Jun tahun lalu aku ambil cuti enam bulan separuh gaji dan lari dari kerjaya aku yang kupikul selama lebih 15 tahun. Saja tukar angin. Aku terima pelawaan Zunar dan Jonos melibatkan diri bikin majalah kartun Gedung Kartun dan episodnya. Menjadi editor dan kartunis. Dalam pada itu, setahun sebelumnya Sham buka kedai jual barangan Muslim seperti jubah lelaki dan perempuan, CD agama dan buku-buku.

Apabila cuti tamat Disember lalu, aku masuk ke tempat bertugas Januari lalu dengan memohon tambah cuti setahun lagi, tanpa gaji. Dan berjaya. Tapi aku kena survive. Gaji bulanan dah takde. lama betul aku duduk dalam zon selesa. Macam2 kerja aku kena buat termasuklah memenuhi undangan jadi pengacara program. Ada sekali aku berceramah kat Hutan Melintang, kah kah!..Aku kena fikirkan pasal bayaran juga. Bukan nak banyak, asalkan berbaloi dan tak rugi. Kata Cheng Ho kawan aku, apa2 urusan biarlah dibayar.
"Put a food on the table first!" kata dia.
Disember haritu kedai aku berpindah di blok lain di Taman yang sama. Tingkat atasnya pejabat Pas dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli pakar atom. Kadang2 datang jugalah tokoh2 hebat seperti Ustaz Nasruddin Tantawi yang membeli buku Perak Darul Kartun. Aku bercadang nak jemput dia menjadi panelis forum nanti. Siaplah dia aku nak belasah. Dia kata "Boleh"

Kedai baju aku mengorak langkah lagi. Sham yang berani cari modal telah membeli mesin jahit dan anak sedara kami, Ain yang berpengalaman sebagai tukang jahit dipanggil bekerja. Ajar juga dia mengusahakan kedai dan bukan sekadar makan gaji dengan orang lain. Wah!. Gambar bawah ialah isteri MB Selangor sedang diukur badannya. Selain dari isteri MB, juga isteri ahli parlimen datang berkunjung. Ada juga kawan2 menempah baju.

ni gambar sebelum disusun dengan lebih menarik. Haha! Berselerak tanda banyak kerja.

Sesuatu harus dilakukan untuk lebih maju. Dulu kami pernah ada Restoran di Kuala Lipis tapi apabila Annisa jatuh sakit, kedai terpaksa ditutup. Sham memanaskan kembali enjin kapal perangnya, memakai semula lencana dan baju memasaknya untuk bergiat semula dalam bidang pemakanan.

Dengan sisa2 cat yang masih berbaki walaupun dah setahun lebih, kedai dicat hias

tekun..

aku yang pemalas, sekadar touch up lebih kurang je..

pengantin baru, Febri Ian budak Dumai dah macam adik aku. Dia datang dengan isterinya Wahedda

Budak2 praktikal bakal arkitek pekena daging salai masak lomak lado api dalam claypot panas menggelegak

petang tadi banner dah gantung..

Ruang kedai dibahagi tiga seksyen. Kafe, kedai jahit dan ofis aku. Jumaat 5 Feb 8malam ada jamuan. Alamat di G-18-GB, jln prima saujana 2/D, Tmn Prima Saujana, Kajang. Datanglah! Untung2 blogger, seniman yang korang suka ada hadir. SB pun aku jemput.

U.k5?
Universiti kaki lima...kita akan buat macam2 program nanti..
Brader! Kita mesti terus hidup..