Wednesday, September 15, 2010

samdol the legend

samdol - dua dari kiri

ramai mungkin terlupa atau tak tahu aku yang mula menggelarnya Samdol. Bukan kerana dia bengong tetapi singkatan namanya Sham bin Dollah. Bapanya cikgu sekolah rendah kami tapi aku cuma mengenalinya sewaktu kami sama-sama naik ke tingkatan 1. Tubuhnya sekecil aku tetapi dia lebih tegap dan kasar. Samdol berkemahiran tinggi ala McGyver. Tulisannya cantik. Dia pandai membaiki peralatan elektrik dan elektronik yang rosak hasil dari cuba-cuba dan eksperimen dia sendiri. Kata kawan aku, Samdol pernah merendam pemetik api dalam air panas sehingga menggelembung dan kemudian dia membentuknya mengikut suka dia.

Samdol bebas 'mengambil' basikal mana yang dia suka. Di tempat meletak basikal di pekan, sekolah atau di mana-mana jika dia mahu dia akan 'ambil'. Dia boleh membuka rantai kunci basikal dengan mudah walaupun kunci itu ada kod. Dia kemudiannya akan meninggalkan basikal itu di mana-mana selepas puas menggunakannya.

1989, Kami sama-sama ke Vokasional dan duduk asrama. Di sana kegiatannya semakin hebat. Kami pernah sama-sama digantung sekolah kerana bergaduh dan berita pergaduhan samseng taik minyak kami keluar muka depan Utusan Malaysia hasil dari penyelinapan masuk seorang wartawan sambilan ke sekolah untuk menyiasat. (sejak itu aku dah tak suka Utusan). Samdol sumber pemakanan kami. Setiap hari mak Samdol akan mengirimkan bekal makanan pada tukang kantin yang berjiran dengannya di kampung. Samdol hanya akan mengambil duit yang dikirim emaknya di dalam bekas makanan sementara kami kawan-kawannya akan menghabiskan makanan.

Suatu hari Samdol bawa kereta bapanya ke sekolah untuk menservis karburetor dan waktu pulangnya beberapa orang kawan kami menumpang. Mereka telah terbabas di sebuah selekoh dan kereta terbalik. Mereka semua selamat.

Habis sekolah kami berpecah. Masing-masing menuju ke ibu kota mencari ruang. Samdol dengan kawan-kawan lain menjadi pomen di Cheras sementara aku pomen di PJ. Sesekali kami berjumpa di kampung. Mereka tak lama di KL, pulang semula bekerja di kampung. Aku pernah dengar Samdol cedera parah ditikam kerana bergaduh.

Samdol meninggal dunia usia awal 20an. Kata mereka 'barang' yang dihisapnya beracun dan dia menemui ajal. Bagi kami, Samdol adalah legenda. Dia pergi awal yang tentulah lebih sedikit dosanya dari kami yang sudah semakin menuju 40.

Ayuh kawan seangkatan, Al fatihah untuk Samdol the legend.
Segelas kopi Kamil Akis Corner untuk arwah.

cheers!

5 comments:

Bior Bebenor said...

AL-fatihah...utk kawan kita -zaynal auto

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

alfatihah... err yang umur 40 tu bolah banyakan istifar dan bertaubat

Unknown said...

alfatihah, pada arwah.Allah lebih sayangkan dia dari kita. Jufarif Ahmad Sulong.

AnakSemuaBangsa said...

al-fatihah..yaa..samdol..rase spt smalan baru ku dengar gelak-ketawanya..tak tau nk ckp aper dah...sayu arrr...

Term Papers said...

Such a nice photo.