aku rasa nak berbogel semasa menulis ni..Panas sungguh dengan kenyataan berbentuk amaran Hj Hadi yang mengugut PAS(atau dia dan geng2 dia je) akan keluar PR jika kerajaan PR pimpinan anwar meminggirkan Islam apabila membentuk kerajaan baru 16 Sept nanti..
Tulisan Ustaz(self-proclaim)Nasaruddin Tantawi lagi membakar bulu hidung aku. Hoi apa dah jadi ni? ketika sentimen rakyat bawahan pelbagai golongan sama ada dari rakyat atas pagar atauDAP, PKR malah PAS sendiri mengharapkan Anwar masuk ke parlimen tiba-tiba pimpinan atasan mabuk todi meracau-racau bagai dirasuk jin Amanuu!
Nasarudin Tantawi kata dia tidak mahu meruntuhkan kerajaan jahiliyyah dan menubuh kerajaan jahiliyyah yang baru juga..amboii!! bab gelar menggelar ni bagi kat depalah..'jumudlah! 'khurafatlah jika UMNO kata hanya BN saja yang mampu perintah Malaysia'..'kafirlah'...tapi [pi muZAKARrah dengan UMNo.kononnya demi kepentingan Islam (buat senyap2..dalam PKR pun ada orang Islam, ABIM,JIM dan lain2 kenapa tak dijemput?)
Apa maksud jahiliyyah? 50 tahun PAS tertubuh, sebutkan satu tokoh yang mereka lahirkan sehingga disegani seantero dunia? Tok Guru Nik Aziz? ahh!! Orang tua hebat itu pun tidak mereka hiraukan malah dibiarkan saja batin Tok guru perit kala Nik Adli dikurung di ISA! Apakah Anwar jahil? Nasaruddin menyifatkan janganlah kita lari dari buaya lalu masuk ke mulut harimau kerana buaya ganasnya di air saja tapi harimau lebih bahaya ..Anwar harimau bahaya? Hey unstart! Anwar berkali-kali tegaskan hak Islam dan Melayu jangan dipertikaikan dan rakyat dari pelbagai kaum sudah faham ini, mengapa kamu masih sangsi lagi? Kamu nak apa? kamu marah kerana populariti ketua kamu tenggelam? Islam terpinggir atau kamu rasa kamu terpinggir?
aku bukan taksub dengan Anwar.(orang PAS selalu kata UMNO taksub tapi mereka apa kurangnya>?) tapi adakah kita mempunyai lagi tokoh seperti ini? Iman bukan terletak di serban atau di jubah XXXL (pelindung perut boroi) saja.. kekuatan tauhid pada Anwar harus dicontohi..bersikap waras dan tenang dalam menghadapi fitnah 10 tahun menuntut kesabaran yang bukan sedikit syeikh? Difitnah,diaibkan,dipenjara bukan mudah untuk dilalui.. ramai yang tersungkur..ezam tersungkur, sebelum itu ramai lagi..Lokman Adam, malah pimpinan hebat Al Arqam pun lingkup dan hilang bisa..begitu jua kisah ulama2 silam yang tewas dengan seksaan mahupun sogokan pangkat, wang dan nama (PAWANA)..Tapi ketauhidan Anwar untuk tidak tunduk kepada makhluk selain Allah wajar dicontohi..Islam bukan sekadar mengerjakan Rukun Islam tetapi memperhalusi rukun Iman.. dan menghayati Ihsan (ustart lebih arif bab istilah2 ni..macam istilah yang ustart sebut tu..apa dia?.."Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur?" ah! tergeliat lidah!mana yang dikatakan Percaya kepada Allah dan Rasul? Cuba bayangkan apakah kita termasuk ustart dan ketua ustart boleh gagah menghadapi dugaan seperti Anwar atau terus angkat bendera putih pada hari pertama lagi? baru kena bongkar isu muZAKARah dah melenting sampai ke langit!Tauhid kepada Yang Maha Esa..
Mengapa diungkit tentang ketuanan Melayu dan hak Islam ini? Perlembagaan Persekutuan dah jelas membela hak Melayu Islam, cuma kepimpinan yang adil, berani dan punya kredibiliti saja yang mampu menangani perkara ini..kita kena harungi perkara ini..tak boleh elak..selesaikan dengan telus! Melayu,Cina,India nyanyi Negaraku yang sama, ini hakikat! Tiada siapa mahu kekacauan! Menjadi tugas kita orang Melayu Islam untuk tunjukkan contoh yang baik agar mereka yakin Islam itu menjamin kesejahteraan.. kalau tak yakin dengan agama kita sendiri jangan harap mereka yakin..kalau tak boleh menerima kaum lain buang saja slogan 'Pas Untuk Semua' dalam rimba hijau dan isytiharkan kepada mereka kami tak mahu undi daripada anda! bubarkan "Kelab Penyokong PAS" sebab kamu kafir!Bab ni korang boleh baca tulisan orang lain..aku rasa pendapatnya sama saja! Patutlah Sukarno beritahu Megawati bahawa "perjuangan menghalau penjajah olehku amat sukar! Tetapi perjuanganmu lebih sukar kerana kamu melawan anak bangsamu sendiri!"
cuma kalimah "perjuangan suci" yang disebutkan ustart menggelikan usus besarku! Hai!! sejarah Uhud akan berulang nampaknya..di kala sibuk meraikan kemenangan dengan harta rampasan,kita diserang musuh luar dan dalam dan terus ghaib di muka bumi ini!
Ustart lebih arif tentang sirah Nabi bagaimana Nabi terpaksa gugurkan kalimah Allah dan Rasulullah dalam sebuah perjanjian dengan puak kafir kerana faktor semasa tidak mengizinkan..bukanlah Baginda hendak meminggirkan Islam (sahabat juga protes tindakan Rasulullah SAW pada masa itu)..akhirnya kemenangan diperolehi kerana sifat fatanah itu! kita bukan fatanah..tapi sokong fitnah!
Lebih geli lagi apabila ustart kata sekurang2nya UMno itu ahli syahadah daripada ahli PR lain yang kafir.. Mangkuk!! Syahadah bukan sekadar ucapan saja..ahli syahadah boleh fitnah orang lain liwat? boleh bunuh orang, makan rasuah, kurung saudara dalam ISA? Syahadah adalah pengakuan untuk terus berada dalam landasan "Hamba Allah dan pengikut Rasul"..24jam sehari semalam! (sebab itu ada pecahan 24 huruh kalimah syahadah tuu menandakan setiap detik tidak tergelincir!) Habis tu ahli BN selain UMNO tu bukan kafir yang menjarah harta rakyat?
...saya penatlah syeikh! tapi kalau nak keluar jugak..piiraahh!! keluarlah... kesian Islam dihina oleh ahlinya sendiri yang mengaku alim tetapi lari dari permasalahan! Cuma satu kami nak ingatkan...KAMI JUGA SAYANGKAN MELAYU DAN ISLAM! KAMI CINTA ALLAH DAN RASULNYA!KAMI SAYANGKAN SEMUA INSAN TAK KIRA APA AGAMA DAN KAUM DAN KAMI INGIN TUNJUKKAN KEPADA MEREKA ISLAM ITU SEJAHTERA! innallaha ya'muru bil 'adli wal ehsan!
9 comments:
Rileks laa bang, awat melinting teruk sangat. Baru cucuk sikit dah melenting. Jangan laa baca yang tersurat ja, yang tersurat laa patut kita para blogger kaji, huraikan, bahaskan.
Aku rasa Hj Hadi tak berapa nak tuju kat Anwar, tapi lebih kepada para pelobi kuasa Islam Liberal yang dah mula main jarum melalui Pakatan Rakyat.
PAS dah lama berpolitik, dah cukup masak dengan Fiqh Aulawiyat. Dah pernah berkawan dengan hampir semua jenis pegangan politik.
Ikutilah perbahasan masa muktamar nanti, tengok macammana cara pimpinan PAS read berween the line.
hihii!!
Sabar bang. Tuan Guru tembak orang lain tu. Tapi amat wajarlah DSAI tunjuk respon bagi menunjukkan ketokohan kepimpinannya.
salam...
TGHH ibarat marah anak sindir menantu tu...nak marah menantu takut merajuk..apa2 pun kita tunggu dan lihat...
sabar itu sebahagian dari iman...
wallahualam..
hmm....ntah laa...apa2 pn gua respek lu punya tulisan...terangkat bulu idung...siap rasa nk gentel jer telor ngan pelawak2 tuh...
sabar...kalau kat cc jan bogel.kat rumah takpa.
...kita nantikan saat ini sekian lama..dan ia hampir tiba..tiba2 ya tiba2.. sedang pedang terhunus untuk mencantas musuh- kawan pula yang menyorongkan kepala! ini bukan tulisan sembrono!..sumber yang sahih!
mat comot...
yang pastinya aku kat umah atas katil...bertuala....hehehe....bkn kt cc
pakai cawat besi lagi selamat..nak buka kena ada password..selamat dari diliwat!
Post a Comment