Tuesday, March 1, 2011

altakkesah bengong vs bangang

iklan dulu:-
jom tengok aku mengelentong..


ketika pilihanraya kecil sebuah kawasan di negeri yang dulunya zaman kegemilangan sultan tapi hari ini takde sultan, datanglah sang pemimpin parti pemerintah berkempen untuk membeli undi penduduk kawasan di situ. Sang pemimpin bangang ini telah melawat kampung Bengong.

"jika tuan-puan undi kami, akan kami hadiahkan wi-fi area yang laju." kata YB itu.

penduduk kampung terpegun kekaguman. "wow! Senanglah kita nak ke KL nanti. Naik wi-fi cepat sampai."

"kelajuannya mencapai 52,428,800 kilobytes." sembang YB itu lagi.

orang kampung ternganga. mereka berbisik sesama sendiri."laju sangat tuh, gayat! Mahu sampai ke Israel."

"Sebab ia mempunyai 50 gig." tambah YB ini lagi.

"patutlah laju, gigi gear dia banyak." sorak penghulu kampung kekaguman.

"Dengan teknologi itu, tuan-tuan bolehlah melayari internet!"

mak cik guru tadika seronok." Kapal layar pun ada, wow!"

YB tersebut menambah lagi," Bolehlah tuan-tuan buka akaun facebook nanti!"

"wow! kena buka akaunlah...bagus ni! Dulu ada ASN, ASB." Haji Din bersuara.

Dan parti tersebut menang pilihanraya kerana rakyat yang berkualiti telah mengundi mereka.

(idea asal: Raja Bad Hakim Shah)

5 comments:

Cikli said...

kah kah kah kalaulah hang tuah masih hidup.

Marhaenonymous said...

kesian kat orang kampung tu..dahlaa tak beraja asyik kena tipu je ...hahaha

daLyaanoon said...

pakcik kena tau, kalau ada wifi, pakai kalkulator pon bleh.

Zman said...

hahaha...sebut 52,428,800 kilobytes tuu nak bagi nampak banyak. Kalau sebut dlm gb bunyinya sikit...tak hebat. Ini ler Melayuku..

Irwan said...

mangkuk. masa PRK kat Bagan Pinang dulu pun, taktik sama jugak. Kat Temerloh semalam, dengarnya nak wujudkan 11 perkampungan WIFI.

KAlau setakat wifi p2p yang slow, pastu nak register pun cam hampeh, baik aku gi mamak. Lajuuu dowwhhh!!!

Ada kawan cakap pulak, masa PRK tempat dia, line henfon full bar. Habis jer PRK, line kaput.

The point here is: Tak habis-habis diorang ni nipu orang...