gambar hiasan ->
Anwar dan Kulup Sakah yang pemalu..
Abad ini dan abad 20 yang berlalu 8 tahun lalu menyaksikan tiada siapa dapat menandingi karisma Anwar sebagai tokoh terulung bukan saja dalam Malaysia- malah tidak keterlaluan beliau adalah tokoh terhebat sekali di dalam dunia ini... cuma tulisan ini hanya untuk buktikan bahawa Anwar paling layak terajui negara kita..aku tak mahu buktikan dia tokoh terhebat dunia..tapi hujah di bawah sekaligus menyokong pengiktirafanku ini..
Mengapa Anwar paling layak?
sebab Anwar mewakili semua penduduk di dunia ini dari segenap lapisan dan golongan..tengok yaa..
1) Melayu
sebagai melayu beliau pernah dituduh ultra-melayu semasa masih seorang mahasiswa lagi kerana dikatakan ekstrim membela Bahasa Melayu sehingga dikatakan pernah menurunkan papan tanda Bahasa Inggeris di UM ketika itu.
2) Cina
dikatakan pro Cina ketika mengkritik pelaksanaan tempang DEB
3) India
dianggap 'Anwar the Boss" oleh masyarakat India ketika Hindraf bangun mencetuskan Makkal Sakthi
4) Agen Amerika
mewakili kuasa besar dunia - kehebatan Anwar diiktiraf USA
5) Agen CIA- juga dikatakan pernah berlatih dengan CIA (ingat tahun 98- kata Mahathir)
6) Agen Yahudi- bersahabat dengan puak yahudi, Yahudi pun iktiraf Anwar!
7) Agen Al- Qaeda- media Australia pernah menuduh Anwar agen AlQaeda dan Malaysia pun tumpang semangkuk menyiar dakwaan ini!
8) Lelaki tulen- Dr Mahathir pada 98 mendakwa ditemui wanita-wanita berbagai bangsa di peringkat antarabangsa yang mengaku pernah menjalinkan hubungan seks dengan Anwar. Terbukti anwar lelaki yang hebat dan disukai wanita-wanita antarabangsa
9) Gay- Anwar dikatakan meliwat staffnya sendiri- (kecuali Ezam..tu pasal dia frust masuk UMNO semula)- maknanya Anwar mewakili kaum gay, mak nyah dan sebagainya!
10) bersahabat dengan tokoh2 agama seperti Syeikh Yusof Qardhawi, Syeikh Taha Jabir, Jamal Birzinji dll
- Nah! tak hebatkah? Pernah anda jumpa seorang manusia menjadi agen berbagai-bagai Institusi?Semua golongan dia wakili, sudah sewajarnya beliau diiktiraf sebagai Perdana Menteri Malaysia ke6 dan Penghulu Planet Bumi Abad Ini!!
6 comments:
salam Bro...
Hebat2 memang hebat kalau nak dibandingkan kepimpinan teritnggi UMNO yang ada terutama Naib Presiden UMNO sekarang.. hampehhh.
wow hebat.......DBKL pun takut dgn ejen skrg.tapi tengahhari semua pondok ejen tiket kat deret kfc puduraya kena roboh.
maybe pasni ejen jualan langsung pun tak blh...
DBKL
Duit Bayar Kow-tim Lagi
sdr kulup sakah,
ini entri paling menarik sepanjang zaman.
analisis yg cukup bernas dan tajam.
ala najwan..
tak kenal abang ke? haha!!
kita penah berbual2 dan selalu bersua..ops!!dah ingat? rahsiakan!!
Salam,
penuh sinis tapi bernas... syabas...
rfeev di qanunfiatdunia.blogspot.com
Post a Comment