Sunday, October 18, 2009

Satu perjalanan seribu rasa! (Tajuk macam baguih)

"kalau kau tak balik Raya tak mengapa lagi, tapi kalau Deepavali pun tak balik, ini dah melampau!"..otakku mengancam. Aku anak yang soleh dan tak mahu jadi derhaka.
Maka kami sekeluarga pun menghidupkan jentera mobil dan membelah dada lebuhraya KL-Karak pada petang Sabtu haritu. Apabila lalu di km32 tempat kereta kami tersadai 1 Syawal lalu sehingga menggagalkan beraya di kampung, kami ketawa kelat. Ketawa Tok Bomoh demam yang lalu depan hospital.
Paling seronok bila dapat tahu ke semua anak kepada bapak aku turut juga balik kampung. Ya! kami adik beradik berkumpul. Sesuatu yang tak pernah dilakukan pada hari Diwali.
Bila dah berkumpul tentulah acara makan-makan menjadi agenda utama. Adat orang kita!

Kak Yong aku sedang memproses durian untuk dijadikan al-tempoyak..
Pagi Ahad aku ke pekan sehari. Masa bebudak dulu pekan sehari adalah program paling meriah yang wajib kami sertai. Menyaksikan orang ramai membeli-belah cukup menyeronokkan. Agenda utama kami masa tu: beli apam balik!
hah! Petai? yummy yummy- tekak Melayu aku mula menggelupur
Lama tak nampak buah salak. Masa bebudak2 dulu rajin jugak masuk hutan cari buah salak bila musim datang.La ni asyik lalu Salak South jelahh..
Berposing macam Gedek. Aku dah mula lihat Pekan sehari 1malaysia ni dibudayakan di daerah kami sejak aku mula meninggalkan botol susu apabila mak menyumbatkan jadam ke mulutku dulu.
Ni stesen bas. Waktu era rock kapak tempat ni antara tempat yang menarik untuk kami melepak. Dulu ada kedai kaset milik abang Nasar yang selalu memainkan lagu-lagu Rock dengan kuatnya. kami rasa macam berada di madison Square Garden masa tu. Paling syok bila mat-minah felda turun memperagakan fesyen glam rock masa tu. Anak-anak orang asli juga tak ketinggalan. Baju loudness, seluar fit kakachi, kasut Nike, Aliph atau boot kulit..Peh! Aku rasa Alice Cooper, Amy Search atau Kiss pun menggelepar tengok dressing depa!
Dua bangunan di atas ni asalnya panggung wayang. Sejak era video player menyeerang sekitar 80an, panggung ni dikitar menjadi pasar raya. Tingkat atas bangunan tinggi tu dulu tempat ayam-ayam tua mencari nafkah menjual daging tiga seginya. Aku tak pasti hari ni reban itu masih beroperasi atau tidak.
Pak Cik sebelah rumah bagi durian. Peh! kami pun membedal dengan rakus. Untuk pengetahuan korang, keturunan kami memang agak 'tak cantik' tertib ketika makan. Ahaha!
Sembang-sembang, gelak ketawa membahagiakan. Walaupun keluarga aku tidak besar tetapi orang tua aku pasti bahagia hari tu..
Aku anak ketiga dari empat beradik dan aku seorang saja lelaki tetapi ipar-ipar aku dan isteri aku mampu menggamatkan suasana. Apak juga seorang yang kelakar. Kak Yong dan aku biasanya akan jadi penghibur dengan lawak-lawak kami. Kak Intan dan adik hanya tumpang ketawa.
Seribu nikmat rasanya bila dapat menggembirakan orang tua.
Waktu perjalanan pulang, aku lihat senja di banjaran Titiwangsa cukup cemerlang.
Cahayanya meresap ke jiwa aku. Mujurlah wiper kelopak mataku masih berfungsi dengan baik dan mampu mengelap sebelum air mata tumpah.
Teringat petikan ayat; "Nikmat Allah yang bagaimana lagi hendak kamu dustakan?"

13 comments:

uncle gedek said...

Eh? Aku pon terlibat dalam ini filim? Kah kah kah!

AnakSemuaBangsa said...

perhh...balik kg tu..
era rock kapak bus stand tu.. tempat yg paling meriah.. Aliph so cool..sayang..taman kat sebelah tu dah tak wujud lg..
teringat kenangan melepak di cafe house disebelah panggung tu..hehehe..

Syawal Ipoh said...

Cool la....
Memberi inspirasi....
hehehe

benludin said...

petai tu kalau dibuat jeruk,pas tu makan dgn ais krim vanila mmg terangkat!!! haha..

kulupSakah said...

gedek,
director amat nesfu kena enterframe gak!

anaksemuabangsa,
peh! pekena ABC dok 2 jam layan movie..huhu! takpun snooker seround!

syawal,
inspirasi pebendanye?

benludin,
petai tu biasa kita makan macam pop corn je dalam panggung wayang! huhooo!

ubilepih said...

Keh pun rajin dulu2 melepak kat panggung tu..dan sampai skrng keh masih pulun ABC Bentong yg tesohor tu..kah..kah..kah..paling keh suka tgk bro yang rambut panjang yang menjual kat stesen bas tu...dia tu adik beradika syeh husain ke weh?

Hanisham Ab Halim said...

Dulu masa aku kecik-kecik pekan sehari itulah tempat selalu aku pegi kalau hujung minggu teman mak aku. Mike dok Bentong kat mane yop??? Mak kome orang Bilut.

kulupSakah said...

ubilepih,
ABC Kow Po hampir menjadi acara wajib aku kalu balik kampung! baskin robin Bentong namanye!

web,
camana ko tau tu Bentong? hihi! aku dok Chamang!

cicit kulup sakah said...

mike bkn 4 beradik je..tp ade lg adik beradik yg lain..nasib adik mike ni xde..kalau x lg riuh lahh..hahahaha

kulupSakah said...

hisyyy..ngancok

hafiz zainuddin said...

salam bro!

Hanisham Ab Halim said...

Lub,
Aku membesar kat Bilut. Sekali imbas je aku dah boleh tau bandar bentong.. hehehhe

swai said...

macam kenal aje tempat ni!

ah!! nak balik la jap lagi!!
:)