lagu baru Black 'ISA' dinyanyikan bersama-sama keluarga mangsa tahanan ISA ,YB Saari Sungib dan pengerusi GMI Tn Syed Ibrahim Syed Noh.
lagu dedikasi untuk "Burhanuddin al Helmi' dari Amin Iskandar (Black)
malam itu dia kata Ibrahim Libya dan Memali adalah perjuangan menentang ISA paling berani dalam sejarah!
bertempat di bazaar melawati GMI dengan kerjasama dun hulu klang menganjurkan MALAM SENI TANPA BICARA- cukuplah 48 tahun akta yang zalim...
ruang yang terletak di medan selera ini berjaya menarik khalayak menonton persembahan2 peserta yg menyampaikan mesej kekejaman ISA! anda boleh ikuti ulasannya di BLOG Kak Nashitah (klik GERAKAN MANSUH ISA di link sebelah)
tapi sekalung tahniah kpd penganjur kerana mesej sampai dan sukses!! ruang terbuka begini ,tanpa berprotokol memudahkan rakyat menyertainya dan faham akan mesej..
aku sampai lambat tapi 'amukan' seniman rakyat Rahmat Haron bikin meremang bulu roma hadirin!! 3 lagu dendangan Black amin mendapat sambutan dan beliau sendiri terkejut cdnya laris tak berbekas..amat mengejutkan sang penyanyi sendiri!!haha...dengan bantuan salesgirl (?) Nora!!
tunggu akan datang mereka akan bikin havoc lagi!!
Syabas dan teruskan berjuang Tn. Syed Ibrahim Syed Noh (pengerusi GMI), Pn Noorlaila Othman dan anak, Pn Aliza Jaafar dan YB Saari Sungib (anda terlalu bekerja kuat) serta anak menantu, kak Nashita dan suami abg Bad juga anak-anak, Cikgu Siti Normah dan anak- keluarga2 mangsa tahanan ISA walau kurang mendapat sokongan orang-orang politik yang hanya menyibuk jika nama-nama besar muncul!!
(maaf -sekadar menyebut beberapa nama)
No comments:
Post a Comment