Tuesday, August 12, 2008

anak muda PAS! bawa usul ini ke muktamar!

sempena muktamar (bukan makan buah tamar atau muZAKARah) ini, diharap wira-wira muda PAS yang lantang lagi melantangkan bisa menggerakkan suhu suasana dengan usul-usul yang segar selaras dengan garislandas perjuangan Islam yang kamu fahami!
Jika benar sayangkan Islam dan Melayumu yang dirasakan semakin tergugat jika PR berkuasa (anehnya kekejaman UMNO-BN tiba2 hilang) bangkitkan :-
1) PAS harus tegas dan penuh komited membantah ISA dan menggesa tahanan tanpa bicara oleh UMNO-BN segera dibebaskan..(mesti terus berjuang bermati-matian dalam isu ini kerana ada orang melayu-islam sedang dizalimi saudara sendiri di dalamnya)
2) Isu murtad menjadi agenda wajib untuk PAS perangi memandangkan ia terlalu serius serang ini!
3) Bukan setakat mengharamkan dan mencela artis2 yang rendah moralnya, demi kepentingan agama, bangsa- anak-anak muda PAS mesti proaktif turun melihat anak-anak remaja bersekolah hanyut di CC, ponteng di kompleks membeli-belah , merempit dsb
4) Orang2 tua Islam juga banyak bersidai di kedai2 kopi, di kedai nombor ekor dan kelab malam..ini merosakkan ummah! Bantu kerajaan tangani semua ini!
5) Cadangkan (beserta kertas kerja) program tv yang akan dipenuhi siang-malam jika PR (berteraskan Islam diketuai PAS) memerintah dan siapkan garispanduan kod etika berpakaian artis serta syarat2 penerbitan program tv dan filem
6) Isu lambakan majalah2 hiburan sampah yang mendedahkan aurat orang2 melayu-islam yang menjadi 'arak' mengkhayalkan anak2 muda untuk terjun ke dunia glamour meninggalkan agenda menuntut ilmu.

Ruang ini terhad! Ini sebahagian saja..nampak enteng tetapi jika khuatir Islam Melayu terpinggir, geraknya mesti dimulakan oleh 'pejuang' itu sendiri..bukan menyalahkan orang lain atau lari meninggalkan masalah ini dan terus menuding orang lain..apalah diharap DAP memahami Islam sedang UMNO sendiri anda kata tak faham2..PKR dikatakan mengikut telunjuk kafir.
Ayuh! Saya yakin PAS sebagai parti senior mampu melakukan kerana ada beratus-ratus tokoh hebat seantero dunia telah dilahirkan didalamnya.
SELAMAT BERMUKTAMAR! Takbirrr!!

3 comments:

WAK JONO! said...

wak punya usul- adakan kelas spiritual kepada ahli2..banyakkan zikir2! baru datang nur!

matcomot said...

bang........buluh kalau di raut blh buat macam macam kraftangan yang cantik.buluh ni pokok seribu guna.sama mcm rebung.......buat masak lemak cili padi + perut.perghhhhhhhhhhhhhh

kulupSakah said...

buat meriam buluh lagi gempak!..pommmmm!!!