Wednesday, July 7, 2010

hantu kepala serigala.

aku malas cerita pasal politik..musim bola ni semua tak jadi apa.. sambil dok ngangkang begini aku teringat sebuah cerita yang agak seram yang kami alami semasa dok gila main bola kecik2 dulu.

5 petang. Hujan lebat tak menggagalkan hasrat kami untuk bermain bola. Padang sekolah berhampiran rumah kami adalah tempat kami beraksi. Tak macam sekarang, pintu pagar sekolah dulu tak memerlukan pengawal keselamatn. Guard hanya bertugas malam saja. Kalau pintu pagar berkunci kami panjat pagar.
Aku suka bermain dalam hujan. Selitkan daun di cuping telinga adalah petua yang kami percaya untuk tidak demam. lepas tu buka baju dan hiarghhh!! Main bola.

Lebih kurang pukul 6 petang hari dah mula gelap sebab hujan lebat. Kami ke tandas laki-laki untuk mandi. Petang tiada kelas jadi suasana memang sunyi. Tandas murid kau tahu sajalah, kotor dan hancing. Jambannya macam belacan.
Sedang kami yang seramai 8 orang mandi, terdengar bunyi suara bayi menangis di tingkat atas. Tandas murid perempuan. Sayu saja tangisan tu. bulu roma meremang. Terasa seram tapi disebabkan ramai, kami setuju untuk menyiasat.

"Kita tengok Lup." kata Sazali yang 5 tahun lebih muda dari kami. Dia ni biasanya akan jadi mangsa buli kami. Pernah sewaktu main nyorok-nyorok kat sekolah ni - waktu dia dok tutup mata membilang sampai seratus sebelum mencari kami yang menyorok, kami blah balik rumah tinggalkan dia dok mencari sampai senja. (Sazali sudah arwah beberapa tahun lalu kerana overdose dadah - Al Fatihah)

"Aku suspen nih.." kata Mi Manap. (hampir 20 tahun tak jumpa dan 2 tahun lepas jumpa semula. Sempat bertandang ke rumah aku sebelum hilang tanpa dikesan semula hari ini)

"Apa-apahal kita balun dengan besi ni." kata Sham Malek yang dah siap sedia dengan besi paip. (Sham Malek kemudiannya membesar dengan sejarah handal bergaduh.)

"Baca ayat Qursi." kata Mat Sahak anak Pak Imam kampung kami yang hingga hari ini adalah kawan paling sejati.

Kami pun membaca ayat Qursi beramai-ramai. Di dalam jamban. Suara tangisan bayi tetap mendayu. Kami mendaki anak tangga. Rahim Dollah di depan sekali. matanya liar ke kiri ke kanan. patutlah hari ini dia kerja pegawai kastam. Aku nombor dua diikuti Sham, Mi, Sazli dan Mat. Dua beradik Cikedi dan Kutan bersedia di basikal. Takut basikal kena curi dan bersedia untuk memastikan laluan untuk kami lari selamat.

Sampai saja depan pintu tandas, suara tangisan hilang. kami berpandangan sesama sendiri. Kali ini suara tersebut kedengaran di tandas guru wanita blok bertentangan. kami makin suspen. aku nampak mata Rahim Dollah membuntang seperti sedikit ketakutan. Bau hanyir seperti darah tiba-tiba menerpa. Tak tahu dari mana.

"okey, kita berani saja serbu terus ke tandas tu. apa nak jadi- jadilah. setuju?" ajak Sham Malek. kami setuju. Dan.............

(Selamat menonton bolasepak dan terima kasih kerana sudi baca cerita bohong ni))

9 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ceh terkena aku

ISA said...

gua tak sempat habis baca, sebab mengeja jer tadi, baru mengeja setengah cerita bolasepak dah start...

ha..ha..ha...

Anonymous said...

haram.. cerita tak habis
nyesal aku baca
hahaha

-pakdee-

Anonymous said...

Bhai...

habehkan lah cite nie... tipu pun tak pe... syoklah pulak...

D'ayo

C++ said...

Bhai LKS,

Macam PUN betul la... DEK hampeh... hahahaha

C++ said...

Bhai LKS,

Macam PUN betul la... DEK hampeh... hahahaha

WanBeruas said...

..kenalan aku meninggal semalam orang jumpa mayat beliau dalam tandas yang berkunci di sebuah petrol pump..dia memang drug addict tapi tak tau la meninggal sebab overdose ke apa..apa pun minta tuan tuan semua sedekahkan Al Fatihah untuk beliau,dan berbaik sangka aja lah kita terhadapnya..AlFatihah..terima kasih Kulup & maaf kerana menggunakan ruang mike ni..salam

Anonymous said...

bro potong stim la

kulupSakah said...

ceh, korang kalau cite hantu kemain lagi..