Sunday, November 8, 2009

sikit punya gila!

Hari Jumaat hingga Ahad biasanya blog aku memang slow dan kurang pengunjung. Ceh! Nampak sangat korang ni banyak guna harta opis layari internet. Oleh kerana kepala hotak kita ni selalu dijerebukan dengan isu politik kebudak-budakan yang tak habeh-habeh mari kita rileks. Bosan dengan mereka. "Infantile!' kata pak Din rojak.
Lebih baik aku kenang gila-gila masa zaman aku bebudak, jangan bila dah besar jadi gila dan selalu diperbudak.. tengok di bawah dan kenangkan pula kegilaan korang dulu-dulu!

Kisah 1
Aku memang pandir sejak bebudak lagi. Bebudak genius memang camtu kot? (eheh!). Kecik2 aku cukup suka baju bareback yang aku pakai dalam gambar ni.

Satu ketika sewaktu berkunjung rumah Ayah Tua (arwah) yang ketika itu tinggal di berek polis dalam Balai Polis Cheras mak aku basuh baju ni dan jemur. Aku punyalah nak sangat pakai, menangis2 meronta2 nak jugak. Puas depa pujuk tapi aku degil dan menghentak2....akhirnya depa mengalah!
Aku terus diam dan berbangga memakai baju ni dalam keadaan basah dan menjejeh-jejeh!

Kisah 2

Entah apa mengigaunya subuh2 aku bangun nak gula-gula "Kiss Me". Pun bantai meraung2 sampai Mak Chor (isteri Ayah Tua) surrender. Terpaksalah Abang sepupu aku Abang Amin bawa aku ke kedai mamak di dalam berek tersebut dan mengetuk pintu kedai. mamak yang sedang tidur bersungut2 sebab terpaksa bangun buka kedai hanya kerana "Kiss Me" 10 sen.

Kisah 3

Masa darjah 6 aku dipaksa menyertai Musabaqah Bahagian Hafazan peringkat Daerah oleh Ustazah. Aku tak mahu kerana tiada kenderaan nak ke tempat berlangsung tapi Ustazah terus mendesak tanpa memahami masalah aku. Sewaktu latihan aku balun baguih2 sampai Ustazah kata "gerenti menang punya!'..
Hari pertandingan aku tak datang. kah kah kah!

Kisah 4

Masa Tingkatan 4 aku dan geng2 masuk muka depan Utusan Malaysia dengan tajuk headline "16 pelajar digantung sekolah- gara2 kehilangan sebuah kamera". Digantung sekolah. Masa tu tiap-tiap malam sebelum berita rtm mesti ada segmen keratan akhbar yang akan menceritakan berita di suratkhabar pada hari tersebut. Aku rosakkan tv supaya apak tak dapat menontonnya. Dan malam tu aku bantai tonton konsert Wings di funfair..yeah Rock!

Kisah 5

dah pernah ceritakan dulu. Waktu mula2 datang KL duit tak banyak tapi nak sangat tonton cerita Mat Som. Keluar panggung seluk saku hanya ada 10 sen..Maka aku berjalan kaki dari Coliseum ikut jalan TAR, tempuh Chow Kit, menyusur Jalan pahang ke Setapak, lalu Genting klang sampailah ke rumah Ayah Alang tempat aku menumpang tinggal di seksyen 4 Wangsa Maju. masa tu rasa tapak kaki dah sebesar dulang...
Rekod kedua jalan kaki dari Wisma MCA Ampang tonton konsert M.Nasir lewat tengah malam jalan kaki pulang ke Kampung Konggo bandar Tun Razak...dikejar anjing- aku kejar balik!

Kisah 6

Cuti semester kolej, balik kampung boring- kawan2 pergi kerja. Pagi-pagi dengan singlet, seluar track dan berselipar jepun aku keluar rumah berjalan kaki menuju pekan (3 km). sampai pekan nampak bas KL terus naik. Sampai Pekeliling, jalan kaki ke Yaohan The Mall beli suratkhabar. jalan kaki semula ambil bas balik kampung. Dari stesen bas kampung jalan kaki balik rumah..(apa daa!)

ni cerita bab gila..akan datang aku cerita bab orang buat sesuatu yang gila pada aku pulak!

12 comments:

benludin said...

takper....entri weekend keh baca,,,

aku said...

gua x guna reta opis..

wachak said...

umur wa dah nak masuk pertengahan usia.
Bila wa fikir balik alangkah ruginyer wa
masa dulu bila tak mencipta memorie
seperti lu. Pergi sekolah d hantar, balik
sekolah d jemput. Hidup wa banyak
dihabiskan di sekolah, rumah dan kedai
( bapak wa meniaga ). Bila dah keje
sudah menjadi rutin cam dulu ~ tempat keje dan rumah. Alangkah ruginyer wa ...

ISA said...

Gua ingat gua sorang jer giler..., rupanya lu pun giler jugak...

mamai said...

lu memang giler bro wa tabik sebab wa pun tak boleeh buat camtu

b.tan said...

salam,
brader, kira ok lah gila lu tu. semua orang ada gila, apa nak kisah. aku kadang-kadang malu sendiri bila ingat masa aku 'gila-gila' kat sekolah, kat maktab dan masa aku kat lawas sarawak dulu-dulu. nak jugak cerita kat blog aku, tapi aku malu sendiri.

Admin said...

gila dengan sasau tu sama ka??

-KiLaT-
saja tanya

cicitkulupsakah said...

hahaha...br sedar gile..teman dah lama tau...nk wt mcm ne..mastura dgr2 raya aji kedua bertunang,balik x sayong?...pokokrambutan gading belakang umah n depan umah opah dah kena tebang dik org yg sewa umah...ape lg jom lah kita balik kg...abis pokok peninggalan arwah tok and opah deme tebang...

WanBeruas said...

..singgah jap..bro gila gila takpe jangan gila..haru dunia..

kulupSakah said...

ben,
timakasihhh,

aku,
lu guna iphone, ceh!

wachak,
masing2 punya diari hidup, x sama!

isa,
lu pong giler? payah kalu 2 org gile bertemu

mamai,
hahaha!

b.tan,
ye ye, simpan rahsia kegilaanmu

kilat,
samalah tu tapi dua2nya jarang nyusahkan org lain

wan beruas,
bebenor yeop!

cicitkulupsakah,
teman idak balik sayong raye ni, teman ade program raya ke2 kat KL, maklumlah udoh popular,hehe!

uncle gedek said...

Bro, gua pon ada kat dewan MCA malam tu, cuma kita lom kenal....

Konsert Akar lu hadirkan diri?

kulupSakah said...

gedek,
mestilahhh!!
aku kenal diwan pd mlm konsert di ampang tu..