Wednesday, February 3, 2010

kita mesti terus hidup!

Jun tahun lalu aku ambil cuti enam bulan separuh gaji dan lari dari kerjaya aku yang kupikul selama lebih 15 tahun. Saja tukar angin. Aku terima pelawaan Zunar dan Jonos melibatkan diri bikin majalah kartun Gedung Kartun dan episodnya. Menjadi editor dan kartunis. Dalam pada itu, setahun sebelumnya Sham buka kedai jual barangan Muslim seperti jubah lelaki dan perempuan, CD agama dan buku-buku.
Apabila cuti tamat Disember lalu, aku masuk ke tempat bertugas Januari lalu dengan memohon tambah cuti setahun lagi, tanpa gaji. Dan berjaya. Tapi aku kena survive. Gaji bulanan dah takde. lama betul aku duduk dalam zon selesa. Macam2 kerja aku kena buat termasuklah memenuhi undangan jadi pengacara program. Ada sekali aku berceramah kat Hutan Melintang, kah kah!..Aku kena fikirkan pasal bayaran juga. Bukan nak banyak, asalkan berbaloi dan tak rugi. Kata Cheng Ho kawan aku, apa2 urusan biarlah dibayar.

"Put a food on the table first!" kata dia.

Disember haritu kedai aku berpindah di blok lain di Taman yang sama. Tingkat atasnya pejabat Pas dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli pakar atom. Kadang2 datang jugalah tokoh2 hebat seperti Ustaz Nasruddin Tantawi yang membeli buku Perak Darul Kartun. Aku bercadang nak jemput dia menjadi panelis forum nanti. Siaplah dia aku nak belasah. Dia kata "Boleh"


Kedai baju aku mengorak langkah lagi. Sham yang berani cari modal telah membeli mesin jahit dan anak sedara kami, Ain yang berpengalaman sebagai tukang jahit dipanggil bekerja. Ajar juga dia mengusahakan kedai dan bukan sekadar makan gaji dengan orang lain. Wah!. Gambar bawah ialah isteri MB Selangor sedang diukur badannya. Selain dari isteri MB, juga isteri ahli parlimen datang berkunjung. Ada juga kawan2 menempah baju.
ni gambar sebelum disusun dengan lebih menarik. Haha! Berselerak tanda banyak kerja.
Sesuatu harus dilakukan untuk lebih maju. Dulu kami pernah ada Restoran di Kuala Lipis tapi apabila Annisa jatuh sakit, kedai terpaksa ditutup. Sham memanaskan kembali enjin kapal perangnya, memakai semula lencana dan baju memasaknya untuk bergiat semula dalam bidang pemakanan.
Dengan sisa2 cat yang masih berbaki walaupun dah setahun lebih, kedai dicat hias
tekun..
aku yang pemalas, sekadar touch up lebih kurang je..
pengantin baru, Febri Ian budak Dumai dah macam adik aku. Dia datang dengan isterinya Wahedda
Budak2 praktikal bakal arkitek pekena daging salai masak lomak lado api dalam claypot panas menggelegak
petang tadi banner dah gantung..
Ruang kedai dibahagi tiga seksyen. Kafe, kedai jahit dan ofis aku. Jumaat 5 Feb 8malam ada jamuan. Alamat di G-18-GB, jln prima saujana 2/D, Tmn Prima Saujana, Kajang. Datanglah! Untung2 blogger, seniman yang korang suka ada hadir. SB pun aku jemput.
U.k5?
Universiti kaki lima...kita akan buat macam2 program nanti..
Brader! Kita mesti terus hidup..

15 comments:

maun said...

Kata niaga kat Metro Jaya...patut le tak jumpa..Prima Saujana ni kat mana..Aku Kajang ni kayu sikit selain Sate Samuri...

daLyaanoon said...

Cantik brader! Terima kasih jadi inspirasi gua! Malam sabtu ini InsyaALlah gua hadir!

ummu asiah said...

tahniah...hebat!!!

WanBeruas said...

..salam,tumpang singgah..bro wa doakan lu & family maju dan berjaya..Aminn..

Tok Ketua said...

Assalamualikum..
Tahniah Bro dan isteri..atas kejayaan dan usaha kau untuk terus maju..dengan usaha sendiri..

teruskan sehingga berjaya..

Adios..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sendiri bikin kerja .baru boleh pergi jalan duta
refomasi!!!!!

ali said...

Kagum den. Tigo dalam satu maa.

Tahniah bro.

author faethal said...

Lu tunggu cuti sekolah gua bawa anak bini turun kedai lu Lup!
Jangan lu takde udah le..

abgBro said...

bro biarpun tak bergaji tp nikmat kebebasan lebih bernilai kan...

toko adik abang leh jge taruk name toko abg bro...hehehe

tahniah bro! slmt maju jaya..

arie07 said...

tahniah....!!!!
Semoga maju jaya..
rezeki ada dimana2..

Anonymous said...

buka keduai pun politik juga,tak ingin aku nak masuk ke kedai tu...

AKUOKU said...

anon, org umno mcm kau mmg tak nak masuk kedai aku sbb aura tak sama... org mcm kau org lebih rela tolong mamak depan kedai aku tu.. demi ketuanan melayu konon kedai mamak depan aku tu seorang pun pekerja dia tak ada yg sebangsa kau. aku dah perati behari2.. cd mengaji pun tak berani dengar belum suruh beli lagi dengar pun tak nak ini aku dah perati bertahun2 dah... siap halau aku dari pasar mlm lagi sbb jual cd ngaji tapi cina jual cd haram tak pulak berani dia halau pau diaorg lagi adalah... pilah ketuanan melayu konon.. and last but not least you are not welcome.

drp sham

Anonymous said...

Rezeki kita TAK BERKAT kalau punya hati yang busuk macam bangkai.

neslo said...

Tahniah bro.. semoga maju jaya, maaf x dpt dtg hari jumaat

pacoksiku said...

tahniah bro .. gua dah lalu depan kedai bro itu hari .. maybe ade rezeki gua singgah next taim ..