dah lama tak ke rumah Pak Engku. sesampai di rumah askar pencen lulusan darjah 6 tu, aku tengok dia ngelamun...punyalah terkejut dia bila aku sergah.
"hisy! tekojot den..ekau ni boto2 potong stim..den dah nak sampai langit ke7 dah tup-tup ekau sergah..jatuh balik kek sini..."marah betul orang tua ni..
"den pun nak jumpo Tuhan macam nabi mikraj tu..nak tanyo perintah solat tu masih kuatkuaso atau dah expired!..
aku tau dia perli aku tu..bukan kenen pasai aku tak semayang ke...pak engku ni tak pernah persoal keimanan orang..itu rahsia masing2 dengan Tuhan mereka. Dia sindir tentang kita yang macam takde rasa apa-apa melalui tarikh keramat israk walmikraj.
"ini peristiwa penting..bukan sedikit yang tak caya cerita ni...malah ada sahabat2 pun agak was2 kisah ni..ni cerita pelik yg menuntut kewarasan akal menimbangnya..macam kes baru tersedar 8 kali diliwat baru nak report...7 kali sebelumnya dia tak sedar." intro Pak Engku yang aku olah dari dialek nogorinya..orang tua ni bahaya sikit..bila syeikhnya sampai dia akan menjerit memaki kerajaan sambil mukanya dihadapkan ke rumah jiran-jirannya..'biar orang melayu umno ni tau! bukan cerdik manapun! nak translate apa itu umno pun tak tau..puiii!!'.
"kau ingat cerita seorang lelaki yg nk minta kat rasulullah ganti bilal untuk laungkan azan?" Pak Engku tukar topik. cerita Israk mikraj dia suruh aku kaji dalam2..
"ah! semua orang tau cerita ni..dipendekkan cerita lelaki yg suaranya lebih merdu dar bilal tu berjaya menggantikan Bilal untuk azan satu waktu subuh..menderu org datang lebih ramai dari biasa..ada yg dtg nk tau suara siapa yg sedap tu..ada yang tertanya2 sakitkah bilal.." cerita orang tua ni sambil memandang cicak yg menyorok di balik sticker 'dilarang merokok' yg ditampalnya di sudut ruang makan rumahnya.
"siangnya malaikat bertanya rasul ada tak sembhyang subuh tadi? rasul pelik dan mengatakan ada malah lebih ramai dari biasa!..kata malaikat suara azan tak sampai ke arasy!"..ini kerana lelaki itu hanya nak menunjuk2 sedap suaranya..tak seperti bilal yg ikhlas dan ada passion suaranya sampai ke arasy!"
soalan Pak Engku seterusnya membuat hidung aku gatal.."kau agaklah azan2 setiap masjid di Malaysia ni sampai tak ke arasy?"
aku macam biasalah...kalau tak tahu aku cuma diam je sambil gulung rokok daun."kau simpan Quran di rak rumah kau sama aras dengan buku-buku lain atau lebih tinggi?"dia tanya lagi..
"tentulah lebih tinggi..kalaupun jarang baca kita hormatlah kitab suci tu...takkan sama level dengan majalah lak?" aku jawab..
"macamana nak sampai kalau suara azan tu ditenggelami oleh bunyi bising mesin slot judi dan roulette Genting Highlands..bukankah pusat judi kita letakkan di maqam yg paling tinggi di banjaran titiwangsa..tulang belakang negara kita?"
No comments:
Post a Comment