Saturday, March 19, 2011

gurindam alamat hari nak pilhanraya

Tengah malam fitnah terlampau
Dinihari belum lagi berhenti
Budak-budak blogger kena tangkap
Orang muda dikasi pesta
Orang tua dikelentong kelentang
Embun jantan rintik-rintik
Berbunyi katak lompat parti
Sering lanting riang di rtm
Melenguh perkasa di kandang
Sambut menguak kerbau di bukit tak aman
Berkokok mendung tivi tiga mengigal
kangkung bersongkok menyingsing naik
Kicak kicau utusan meloya
kegilaan melambung tinggi
Berkuku balam di hujung lokap
Terdenyut badak panjang bunyi
Puntung sejengkal tinggal sejari
Itulah alamat pilihanraya dah dekat.

7 comments:

Pena Marhaen said...

tak sabar nak mengundi..hehe

kulupSakah said...

aku tak sabar tak gi ngundi

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

bila nak pilihanraya satu negeri kena suap...

Cikli said...

nostradamus pun kagum dengan ini firasat

gedek! said...

Budak-budak blogger kena tangkap...

Lu bila nak kena tangkap?

kulupSakah said...

gua dah tak tuleh politik..takuut kene tangkap...gila ah! bahaya woo kalau kutuk gomen, kutuk ameno macam sial, kata najib penipu, rosmah kontrol, menteri rasuah, skandal sex
bahaya woo..
ops! tercakap lak

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kalu kena tahan mintak kat shah alam..senang aku antar nasik ayam hari hari