sebaik saja masuk simpang selepas petronas brikfil, aku ditahan sekumpulan polis berseragam. mereka meminta kad pengenalan dan lesen.
"ada apa ni ya?" tanyaku sambil mengeluarkan lesen dan ic.
"pemeriksaan biasa!" kata pegawai polis tu. dia memeriksa lesen aku dan kemudian bertanya,
" tengok road tax?".
untuk pengetahuan tuan/puan budiman, motor aku dah 5 tahun tak berodtek manakala sebuah keretaku dapat lesen agong (takde rodtek juga) sejak PRK Ijok dulu (alah..yang TS Khalid tewas tuu..). Ini aku lakukan kerana aku rasa membayar tol dan petrol yang mahal sudah melayakkan aku menggunakan jalanraya. tak perlu rodtex sebab dah banyak tax yang aku dah bayar. eleh, pak menteri tu bukannya bayar tol dan petrol pun..
"takde" jawabku. dia segera mengambil buku saman dan menulis sesuatu. "takde ke?"tanya dia lagi.
"tertinggal!" jawabku. mungkin dia faham tertinggal di rumah.maksud aku tertinggal dek zaman.
Pegawai ini bertanya kepada kawannya yang aku lihat seperti ketua kumpulan tersebut," kita tulis 'gagal pamerkan cukai jalan ye tak'?"
seorang pemuda india merayu , katanya lesennya tertinggal di pejabat yang tak jauh dari situ tetapi ketua berkata, "orang lain pun kena saman juga!".
Aku mula gatal tangan dan mengambil gambar dengan kamera henfonku. menderu ketua geng ni dan beberapa yang lain merapati aku.
"kau ni kang aku gari kang malu tau dak? kalau aku saman kau nanti kau mampu ke bayar?" kasar suara ketua ni.
"apasal?" kata aku. "aku cuma ambil gambar motor aku je!"
"mana?" tanya dia. Aku menunjukkan dua gambar yang aku sertakan ini.
"nasib baik! Aku takut kau ambil gambar kitorang ni!" kata dia.
"takut pasaipa?" tanya aku.
"takdelah takut! " kata dia.
"aku hormati korang jalankan tugas tapi tak payah ugut-ugut aku!" kata aku.
"kau yang ugut kitorang!" kata dia.
"aku akui aku salah......"
"ha! kalau salah ngaku jelah!" kasar lagi dia.
"tapi tak payah nak ugut gari ke nak saman aku! Aku tak takut! aku banyak kes saman. menteri pun aku saman!"
"kau kerja apa?" tanya yang seorang lagi. kasar juga. aku jawab profesion aku dan sepantas kilat dia tanya di mana pusat tempatku bertugas, mungkin dia ingat aku menipu dan akan tergagap menjawab. Apabila aku menjawab lancar mereka terdiam dan ke semuanya tidak mengendahkan aku lagi.
tinggal pegawai yang menulis buku saman saja dan seorang lagi yang aku lihat sangat muda. si muda ini cuba senyum pada aku dan aku membalas senyuman itu. Si penulis buku memulangkan dokumen aku dan cuba menghulur tangan untuk bersalam. Tapi aku seperti terlupa menyambutnya. Aku mengucapkan terima kasih kepada mereka semua tetapi mereka malas-malas nak layan...
hai! kelkatu pastilah tersangkut di sarang labah-labah tetapi tebuan bukan saja lepas, sarang pun rabak!
11 comments:
Masalahnya bukan takat tebuan, tapi depa guna water canon FRU, siap bom asap lagi, lab-labah pun pedih mata.
lu beli je seven five o kale putih. gua gerenti x kena saman..
tih tih tih
bang kulup bagi je sebijik senang!
Bhai...
Lu kerja aper haa.... hahahaha
Lawyer.. Majisteret .. Ahli Musik... hahahaha
Lain kali kalu kes camni...pura-pura kata pinjam motor kawan..lupa minta roadtac kat dia...saya dulu pun pernah kena tahan...kerana tak pasang lampu...( memang saya tak perasan pun lampu tak menyala...) saya turun motor, pura-pura cari di mana suiz lampu...saya cakap pinjam moto suami ni..tak tahu mana suiz...heheh nasib perempuan ..pecaya juga polis tu..
Bro,
Macam berjanji la plak,
Aku pun baru kena saman sebab
Lampu brek sebelah KIRI kancil tak idup.
Yang ikan bilis cam kita memang kena SAMAN selalu,
Yang kereta BESAR tinted hitam LEPAS selalu,
Bab keje lu gua tau lu keje apa..hehe,
Sadiqin dari JERIT ada bgtau profesion lu masa jmpa kat Program Johor raya lepas.
Salam perkenalan..
Ada satu kisah benar..Satu masa dulu kawan aku kemalangan dengan polis...motor bertembung motor..sekadar jatuh kedua duanya tak cedera...Kawan aku ni "otaknya" kureng sikit..
Apa lagi secepat itu polis tu minta lesen...Kawan inipun tunujukkan lesennya..lepas tu kawan ni dengan berani minta tengok lesen polis tu...Terkejut berok polis tu..Tak pernah ada orang awam minta lesen polis...siap amaran kalau tak ada dia nak repot OCPD..polis ni pula yang takut sebab dia tak ada lesen..minta selesai disitu sahaja..tak payah dipanjang... panjangkan...Faham faham lah...
author faethal,
sadiqin pecah lobang? hahaha!
Lu kenal kan Sadiqin Omar,geng JERIT Johor.
Masa borak2 dgn dia pasal Gedung Kartun,dia tanya aku keje apa.
(Profesion aku sama dgn lu..wakakak)
Dia pun cakap la,
"Wah,lu sama macam Ronasina dengan Kulup Sakah la!"
Pastu dia boleh gelakkan gua plak!
Cheh!
FTP......dari NWA
Saya pernah kena saman motor masa pergi ceramah PAS...hampeh betul...
Motor saya memang motor serba kurang...
Lesen, lampu depan, lampu belakang,
bawa org, insuran..bla bla bla....
Semua saman saya dapat sekeping-sekeping utk setiap kesalahan...
Kalau tak silap ingatan hampir sembilan keping surat saman utk malam tu kepada saya sorang....
Pasal ceramah PAS, ada plak rodblok...hampes betul...
Post a Comment