Abang Senin dan isteri pernah ditangkap hanya
kerana menjual vcd ceramah. Malam tadi mereka
dikasari penganjur ceramah di Taman Medan...
Bila gendang menang perang dipalu, bungaapi kemenangan dibakar, setanggi diperasap maka ramailah mengaku berjuang di medan perang sedang dulu sembunyi di balik ketiak kereta dan harta!
Aku tak mahu bermadah..straight to the point! Aku kadang2 meluat tengok perangai menuah-nuah "kaduk-kaduk" yang sibuk menghimpit-himpit sang Yang Berhormat atau dah mula jadi taukeh konsert "ceramah" di negeri-negeri PR!
Mereka yang baru perlu belajar mengenal asal-usul perjuangan dan yang dah lama pula jangan lupa rumput di bumi bila kaki baru mendaki busut!
Ada sesetengah penganjur ceramah sudah mula melupakan jasa-jasa 'skuad berani mati' atau 'penyebar maklumat perjuangan' yang sanggup berkorban ketika keperitan menegakkan agenda rasmi..Ya! Penerbit, pengedar dan penjual vcd ceramah (sebelum kedatangan vcd,mereka menjual kaset) hari ini kadang2 dihalau dengan sombong atau kadang-kadang terpaksa mengemis untuk menumpang berniaga di tapak2 ceramah..Hey!! mangkuk!! kemenangan ini bukan perjuangan kamu sahajalahh!! Mereka jelajah dari utara hingga selatan ..kadang2 dirampas..sanggup meninggalkan anak bini? Saudara Senin, Saudara Junaidi Kg Baru, Cikgu Azmi, Along NS, Salim, Haslan Ampang, Zali Gombak (sekadar menyebut beberapa nama) tidak pernah mengecek mana2 pemimpin tetapi terus berjuang dengan cara mereka..
Dari mana kamu dapat maklumat2 dahulu kalau tidak mereka yang edarkan?..mereka yang tidak luntur semangat apabila barang jualan dirampas, disaman,dilokap dan didakwa dilayan seperti tiada harga!!
Kawan2 blogger juga berkecil hati kerana dulu mereka dicari tetapi sekarang adakalanya tidak dibenarkan masuk kerana tiada kad press..ah! petugas2 ini selesa melayan the star, NSt dll..
Ada seorang 'mak bonda' yang selalu mengiringi YB cun ibu kota...bukan main lagi sekarangg ni..eh..eh!! lu sapa?
sebab itu aku tak heran kes petugas mengasari wartawan cina tuu...ada yang kata orang upahan UMNo..ahh!! kalau orang kita pun aku tak pelik!Kawan aku yang sekarang jadi ahli pasukan 'bodyguard' Anwar pun beberapa kali cuba taknak pandang aku semasa bertembung..
Piiraahhh!! aku anggap korang kulat-kulat sisir di atas tunggul!!
mereka ini
:-
Lebih senduduk dari getah
Lebih duduk dari lelah
Lebih mangkuk dari kuah
Lebih tokok dari tambah
Lebih rokok dari dadah
.................... dahlah bongok, makin menggelabah!
7 comments:
Astaghfirullah hal aziim. Aku tak sangka ada cecacing yang berlingkar di sekeliling wallpaper aku. Aku anggapkan cecacing tu pun part of wallpaper aku jugak. Rupanya, lebih rupanya aja...bebudak macam tu nak kena ajar sikit tu. Perjuangan ini milik rakyat BERSAMA. bukan rakyat tertentu saja!
cacing kerawit takpee..ni cacing pita...habis usus pun dia gigit
Minta Izin link ke blog den.Tak kasi? Peduli apa den..hehehe
Salam sedara...
Minta izin bookmarks blog ni...HEHEHE
Memang ramai kaduk naik junjung sekarang ni. Sebelum pilihanraya tak pernah nampak muka, bila dah menang mula la keluarkan kenyataan, "Kamilah yang memberi kemenangan". Kesian gak aku kat abang2, ngan kakak2 yang niaga ni. Kerana depalah hidupnya satu2 majlis ceramah. Kalau tak ada depa yang pakat dok kerumun majlis ceramah, hambarlah ceramah tersebut. Aku pernah lalui tahun sudah dan tahun-tahun sebelumnya bagaimana sunyinya program ceramah bila tak ada peniaga2 yang berani seperti depa. Bila depa mai ceramah, terhibur sikit hati aku. Bila tak mai, terasa hancur luluh hati walaupun program yang dibuat membariskan orang2 besar.
Alhamdulillah la ni aku tak perlu pikiaq lagi pasai ceramah. Aku dah tukaq bidang.
semua org ada hak bernafas syeikh
It is very true information about the country, that is great. What is it actually should be spread, thank you for the post. Keep it up.
Post a Comment