Saturday, November 14, 2009

kamu sesat aku betul, kamu wahabi, aku nabi..dia babi!

Umat Islam akan ada 73 firqah, yang sampai hanya 1 firqah, beribu2 Aulia, yang sampai hanya 30 saja. (haha! Dah macam lagu Hud-hud).

Jadi timbullah label melabel yang tu sesat yang ni barat. akulah golongan yang sampai. Ada Syiah mengaku sampai, Sunnah Wal Jamaah perjalanan benar mengikut Rasulullah dan jamaah, Muktazilah, Qadariah dan tarekat-tarekat lain seperti Naqsyabandiah, Ahmadiyyah, Qadiani, Syattariyyah.
Di Malaysia ada PAS, ABIM, Sister in Islam, Tabligh, Al Arqam, Hadhari, Pusat Islam bertindik, Jakim dan macam2 lagi. Kalau durian tu, ada D26, D13 dan macam2 lagi. Islam macam kat pasar malam- masing2 kata dia punya betul.
SELALUNYA ORANG YANG RASA BERKUASA SAJA AKAN MELABELKAN PUAK LAIN SESAT.

Hamzah fansuri dilabel sesat dan dibakar kitabnya oleh gurunya sendiri Syeikh Nuruddin ar Raniri kerana kemalasan gurunya berlapang dada dan hagas. Ibnu Arabi juga dilabel sesat oleh ulama muktabar yang lain .

"kias fansuri madah bersari
kias fansuri lembah yang sepi
kias fansuri mawar berduri
kias fansuri
langit yang tinggi

Kita menerima Al Arqam sesat selepas pengasas dan pengikutnya diISAkan. Ustaz Ibrahim Libya dilabel sesat, PAS dituduh sesat dan dia pun tuduh Umno sesat. Asal kegiatan tu ada hubungkait dengan politik, ia akan menghadapi masalah. Setakat ini jemaah Tabligh masih selamat kerana mereka tidak berminat dengan politik. Al Arqam dibunuh selepas Ustaz Ashaari dikatakan merancang mengambil alih kerajaan.
Aku pernah bergaul dengan puak2 ni. Dilihat pengikut Arqam lebih mesra rakyat dan tidak memandang orang lain dengan mata yang sombong. Mereka boleh berbual mesra dengan wanita tak bertudung dalam urusan dakwah dan bisnes. Tak macam sesetengah pengikut "durian islam gred lain'. Pandang pun sipi. salam pun dengan jemaah sendiri, kita cakap dia pandang kat lain. Hampughaih!!
Hari ini sibuk pasal orang itu Wahabi, orang ini Syiah!
Yang tak tahu pasal Wahabi pun turut memuncungkan mulut bercerita. apa dan siapa wahabi? Muhammad bin Abdul Wahab ni sapa? Syiah MENATANG JADAH apa?
Ayatollah Khomeini pernah berkata sama ada kamu Syiah atau Sunnah wal Jamaah, bersatulah!

Apa Islam sebenarnya atau 'agama' itu apa?
Kalau kata Islam, perkara pertama sekali ialah mengenal Allah (Awaluddin Makrifatullah). Bagaimana hendak bicara tentang Islam sedang asal-usul kejadian diri zahir batin sendiri tak mampu dikupas? Di mana yang dikatakan insan dengan penciptanya amat hampir? Yang mana Allah, Muhammad, Adam atau Insan? Kita duduk di mana?
Sudahkah memahami syariat, tarekat, hakikat dan makrifat mahupun mendaki tingkat2 nafsu martabat 7? Menguasai Fiqh, Usuluddin, Tauhid dan Tassawuf?
Sebok persoalkan amal ibadat orang lain..
kamu sembahyang tak betul, ruku' tak sempurna, baca salah tajwid, macam bebudak Melayu nyanyi lagu Inggeris dalam Akademi Fantasia, juri2 kata "Brush your diction, sound like you eat your word!'..ceh!
Singkap sirah Nabi- dakwah, kuliah dimulakan secara berkelompok dan sembunyi-sembunyi. Hari ni tak boleh, sebab takde tauliah! Peh! Muhammad dulu tauliah apa?
Aqidah dan tauhid dibaja sehingga kukuh dan padu, mengesakan Tuhan, tak tunduk dengan tuhan manusia walaupun kena seksa ISA seperti Bilal bin Rabah. Berperang walau hanya 313 orang mampu menewaskan 1000 musuh kerana tauhid dan aqidah kemas. Bukan kerana ekonomi kuat.
Perintah wajib solat hanya muncul selepas isra'mikraj, tahun ke 13 kerasulan. Dalam soalan kubur masih belum ditanya pasal solat kerana perkara paling penting 'mengenal'.
Apa soalan kubur yang selalu kita dengar talqin itu?
Ada tak "siapa saudara kamu?" ..marilah kita kasih mengasihi..
Allah tak hukum manusia tetapi manusialah menghukum dirinya sendiri kerana dirinyalah yang menzalimi diri sendiri. Peristiwa Muhammad mikraj ada menunjukkan manusia memotong liahnya sendiri atau membakar dirinya kerana kesalahan yang dilakukannya. Mana Allah? Bukankah manusia sendiri menghukum dirinya sendiri..kerana melanggar hukum yang telah digariskan. hukum karma!

Aku kalau orang sebok dok kata orang tu sesat orang ni takde aqidah memang aku jentik hidung dia. Jaga diri dulu.
"jika kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi, kuharap kau memahami keadaanku, dan mungkin kau ingin bersamaku, bersama bermimpi dalam kenyataan yang satu!

20 comments:

Admin said...

gua dah jentik hidung gua sendiri.

~KiLaT~
gua nak jentik lagi sekali.. tapi tak jadi.

maun said...

Selagi tidak mengenal diri, segala amalan hanyalah kerana nafsu semata. Masalah terjadi sebab umat Islam zaman sekarang tak diajar mengenal diri..alih alih terus sembahyang je. Ilmu mengenal diri dianggap sesat hingga segala amalan tarikat benar dianggap sesat sedangkan ilmu inilah mengajar manusia supaya sentiasa mengingati Allah. Ini terjadi disebabkan kebanyakan ulama yang diberi perhatian sekarang adalah ulama syariat yang hanya arif ilmu zahir sedangkan ulama tasawuf tiada tempat dan tidak ruang dalam masyarakt umum untuk mengembangkan ilmu hati.

joegrimjow said...

nanti kite kena golongkan diri kita kat yg 1 tu je r

CYS said...

Yop Lup
Macam kempen parti PIS aje (parti iman semalaysia)...tiada sape yang sesat melainkan diri sendiri.

Assassin said...

Jauh pusing! camnilah, Yahudi yang ganggu mat saleh telah dihalau secara terhormat dari Europe dgan penubuhan Israel. *** yg mengharukan Pakatan Rakyat eloklah biarkan masuk Umno. Jangan larang. Jangan halang. Semua dah penat.

moses said...

allo wak...oppss...LKS la....
lain mcm je n3 ni....huhuhu
lama dah x jengok blog LKS...

nasib baik aku x sesat barat... huhu

kulupSakah said...

kilat,
jentik lagi!

maun dan moses,
wak jono lama sangat ke suralaya, tak mahu menulis lagi!

joe,
satu yg hakiki, sama yg saksama

CYS
kih kih kih

Assassin,
betul2

aku said...

..sematkan lah benih2 cinta, kerna cinta adalah hakikat dan jln yg terang bg semua umat manusia..

Gedung Akal said...

Kebenaran itu bukan pada pengakuan. Mengaku sendiri benar tidak beerti yang lainnya sesat.

"Ayat2 mujarobat bisa menawarkan luka,namun penyakit hati ini...
Kerana pegangan kau hadapi dugaan ini...ya sahibulkahfi. Itu kebenaran yang sukar kan?

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum tuan.

Syabas dan tahniah diatas penulisan yang amat kritis ini.

Saya puas membacanya.

Semoga Allah membalas jasa tuan dengan Taufik dan Hidayah serta BaraqahNya!

Amin.

Teruskan mujahadah tuan didalam dunia siber ini.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Mat said...

Umat Islam akan ada 73 firqah, yang sampai hanya 1 firqah, beribu2 Aulia, yang sampai hanya 30 saja.

Kah,kah,kah....lup,lup.....

mana dapat ni....???
cerita nenek moyang ?

kulupSakah said...

mat,
kau cari dulu kat mana aku dapat sebelum ketawa kat sini dan kalau tak setuju sila kemukakan hujah, aku seronok bertukar pandangan!

Unknown said...

Salam sdr.

Nak cakap pun tak guna. Semua orang mengaku betul dan semua orang lain salah!

Kan bagus tu?

Anonymous said...

atau si mat belum dapat tauliah..
kui kui kui

uncle gedek said...

Baca juga untuk bertukar pandangan http://aziziabdullah.blogspot.com

ubilepih said...

keh selalu tersesat sebab suka mengikut pusat-pusat Islam di pusat beli Belah..ha..ha..ha

zaim said...

Bro, bahaya entree nie. Klau dapat tau kat JAIS, silap2 kena dakwa MUAHAHA.

kulupSakah said...

biorkan mat jais tau...

moses said...

"jika kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi, kuharap kau memahami keadaanku, dan mungkin kau ingin bersamaku, bersama bermimpi dalam kenyataan yang satu!

Yg ni tentu x sesat.... 2 nama dlm 1 jasad......huhuhuhu....

Alia Zahra said...
This comment has been removed by the author.