Wednesday, November 18, 2009

apa cerita Cermin Mimpi?

PERINGATAN: jika kau google labunkulupsakah.blogspot.com kau akan jumpa blog ini (klik di sini) dengan profilenya bernama "keri". Ini bukan blog aku dan tiada kena mengena dengan aku. Isteri aku jumpanya minggu lepas tapi aku tak ambil pot. tapi tadi bila aku jumpa di fesbuk ada orang guna nama "Rona Sina" (nama lama aku di fesbuk sebelum aku tukar kepada Ronasina Kartunis) aku kena bagitahu bahawa kedua-duanya (labunkulupsakah.blogspot.com dan Rona Sina) bukan aku! Bukan aku!

CERMIN MIMPI

Di balik Cermin Mimpi
Aku melihat engkau

Di dalam engkau
aku melihat aku
ternyata kita adalah sama

di arena mimpi yang penuh bermakna

bila bulan bersatu dengan mentari
bayang-bayangku hilang diselubungi kerdip nurani

mencurah kasih
kasih murni

mencurah kasih

di balik cermin
cermin mimpi
ada realiti yang tidak kita sedari

hanya keyakinan dapat merestui
hakikat cinta yang sejati
hakikat cinta yang sejati

dengan tersingkapnya tabir siang
wajah kita jelas terbayang

dan terpecah cermin mimpi

menjadi sinar pelangi

lagu Mat Nasior lirik S. Amin Shahab

Ni aku punya interpretasi

cermin adalah alat yang digunakan untuk melihat wajah kita dan mimpi adalah suatu "misteri". Dengan menggunakan "cermin mimpi" dapatlah kita menelek diri kita yang sebenar dan yang dipantulkan dari dalam diri. Rupa-rupanya 'wajah' diri terdiri, wajah terperi dan wajah diri sebenar diri adalah serupa lagi sama. Ia satu, sama lagi saksama.

rangkap 2 tu :- bila cahaya bersatu semula dengan cahaya, lenyaplah diri palsu nyatalah diri yang sebenar diri. Yang hakiki, yang satu tak terbilang.. lalu diri yang menanggung rahsia batin akur dengan hakikat dan dia melakukan segala perbuatan itu dengan jujur ikhlas untuk diri sebenar diri. Kerana cahaya yang terpercik dari cahaya azali akan bersatu semula. maka itu setiap perlakuannya adalah penyerahan, memulangkan semula kepada yang Maha Suci.

Dengan 'alat'yang dipanggil cermin mimpi ini dapat dibongkar realiti yang tak kita sedari. Cuma keyakinan yang haq dapat merasai dan mencapai apa yang dikatakan makrifat. dari yaqin ke ainulyaqin mendaki ke tangga haqqulyaqin!
Apabila diri ini binasa, nyatalah diri sebenar diri, itulah hayat yang ada gerak-bergerak sebelum pulang melebur bersatu di daerah mahameru...

paham dak atau semakin pening? Hey, aku gunakan cara yang paling mudah untuk kalian tau? haha sori!

9 comments:

Adek Abigail said...

bro... tu la agaknya ada org tumbuk cermin kot..

maun said...

Bila muncul yang Haq, maka hancurlah yang batil...Bila muncul Sang Kadim apa ada makna lagi Si Baru..duduk tunduk bersimpuh hina dina dalam ketakutan merasa kebodohan tanpa kuasa malah dipaksa.Jatuh meleleh keringat bagai Kun memaksa fayakun. Zat bertemu zat..Nur di atas nur, apa yang tinggal melainkan rintihan tidak ada daya dan upaya dan kesedaran dari Dia kita datang dan kepadaNya lah kita kembali. Dari Nur kepada nur dan kepada Nur itulah akhirnya kembali segala setiap nur.

Bila sempurna, kosonglah hati, masuklah Nur, hilanglah wajah diri terdiri, lahirlah wajah diri sebenar diri..yang zahir menjadi batin, yang batin menjadi zahir, maka lahirlah Muhammad yakni akhlak terpuji penyudah matlamat dijadikan Ad-din....Zahirnya Muhammad, batinnya Allah.

Bila lampu di pasang, menjadi teranglah bilik, tampak lah apa yang ada cermin dari Yang bercermin walaupun hakikatnya Yang bercermin itu bukanlah seperti apa yang ada di dalam cermin. Hakikat di belakang cermin tiada alim yang mengetahuinya.

Hanya yang Wujud mengetahui adaNya, yang tiada hanya mengetahui bila di adakan, itupun jika diberitahu.....

moses said...

Patut la Jibrail dok tepi Sungai Nil masa nak buat Adam dulu.... huhuhu

Tunsiber said...

Nak gilap balik...cermin-cermin yang dah makin malap...nak refresh balik...mimpi-mimpi yang dah makin lesap...

uncle gedek said...

Gua tiap-tiap hari tengok cermin. Tapi gua tak nampak muka gua... Gua nampak kereta belakang!

is said...

Thursday, November 19, 2009
DARUL WHISKEY vs DARUL ARAK?

POSTING saya pada 16 Nov lepas bertajuk Kota Arak di Selangor nampaknya menarik pandangan beberapa bloggers. Sebuah blog yang pro-pembangkang membangkit soal pusat pengedaran Guinness Anchor Marketing di Jalan Sultan Azlan Shah yang kononnya terletak di bawah DUN Sungai Rapat (DUN BN).

Seperti biasa blogger-blogger ini melemparkan tuduhan kononnya kelulusan untuk membuka pusat pengedaran itu di buat oleh kerajaan Barisan Nasional. Saya juga tersentak di atas tuduhan berkenaan oleh seorang blogger yang menuduh saya sebagai "lahabau-lahanat".

Bagaimanapun saya tidak terdidik dengan perangai seperti itu. Baik oleh kedua ibubapa saya mahupun guru-guru juga "boss" saya Dr Zambry. Mungkin blogger berkenaan terlepas kelas akhlak sewaktu di sekolah atau kedua ibubapanya terlupa untuk mengajar beliau perkataan sopan dan menjadi manusia beradab, wallahualam bissawab.

Berbalik kepada tuduhan yang dibuat oleh dua blogger PAS, itu dalam semakan yang dibuat untuk membuka pusat pengedaran seperti itu tidak memerlukan lesen atau permit dari mana-mana pihak. Bagaimanapun, kelulusan untuk membina bangunan itu diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pada 30 Disember 2008.

Bangunan itu terletak di bawah DUN Pinji, Parlimen Ipoh Timor dan bukan DUN Sg Rapat seperti yang didakwa oleg blogger-blogger PAS itu. Ia juga tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Ipoh untuk meletakkan papan tanda.

Jadi sebelum menuduh orang lain, periksa diri sendiri dahulu. Wallahualam bissawab.

Posted by NIZAM ISA at 4:04 PM

kulupSakah said...

ni apahal menyampuk tak kena topik nih?

Term Papers said...

I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don't know what to say except that I have enjoyed reading. Nice blog. I will keep visiting this blog very often.

Anonymous said...

Subhanallah terang lagi bersuluh, yang tidak tahu itu jawapan sebenar.