Friday, March 11, 2011

Sam Ahmad: Seperti kami, Allah sayang kamu!



Tidaklah aku mengenal rapat sangat dengan Sam Ahmad (berbaju hitam berdiri tepi tiang kiri). Arwah juga khabarnya dari kumpulan 'Bangsar' tempat geng-geng Institut Kajian Dasar (bawah Khalid Jaafar) dan Universiti Bangsar Utama (UBU) dipelopori Hishamuddin Rais.
Kali pertama bertemu di markas Blogger Pakatan Rakyat - Perak Network diterajui Mat Saman Kati sewaktu PRK Bukit Gantang. Mereka menjadikan sebuah rumah sebagai pusat operasi blogger yang melaporkan dari semasa ke semasa PRK Bukit Gantang. Ia menjadi sejarah kegemilangan blogger2 masa itu kerana liputan mereka cukup cepat dan tepat.
Sam ada di situ. Bersama blogger Topeng Perak (Perisik Rakyat), Albanjari, Mamamat, Sya Reformis (kini ketua srikandi PKR), UmmiHani, DugongDarat dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama). Aku sekeluarga datang bersama Mat Comot dan Pyanhabib.
Sam Ahmad tak banyak cakap tapi dia buat kerja-kerja penulisan, editing dan mengemaskini. Blog/website Mat saman Kati hidup di bawah air tangan Sam. Ya! Sam adalah OKU tapi pemikirannya OTU (Orang Terlebih Upaya).
Dia tak banyak bercakap dengan aku cuma sekadar tersenyum dan bertanyakan tentang kawan-kawan di Bangsar saja.
"Seganlah, saya kecil saja. Abang nama besar." katanya.
Sewaktu kami menganjurkan Malam Seni Rakyat di Kajang, Sam hadir bersama Blogger Network Perak . Dan sebagai pengacara, aku telah umumkan beberapa nama kawan-kawan yang hadir kecuali beberapa nama termasuk namanya. Aku khuatir Sam dan beberapa nama lain akan 'susah'. Benar! Selepas persembahan, aku ditanya SB siapa yang hadir. Aku tak sebut nama Sam. Bukan aku terlupa menyebut.
Baru-baru ini, entah kenapa sempat Sam chat dengan Sham di facebook bertanyakan khabar kami. Mungkin dia berasa itu 'sentuhan terakhir' dia untuk kami. Wallahua'lam.

Sam,
kamu lahir dan kamu kembali dengan nama yang cukup besar. Di jalan sejarah reformasi, kamu WUJUD! Sejarah takkan berbohong dan segala kerja-kerja kamu kini 'kekal' di alam siber dan akan ditonton generasi akan datang. Usia muda kamu telah kamu penuhi dengan jasa yang tak ternilai.
Kamulah yang bernama besar.
Al Fatihah!

6 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

Al-fatihah

Anonymous said...

selamat balik sam. fatehah untuk kamu.



jones

Anonymous said...

Salam Takziah kepada keluar serta rakan-rakan Sam. Saya terharu dan semoga rohnya di cucuri rahmat.

- wartamaya

iva said...

bismillah

ale jo said...

semoga keberkahan selalu menyertai mereka dan kita semua

Marhaenonymous said...

Al-Fatihah buat pejuang kami..

takziah juga pada keluarga arwah sam..