nasir ni kuat pas. itu tokey kedai 'm.nasir cermin' kat kampung aku la. dia tak sombong!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
ipoh mali tatak sombong

AnakSemuaBangsa said...

kulup..aku suke ayat ini..~kadang2 nampak macam star tapi bangang! zaman kerajaan korup ni berkuasa,

dan ini..~dia pernah sama2 mencicah pucuk ubi sambal belacan dalam piring yang sama dengan aku.

intan.maisarah said...

M.nasir.

kamu makan juga sambal belacan ya

Marhaenonymous said...

jangan layan seniman perasan macam tu..

uncle gedek said...

Gua yang paling penting....

'lu' tak sombong!

tu je!