Friday, August 29, 2008

Merdeka yang "potong stim!"

Apa yang aku tulis kat entri sebelum ni bertajuk "apa?siapa dan bagaimana merdeka" adalah fakta yg kantoikan mood merdeka!

dahlah pagi tadi dapat sms:-

MAHKAMAH TINGGI SERTA MERTA MEMBUAT KEPUTUSAN MENBATALKAN KEMENANGAN DSAI KERANA LAPORAN HOSPITAL MENDAPATI SAIFUL BUHARI HAMIL TIGA BULAN"

cehhh!! lawak cap Rambutan betull!!
okeylah..fakta kelentong perihal merdeka ni boleh didapati di blog hisham rais"tukar tiub'jelebu!

cuma 1 lagi aku benci dengar lagu "keranamu Malaysia" dan "jalur Gemilang"

1. Cuba check lagu Keranamu tu kerana siapa? tahapahapa!! last sekali ada jerit "terima Kasih Malaysia"..... apahal nak terima kasih kepada Malaysia! Malaysia adalah benda "mati" yang cuma boleh bergerak apabila dihidupkan rakyatnya..ah! Lagu ni dicipta ketika ombak reformasi menggulung di mana ketika itu Kerajaan BN dalam fobia krisis kepercayaan rakyat!

2. Lagu Jalur gemilang tu kalau diperhatikan ada yang tertinggal setelah dia memberitahu warna merah tu apa...putih tu maknanya apa..biru dan kuning apa pula? 14 melintang jalurnya apa tandanya? Semua dibagitahu..
................... cuma dia lupa nak cakap apa makna bulan dan bintang tu? haaa!!! lupa ke atau saja tinggal? atau "bulan dan bintang" tu dah takde maknaa?
siapa tau?...sekolah rendah dulu2 kami ada belajar...
cuba tanya isham rais!

No comments: