aku tak segan mengaku aku serba boleh. anugerah tuhan ini mesti aku hebahkan dan korang kena catatkan dalam batu jemala korang. kelemahan aku ialah aku suka merendah diri sejak kecil. filem back to the future sebenarnya akulah pelakon asal, bukan maikel j.musang. dia tewas 2 markah sewaktu diskrintest. segala penggambaran dah bermula. apabila di saat2 akhir babak hero hanya berspenda di dalam bilik yg sepatutnya takde diadakan, aku menolak. lalu penggambaran dibatalkan dan aku digugur. aku membantah kerana stand in yang mereka gunakan boroi tak sama langsung dengan aku.
aku juga sepatutnya bergandingan dengan demi moore dalam GHOST, bukan arwah patrick swayze, aku lari dari lokasi waktu babak cium kerana tak tahan mulut demi moore bau jeruk maman. sejak itu aku malas berlakon. gambar di bawah adalah hero2 hollywood ketika kami mengecap kegemilangan. sayangnya mereka mengambil gambar ni sewaktu aku ke tandas. dennis quaid yang memegang pintu telah mencuri tempat yg sepatutnya aku duduk wal hal dia tiada dalam senarai.
baru tak baru jugaklah haritu aku ditawarkan berlakon sebuah filem porno tempatan. dengan bayaran yang berbentuk kontrak membina loji nuklear mesra alam, penerbit datuk Tee meminta aku ke lokasi di perkosa..er..carcosa. aku agak keberatan pada mulanya tetapi untuk menguji semula kehebatan aku, aku terima. sampai di set penggambaranaku berasa tak sedap hati. mereka minta wajah aku disolek dengan janggut ala orang alim, mata kiri sedikit lebam dan meminta aku bertutur dalam loghat penang. aku kurang pandai, aku tak mahu filem spoil macam cerita anak mami - ada bukan orang penang cakap penang bunyinya macam tupai tercekik tempurung. sekali lagi untuk tempoh yang lama, aku berundur. datuk tee agak kecewa dan terpaksa menggantikan tempat aku dengan seorang yang sedikit boroi. booorooiii laaagi!
bukan aku tak reti cakap penang cuma lama tak praktis. 98 dulu - sebuah produksi pelawa aku odisyen uji suara loghat penang kerana mereka nak buat drama dalam bentuk kaset. sebagai insan serba boleh aku lulus. aku kena bawa watak suara lelaki penggoda sedang menggoda isteri politikus dengan loghat penang. nama aku anuwa. aku tak setuju sebab nama tu tak glamer. aku minta ditukar kepada nama lain seperti Raise Stim yang aku rasa sesuai sebagai lelaki gatal. lagi sekali aku digugurkan.
aku buat keputusan tak mahu berlakon. kalau nak pun, biarlah watak kecil2 je seperti watak budak pembancuh kopi yang warak tetapi diliwat. kecil tapi berkesan.
"the saddest thing in life is wasted talent"
tak mengapa. aku serba boleh. aku akan buat kerja lain. ijazah 8 sanawi dari pesantren al huda al maghrib di universitas sunan bono melayakkan aku menjadi mufti atau penceramah agama. aku yakin kerana aku amat arif dengan ilmu fiqh. memberi fatwa memang mudah. aku tahu hukum nikah di masjid tak boleh, upacara merenjis tidak haram. tertuduh boleh dianggap suci tanpa menggunakan hukum islam. cukup dengan bersumpah saja.
aku yakin aku layak.
aku insan serba boleh.
14 comments:
aku dah lama tau bro serba boleh..malaysia kan boleh..
apa-apa pun boleh..!!
lagi satu aku mmg dah agak yg berlakon porno tu bro kulup..hehe
kenapa kau kecoh? aku dah tulis yg aku tarik diri...memang hari tu aku boroi sket..la ni tak dah
pena marhaen: jangan bagitau orang lain..syy! antara kita-kita je
o.k..aku tak bocor rahsia..tapi bagi laa projek skit.
gua memang peminat lu no1 ..tapi gua kecewa lu tak ajak gua utuk suara latar... gua kecewa bila semua dvd dan keset lakunan dan suara lu ..diganti dengan saat akhir...
yang mengantikan lu semua mendapat anugerah oscar di sana kelak
kahakahakahakahakahakah
Kalu lu buat semua tu, lu sesuai jadi KulupSerakah.... kah kah kah
hii
uncel..
tidak takut ditangkap
system disini tidak boleh disentuh
itu yang cempaka risaukan
Betul.. awak memang serba boleh.. Malaysia boleh !!!
Memang serakah gilerrrr....
mak aiiee!!! kato wan den.tak ado cito lain koh,ni gotah tongah ghogo menjunam ghingit 50.00 tak ado dapek cam duli laie!!oghang kampong dah susah,tak nampak koh!!.sodokmi dahlah tak lalu wan dongar jantan samo jantan,ni plak apo!!? amoi cino amoi siam.tak bau surgo nudoh nudoh ni.
wan:dah ekau tulih yang wan khobar ni..
den:dah
wan:bak boghang apo..tuuulah!!
den:boghang tu apo wan?
wan:den sekeh budak ni kang!!
den:yang mano satu bighu koh hijau
wan:somueh lah!!
hi!!kih!!kih!!cito ni buek kojo den lobeh sonang untok saluran satu dipelda ni.
Tapi kenapa video hitam putih cam Charlie Chaplin, x stim langsung.
Aku gelak tak habis-habis sampai perut boroi aku jadi keras membayangkan rupa tupai tercekik tempurung sebab bukan orang Penang cakap Penang.
entry ni gua suke & terbaeek walaopon cm harem..hak hak hak tuih..jgn jd boroi derr..haha
Post a Comment